Tuesday, 10 April 2012

Cerita di China - Part 1

Bila boss suruh pergi China, hati melonjak2 nak pergi, satu kampung saya bercerita. Terlupa pasal perut, terlupa pasal jalan terkangkang-kangkang.... bila lagi kan nak gie China? Nak pergi dengan RM sendiri, macam mission impossible.

Jalanraya bertingkat-tingkat .... hanya di Shanghai ???

Tetiba jek beberapa orang kat office ni bersuara, "Akak, boleh ke akak pergi?" , "Akak, pergi la minta advice doktor" (doktor kata sampai 6/6 boleh naik kapalterbang ok).... "Eh kak fiza, perut akak dah besar la" .... tetiba je kan baru perasan? Jeles la tu, rasa nak gigit jek bebudak ni tau :-)

So akhirnya 4 orang dari company, Datuk L (BOD), Boss, saya (kuli #1) dan kuli #2. Dan seorang staff Cina yang berada di Nanjing office menunggu kedatangan kami.

"kuli" #2, boss, "kuli" #1 (ME)

Datuk L, staff di Nanjing, ME

Cerita dah sampai kat China, ok. Dari Shanghai Pudong airport, kami dibawa dengan shuttle bas ke Ramada Kunshan. Lebih kurang sejam jugak.

Ambil gambar sendiri dalam shuttle bus.

Dalam flight seronok jer tengok member sebelah ambil gambar sendiri tapi kamera dia mahal, jadi gambar pun cantiklah. Kamera ku CHOKIA jerk.

Sempat ambil gambar perut.. hehe !!!

Kami tinggal di Hotel Ramada.

Saya dapat bilik seorang. Ada Manager, Sen. Manager, CEO yang bawak suami, kena share bilik. Tu yang dorang jeles sebab bilik saya tersangat besar. Saya pun bersyukur, sampai sujud syukur beb !!! Selamat sampai dan terasa sayu dengan dapat merasa tinggal kat bilik hotel seBEST gitu.

Yelah, saya ni kan macam "dikutip" bekerja. Beberapa bulan carik kerja, direject sana-sini. Lepas tu dapat kerja kat company ni dah mengandung pulak tu. Company still terima. Lepas tu baru kerja, dapat pulak gie China .... tak ke SYAHDU :( jom sama-sama nanges ...

Living room. TV sampai 2. Dua-dua kasi pasang, kasi bising skit.

Bestnya dapat golek2 seorang.

Ada dapur. Ada hot plate. Jenuh carik kuali kecik, agak2 boleh ler goreng telur ke. Hampeh !!! Kalau tahu bawak frying-pan dari rumah.

Kebetulan rezeki dapat bilik besar. Masa booking, hotel bukan tanya jenis bilik yang kita nak tapi dorang tanya berapa orang sebilik. So bilik utk seorang gitu ler MEWAHnya :-)

* Bersambung ye nanti :-)

Friday, 6 April 2012

Cerita di China - Part 2

Makan dan bahasa memang masalah utama. Dinner 1st day kami (x semua) ke Kunshan City Center. Kami follow amoi 2 orang. Berpusing-pusing carik kedai makan + Simcard China. Mereka cot-cet-cot-cet macam nak gaduh bila bercakap, keluar masuk kedai atlast makanan kami tak dapat, dorang sedap je makan Drumstick KFC .... huk, huk. Atlast kami dinner kat hotel, makan nasi goreng without BxBx. Susah jugak nak order Nasi goreng jek disebabkan komunikasi yang tak bagus. Lepas tu carik kat internet, Halal food, Muslim food etc. Tak jumpa jugak. The next day dengan selambanya boss kami boleh jumpa 2 kedai muslim berhampiran hotel. Jalan kaki jek ... eksen kejap boss aku !!! Walaupun kedai Cina Muslim, ada juga yang tak boleh nak telan. Saya Telan jek. SELERA skrang, semua sedap !!!

Terkena Lagi :(

Semalam suamiku kena lagi. Jantungnya bergerak LAJU. Aku yang mamai-mamai terjaga dari tidur bila dia balik dari kerja, maybe around 9:30 pm. Dia kata start kena dari masjid lagik. Maybe dari waktu Isyak. Di tempat kerja pun kena juga. Bila aku terjaga, boleh nampak jari dia yang pegang dada bergerak-gerak laju.

Wednesday, 4 April 2012

Boss buat kerja

Banyak stories tapi kesibukan melanda.

Company saya "kepala" expo untuk agensi negeri Melaka di China tu. So ada beberapa company lain yang join yang menjadikan jumlah peserta 16 orang semuanya. Meriah2 !!! Saya sebagai "kepala" di bahagian promosi company saya, kenalah join kan walaupun perut sarat gini.

Peserta Malaysia muda2 tapi pangkat dorang tinggi2 (CEO, Manager, Sen. Manager) walaupun dorang muda dari saya. Datuk dan Datin pun ada. Mereka semua BEST.

Boss2 tetap ke tapak expo dan mereka buat kerja bila ???? dot.dot.dot ...

Dipanggil interview oleh wartawan, pemberita, masuk TV .... yg glamer2 jek :-)


(dari kiri : Datuk L, Miss Universe, En R, Datin S)

Paling TAK TAHAN .... "berlari-lari" nak entertain Miss Universe Australia ... hehehe.

BOSS, BOSS ....

(kalau boss ternampak gambar ni kat blog, sure aku kena lari dulu)

** Gambar dan cerita adalah untuk hiburan sahaja. Mereka tetap buat kerja.

Saya tetap KULI yang setia. Setia duduk kat booth :-)

SETIA??

Saya jugak selalu menghilang ke booth2 yang lain. Paling kerap pergi ke booth yang selang 2 dari booth kami sebab ada kacang PAGODA sebagai tester. Dorang bawak sampel banyak, bukan utk dijual tapi untuk tester. Kebanyakkan yang datang expo ni untuk cari distributor/investor dari China.

Monday, 2 April 2012

Lost in China

Saya baru came back dari Kunshan, China atas urusan kerja ... ceh, ceh, ceh.... Kunshan terletak around ~65km dari Shanghai.

"Welcome to China" sMile :-) at Shanghai Pudong airport


* Tak sejuk mana pun kat sini tapi kena jugak pakai jaket. The weather just nice.

Saya pergi atas urusan kerja di China International Import Expo.

Saya sangat bersyukur dengan peluang dan pengalaman yang saya dapat.

Betul-betul LOST with this blog, facebook and dunia internet semasa di China. Kebanyakkan internet diBLOCK di seluruh China. Saya hanya boleh buka Yahoo email, berita online tertentu dan buka blog pun kena guna Internet Filter yg hanya limited usage. Nie rasa cam nak balas "dendam" ... sabar, sabar !!!