Friday, 15 June 2012

Restoran Terapung Umbai

Akhirnya dengan "godaan2", saya pergi jugak dinner malam itu di Umbai. Tumpang kereta orang & dia ambil di depan rumah lagik.

Kat Umbai ada 2 tempat Ikan Bakar. Parameswara & Nakhoda. Kami dinner di Nakhoda, sesuai skit untuk jemput VIP, VIP nak beri speech etc.

Layan gambo jelah ye :-)

Tengok gambar ni hati meronta-ronta nak beli kamera.

Makan, makan

KEMBANGnya diriku.




Dapat sijil penghargaan. Semenjak kerja kat sini, asyik dapat sijil jer. Buat kenangan untuk anak cucu le nampaknya. Nak guna untuk minta kerja lain macam imposibble.



Wednesday, 13 June 2012

Makan, makan ... nak gie ke taknak?

Malam ni ada dinner office buat di Umbai, Melaka. I LIKE makan-makan tapi kenapa le buat hari ini, buat "makcik" berbelah-bagi nak pergi ke tidak.

Siapa pernah pergi Umbai? Saya ni nama jek anak jati Melaka tapi seumur hidup baru sekali jek pergi, tu pun masa kecik2. Makan kat restoran buruk je masa tu.

Ni view Umbai skrang. Ambil gambar dari Google jek



"Driver" dah ada cuma larat tak larat je nak pergi ....


Tuesday, 12 June 2012

Sofa Chesterfield vs Lorenzo vs Cavenzi vs apa lagi ek?

Sekarang ni kami guna sofa buluh yang berkusyen fabrik. Sofa ni dah 11 tahun kami guna. Still ok lagi. Kalau nak kasi cantik/ nampak baru, jahit jer sarung baru. Tapi saya dah malas nak menjahit sarung baru, cukuplah ada 2 sets.

Untuk rumah baru, kami decide nak guna sofa kulit pulak untuk ruang tamu. Hajat di mata hingga turun ke hati (falsafah apa pulak ni??) nak beli sofa CHESTERFIELD tapi harganya ???? Sila ukur baju dibadan sendiri ye :-)

Sabtu lepas kami pergi carik lampu kat area Semabok Perdana. Dah beli lampu, menyimpang pulak ke kedai perabot. Memang nak carik sofa pun. Kalau kat Melaka ni, kedai2 perabut Lorenzo, Rozel, Nature, Cavenzi berderet-deret kat Semabok Perdana. Kami masuk kedai yang terpampang "SALE" jek.

Kami survey sofa di CAVENZI, dekat dengan kedai lampu. Mata dah menarik tertarik bagai magnet dengan satu set sofa ni. Ditambah pulak "diapi-apikan" oleh suamiku. Harga yang ditawarkan pun berpatutan untuk 3+2+1. Tapi ini hanya 98% leather. Leran Lether?? gitu le agaknya. Free gift dapat coffee table dan sofa 2 seater. Sabar, sabar ... biar kasi puas hati, survey kat Lorenzo pulak.


Di LORENZO lagi le juling bijik mata. Nak sofa saiz mana, L, M, S. Nak yang ada CRYSTAL SWAROVSKI pun ada. Kalau dah beli sofa ni, bila2 takde RM, boleh le gadaikan crystal tu :-)

Sofa kat LORENZO 100% leather, cuma kalau S ada campuran dan harga untuk set 3+2+1 pun antara RM10k ~ RM15k after LESS tau!!! Tu belum termasuk coffee table yang more than RM 1k. Mata dah berkenan dengan yang kat bawah ni. Rege RM15K ... setelah "diapi-apikan" oleh suami ku, tak jadik le membeli. RM15k untuk sofa 3+2+1 without coffee table dan cuma 2 bantal as freegift. Dan kalau dah beli sofa RM15k, NAK KENTUT PUN TERASA SAYANG <-- ayat nak sedapkan hati.



Dah le macam taknak beli kat Lorenzo, sempat juga tanya salesgirl tu mana letaknya brand LORENZO kat sofa? Kot-kot macam dalam iklan kat TV tu, sapu je tangan kat sofa, kluar perkataan "LORENZO"... rupanya adalah button kecik kat tepi sofa tu tulis "LORENZO" dan kat bawah sofa penuh le LORENZO nya. Bagi yang suka menunjuk-nunjuk branded things, jenuh le pulak nak terbalikkan sofa nak tengok brand LORENZO kan .. hehe.

Atlast kami berpatah balik ke CAVENZI. Tu pun setelah salesman tu telefon kata set yang kami nak tu tinggal 1 set jer. Bagus punyer PROMOTION. Terkejar2 kami berpatah balik untuk dapatkan HARGA TERKEJUT itewww !!!

Walaupun terbaca CAVENZI penipu etc, kami booked la jugak. Kalau nak beli sofa Chesterfield / Lorenzo, memang "sayang" nak kluarkan RM yang boleh buat down payment kereta. Ruang tamu tu pun rasanya kami akan jarang guna. Warranty ada 3 tahun. Kalau sofa Cavenzi merekah etc, kami pulak yg akan war-warkan penipuan mereka.

Sofa dah order, lampu dah beli TAPI rumah tak siap2 lagik... huk, huk.

Sunday, 10 June 2012

Kursus dan kain batik

Ada sesiapa ghindu kat saya? Soklan yg "serba-salah" nak jawab kan ... hehe

3 hari berkursus, memang sangat berbaloi. Semua pekerja under gomen / ada skit2 kaitan dengan gomen, diWAJIBkan pergi (nak naik pangkat pun akan diambil kira ... bilalah agaknya kan?). Walaupun dah ke-21 kursus ni diadakan, company saya baru dijemput so saya ni kira 1st batch yang "terpilih" sebab dorang kata nanti Kak Fiza dah nak bersalin. Tup-tup masa pergi kursus, urusetia kata ni batch yang terakhir... huk, huk ...

Saya sepatutnya kena share bilik tapi alhamdulillah pegawai sebilik dengan saya menarik diri dari join kursus tu. So apalagi, angkut laki dan anak2 ler.

Kali terakhir saya pergi kursus BTN maybe 17 tahun yang lalu. Dulu di Kem Janda Baik, meredah hutan etc tapi kali ini di hotel. Makan terlebih cukup. Cuma penat lebih sebab kursus habis sampai kul 12 tengah malam. Dah le saya ni bawa perut 8 bulan. So 2 hari weekend ni ku penuhi dengan qada tidur.


Sempat jahit 3 helai kain batik masa hujung minggu. Nak guna masa berpantang. Cukuplah ada 5 helai. Dah bertahun kain batik ni "terperuk" kat dalam almari. Now kain batik dijual dah siap berjahit kan?



Monday, 4 June 2012

Belum sampai seru

Bercuti balik kampung Johor dari hari Khamis sampai Ahad. Ada kenduri kahwin tapi sekeping gambar pun tak ambil. Mood ke laut !!! Mood nak berblog pun dah ke laut @ BELUM SAMPAI SERU !!!

Pepagi ni dah ada board meeting. Terpaksa tunda check-up esok.

Dan baru dapat berita, kena pergi training 3 hari (Rabu - Jumaat) dan maybe kena bermalam di hotel. Alahai ... dengan keadaan "sarat" camni, kenapalah diriku yang disuruh pergi training? Rasa tak selesanya ...... what to do?

** Nak BW ... jom, jom,,,