Thursday, 3 May 2012

Malam dinner penuh glamour

Dah puas tengok gambar saya di malam dinner. Kalau tak puas, sila pergi N3 sebelum ni. Kang menyesal tak tengok ... hehe

Tema kami2 (staff) adalah hitam & merah. Cantik, glamour and nampak exclusive. Staf-staf lain lagi GLAM. Jom tengok.

Wednesday, 2 May 2012

Fesyen ibu mengandung (mak yong) pergi dinner

Saya hanya ada 20 minutes sahaja untuk mandi & bersiap pada malam tu (27/4/2012). Macam biasa, tepek bedak dan lipstick sahaja.


Saya berehat seorang diri di bilik ini. Bilik ini bersebelahan dengan Grand Ballroom. Bersandar di sofa sambil makan kacang. Kemudian artis2 datang. Kacau daun betul. Apalagi, POSING !!!!




Malas nak bergambar sebab keletihan. Maybe ini sahaja gambar2 yang ada muka saya ... hehe.

Monday, 30 April 2012

Hari-hari mahu pergi kerja

"Saya suka pergi kerja, hari-hari mahu pergi kerja"

Statement orang "rajin" datang kerja. Mesti ramai yang sambung cuti kan? Saya pun bercadang nak sambung cuti, anak2 pun cuti + nak rehat after bertungkus-lumus dengan dinner hari Jumaat lepas.

TAPI

Cuaca sangatlah panasnya hari Sabtu dan Ahad. Korang terasa tak? Adoi, saya berkurung dalam bilik, pasang aircond dan banyak masa diisi dengan tido. Ahad sempat le pergi Jusco sekejap, sejuk tapi sesak pulak dengan orang ramai.



KESIMPULANNYA

Today dengan rajinnya saya datang kerja :-)

PEACE NO WAR


Thursday, 26 April 2012

Bergemerlapan Crystal

Persiapan malam anugerah yang company saya akan adakan pada esok (Jumaat) membuatkan semua orang bz dan membuatkan saya ditinggalkan keseorangan di office.... huk, huk. Rasa mcm tak buat kerja jer. Lagi 13 org staff bz htr kad jemputan etc.

Pada mulanya tugas saya hanya prepare Doorgift. Makcik dah suka-suki sebab takat Doorgift, sebelum dinner dah boleh settle. Then masa dinner, bolehlah MELEPAK.

Ghupanya makcik terlebih guna ayat "SAYA YANG MENURUT PERINTAH". Siang, malam sampai menangis2 buat preparation ini tau. "Menangis" sebab geram bila ada "orang" lepas tangan. Sabar, sabar ... Semua orang dalam office ni buat kerja dari awal sampai ke the very last-minutes, dia boleh senang-lenang .... Manager dia pun buat kerja sampai lewat malam to make sure the dinner going smooth.

Aku diselubungi CRYSTAL.... sebab dari Doorgift sampai ke Trofi, sijil bagai saya kena sediakan dan pilihan mestilah dari CRYSTAL je. (Sijil hanya kertas dan diframe besar). Makcik stay kat office ni pun sebab menunggu kedatangan CRYSTAL2 ku.

Baju dinner pun DONE. Melaka sangat kecil coz tengah carik2 baju, boleh jumpa kawan seoffice tengah test baju at the same kedai. Baju utk ibu mengandung ni limited, penat jer survey sana-sini sampai ke Modern Mum, tapi MM punye color takde seperti tema dinner kami. Dan sebab last-minute, beli jek kat kedai biasa2. Beli then cuba try test, hubby tak komen, anak2 suka & paling Happy bila Imran puji sambil usap manja pipiku, "Cantik ibu Imran" .... hehehe. Tak nyesal beli !!!!


Fesyen ibu mengandung ke Dinner. Waduh cantiknya baju2 ni (Model pun cantik). Saya kenalah pilih fesyen Jubah Kaftan camni, yang ada kedut2 tang perut.


Baju pilihan saya macam ini tapi tak secantik baju ini. Warna hitam coz warna merah takde. Warna hitam pun tinggal 1 design jek. Beli jer dari aku terpaksa pakai baju yang macam NANGKA BUNGKUS >>>



Untuk tudung, maybe saya pakai tudung style Datuk CT.... Kena tak? Saya rasa macam ok. Lagipun takde masa lagi nak fikir pasal baju, tudung etc ....




 TUNGGU KEMUNCULAN SAYA DI MALAM ANUGERAH ..... hehe


Tuesday, 24 April 2012

Interior Design

Nota : Pening tengok blog dah bertukar wajah. Petang semalam baru dapat xplore.

Rumah baru kami tengah direpair/renovate. Start renovation from 17/4/2012. Gambar-gambar kat bawah ini untuk buat kenangan sebelum dibuat "apa-apa" pada rumah itu. Rumah design lama. Now tengah "barai", macam kena bom atom kat dalam rumah. Dan idea2 renovation semua dari hubby sebab dia yang keluar RM. Saya FOLLOW jer.

Living. 
Rumah kampung memang suka lapang gini tak macam rumah teres, berliku-liku. Saya suka design berliku-liku macam rumah kat Saujana Utama. Ni macam "padang bola", pening jugak nak susun atur perabut.


Pintu Gerbang
Belah kiri tu ke master bedroom. Yang belah kanan ke dapur. Dan kalau design dolu2 memang "wajib" ada "pagar botol2" macam kat dapur tu kan. Kat luar rumah lagi berderet "botol2".

Lantai ini masih cantik tapi hubby nak tukar kepada kayu jugak. So kontraktor awal2 dah kasi pecah "skirting" batu kat tepi2 tu. Takut kami ubah pikiran kot .... hehe

Dinding kosong. Dah decide nak letak TV kat area ini. Emmm.... wait & see macam mana kontraktor transform this space.

Ini master bedroom. Area ni nak buat kabinet bentuk L. Pada mulanya saya tak setuju buat kat area ni sebab rasa kecik jer kabinet nanti jadiknya. Yelah baju banyak, kalah ARTIS.... hehehe. Baju berbagai-bagai saiz, dari saiz kecil sampai ke saiz besar, tu pasal banyak.

Tingkap kat master bedroom. Area ni maybe buat kabinet jugak kot?

Kitchen
Now dah tinggal batu je pun. Yang lain dah kena pecah. The new design maintain macam ni jugak cuma tambah dapur masak je. Hubby nak buat ruang untuk letak peti ais in between kat area ini but since ruang dapur besar, peti ais tak perlu ler letak kat area ni jugak. Nak tambah PULAU kat tengah2 pun tak jadi. Biarkan dapur lapang gitu, senang nak buat kenduri-kendara.

3 rooms (Laundry room, bathroom, toilet) nak diubah position. Kontraktor akan ubah laundry room ke area toilet dan toilet akan combine dengan bathroom. Hubby suruh kontraktor buat bathroom/toilet tu special skit coz ni bilik air utama untuk tetamu.

Salah satu bilik anak. Just nak tunjuk semut2 yang mati bergelimpangan kat lantai tu. Memang banyak semut yang mati sebab owner lama baru buat pest control. Cuma masa renovation ni, semut pun dah tak datang.

Siling di living. InsyaAllah nak buat plaster ceiling. Now nampak bumbung jer with wiring berjurai2.



Plan siap renovation dalam masa sebulan. Dan kami plan nak pindah sebelum RAYA. Ubah plan asal nak pindah selepas raya.