Saturday, 30 June 2012

SRIKANDI berdinner

Jeles tahap gaban coz cannot join the 20 years reunion .... makcik tengah sarat ni. Kalau dok area KL/ Selangor, mahu jugak makcik terjah Impiana KLCC tu. Tapi apakan daya, now kat Melaka.




Tak sabar nak tunggu GREEN & ORANGE theme. Kang ada yang kasut hijau le pulak. Nak tengok jugak siapalah yang masih muat pakai baju sekolah color HIJAU tu.

Thursday, 28 June 2012

Minum air gula semasa mengandung

Mak buyong "sedunia" bila cerita MINUM AIR GULA, mesti feedback "yuckkkkk" gitu. Muka kelat je nak cerita. Cerita sambil urut2 leher .... e

Hari ni my 1st experience minum air gula. Selama 3 kali mengandung , tak pernah kena pun. So sedar2 diri sendiri, SAYA DAH TUA.... :(

Umur lebih dari 35 tahun, atleast kena sekali minum air gula. Saya ni pun kira dah terlewat minum sebab dah at 38 weeks, baru doktor perasan. Aktiviti minum air gula ni sebab check-up kat klinik gomen, kat private hospital/klinik , takde rasanya minum air gula.

My comment ==> BIASA jek !!! (eksen jap, jgn marah .. hehe). Alhamdulillah, takde pulak rasa loya etc. Saya tengok org before & after saya pun takde tunjuk tanda2 "yuck" gitu. Rasa tekak lega sebab dari malam sebelum dah berpuasa, tekak kering sesangat. Mungkinkah bancuhan air gula itu cair ????

** Lain orang, lain "bahagiannya". "Bahagian" saya maybe selalu sakit kat belakang pinggang dan kat TUTT semasa mengandung ... kalau dah duduk/ tergolek, punye le sakit nak bangun.

Cuti Sakit

Today saya dapat MC .... yeehaaa!!! Sebab tadi saya pergi check-up dan kena minum air gula. Nurse yang pass MC siap pesan sambil bisik2,

 "Kak, ni MC 1 hari. Rehat kat rumah kak, jgn pergi Jusco pulak (today Jusco ada member card day). Nanti saya skodeng akak". 

Nurse2 kat situ sibuk cerita pasal Jusco Member Card Day hari ni.
Ini 1st experience saya minum air gula. Saya tanya nurse, 

"Kenapa kalau minum air gula, kena dapat MC". 
(Kalau ku tahu awal, dari dulu aku nak minum air gula)

Nurse tu kata, 

"Kak, nanti akak tak larat. Selalunya orang akan mabuk, penings etc. Kalau pagi ni doktor tak kasi MC, kekadang petang patient datang semula untuk minta MC. Dulu saya kalau minum air gula, mesti muntah semula kak."

Alhamdulillah, saya tak rasa apa2 pulak. KEBAL KE AKU NI? Risau jugak nak drive balik, alhamdulillah takde apa2 berlaku.

Tapi lepas ambil darah kali ke-2, terus saya "bedal" 2 keping roti canai, 3 hiris tempe dan milo ais. Mana taknya, puasa dari malam tadi sampai kul 11am .... bergegar perut beb!!!! Lagipun inilah hari2 "terakhir" nak makan2.

This is my 3rd MC semenjak mengandung. (2 hari sebab warded on 10/5). Orang tak mengandung pun dah berkali2 MC .... Saya suka datang kerja, lebih2 lagi semenjak kerja kat Melaka ni...Tapi saya bukan WORKAHOLIC ye :-)

** Nak tidur jap :-) Nanti saya BW k !!!

Wednesday, 27 June 2012

WW - Excited :-)

Tengok mak buyong  dari kalangan bloggers dah cerita pasalbaju baby etc, saya pun terjadi EXCITED. Tu pasal before pergi kerja tadi, sempat cuci baju baru baby & susun all the baby stuffs. Memang perlu buat coz saya already 38 weeks.

Baju baru baby, maybe ~ 6 pasang sahaja. Yang lain recycle from kakaks & Imran.

3 containers recycle dari anak pertama. (1) untuk lampin, selimut etc, (2) Baju, seluar, barut, socks etc, (3) toiletries, minyak yue yee etc

** Today nak ready barang si ibu pulak :-)

Tuesday, 26 June 2012

HAJI itu WAJIB ye :-)

Semalam dok golek2 atas katil. Imran sibuk dok kluarkan international passport & buku tabung haji kami anak-beranak. Dia dok main susun2 atas katil. Nyibuk je ibu nak golek lebih2 tak boleh tau!!

Saya beritahu, "Imran dah boleh pergi haji" .... tukar topik sebab dia asyik membebel duit tabung haji dia sikit (dia kira ikut mukasurat yang dah digunakan bukan tengok jumlah RM).

Imran tanya, "Ibu, haji tu WAJIB ke SUNAT ibu?" 


Dalam hatiku berkata-kata, "Perhhh soalan anakku ......."

Saya jawab, "Haji tu termasuk dalam Rukun Islam" ... si ibu start le bernasyid

"Rukun Islam 5 perkara, marilah kita mengerjakannya"

si ibu meneruskan penerangan kepada budak 5 tahun ....


"Haji tu wajib bila kita mampu macam kita ada duit lebih ke ....."


Imran menjerit kesukaan, " yeye, bukan SUNAT"

Ibu : Kenapa Imran suka?

Imran : Imran takut kena potong TOTENG (panggilan "cute" untuk "anu" dia )


~~ Alahai, ke situ pulak perginya.