Tuesday, 11 September 2012

Bauhinia Kockiana

Bauhinia Kockiana adalah sejenis pokok bunga yang "memanjat". See, see... now I know nama scientifik untuk pokok bunga. Ni semenjak belek majalah LAMAN la ni. Bauhinia Kockiana juga dipanggil KETUP-KETUP <== info dari Laman jugak. Jom tengok camne bunganya :-)

Sumber dari Google

Alahai, aku dah admire dengan pokok ini. Pokok ni aku nampak ditanam kat tengah2 jalan nak menuju ke Melaka Mall dari arah Ayer Keroh. Lagi satu kat depan Istana Melaka, atas bukit menuju ke rumah TYT.

Dah lama dok "usha" nak ambil batang pokok itu untuk disemai TAPI terasa macam mencuri le pulak. Malu pun ye jugak. Pokok ini merimbun dan memanjat. Kalau ikutkan, boleh jer berhenti kete kejap then kerat batang pokok tu.

Survey kat 2 nurseri, takde pulak jual. Akhirnya aku beranikan diri + tebalkan muka, berhenti kereta dan niat nak kerat batang pokok ini. Dalam pada nak carik "pot" senang nak kerat, lalu le kontraktor dan tukang kebun, apalagi jasa baik dorang telah memberi aku batang pokok ini.

Sumber dari Google

Batang-batangnya tengah disemai. Harap2 hiduplah.

Mana nak ku letak pokok ini? Kalau ada pergola macam kat atas tu, cantik le jugakkan. Tanam di wakaf/gazebo pun cantik!!!

Nak kena buat pergola/wakaf/gazebo pulak ke?? hehe ... buat masa ni takde keperluan, tanam dalam pasu je.


Monday, 10 September 2012

Kamera Nikon hadiah untuk diri sendiri

9 September 2012

Dah lama teringin nak kamera baru ... actually banyak benda yang "teringin", pompuan le katakan!!! Salah satunya ialah kamera.

Hari Ahad biasanya kami berkumpul di kampung. Lepas makan2 kat open house, hubby & anak2 "api2" untuk pergi beli kamera. Akhirnya kecundang dengan pujuk rayu dorang.

Saya pergi Jusco dengan berselipar Jepun sahaja (pink color ...awww!!). Yelah, hari Ahad sebenarnya hari lepak2 dengan keluarga kat kampung. Nasib baik tak pakai T-shirt.

Jurujual promote NIKON 1 kat kami sebab sesuai untuk kegunaan keluarga. Spec pun sama taraf / lagi baik dari NIKON Dxxxx.


Tapi setelah disurvey, akhirnya NIKON D5100 menjadi milikku. HADIAH untuk DIRI SENDIRI setelah melahirkan Luqman... huk, huk... Beli gedabak camni coz mana tahu suamiku jadi minat nak belajar fotografi ke.

* 9/9/2012 - Luqman dah 2 bulan :-)

Thursday, 6 September 2012

Penimbang yang setia

Setiap hari lebih dari 20 kali agaknya saya timbang badan. Penimbang ni ada di bilik kami. So setiap kali masuk dan sebelum keluar bilik, saya mesti timbang badan.

Penat agaknya alat penimbang ni.

Berat tak turun2 jugak ... uwaaaa!!!!!!!!!!
Lemak memang dah tepu.

Kalau ikutkan esok saya dah start kerja, sib baik dapat cuti 90 hari. Berat saya baru turun 9 kg jek. Dari 65kg ke 56kg. Tu pun lama "tepu" kat 57kg. Berat before mengandung dlm 54kg. Camne ek berat officemate hubby boleh turun 16kg??

Baju kurung boleh pakai tapi byk blause takle butang .... uwaaaaaaa!!!

Angan2 nak turun sampai 45 kg... hehe, berat masa lepas grad !!! Boleh??? Makin dah habis pantang, makin sedap makan !!!

Wednesday, 5 September 2012

WW - Minum terlebih

Gara-gara RAYA SAKAN pada raya pertama, ni le akibatnya.

PEROT KEMBONG !!!!


LUQMAN, LUQMAN ...

BARU 42 HARI DAH MINUM AIR OREN SEJUK "BERGAS"

SIAPA SURUH?? hehe


* Jgn tiru aksi saya ye !! ~ by Luqman

Tuesday, 4 September 2012

Bilik Angry Bird


Ini bilik Imran (5 tahun) & Luqman (58 hari). Semalam baru saya berkesempatan kemas bilik ini setelah hampir 2 bulan berpindah.... MALAS!! Boys berdua tu bukan guna pun bilik ini, tidur mesti nak carik ketiak ibu & ayah jugak.


Sebelum ni siling jenis petak2 sebab rumah ini dah lama (~13 tahun). Kami tukar kepada plaster ceiling untuk bilik ini dan juga 5 bilik yang lain.

Demam Angry Birds. Langsir pun follow.
Railing langsir sampai siling, ala-ala idea Eric Leong tapi tang bawah tak sampai lantai.


Lampu tidur Angry Birds. Ni Angry Birds "jantan".

Rak buku. Upin & Ipin pun ada!! 
Dah kemas katil, baru perasan bantal semua dah kena "songlap".

Lepas ini  pergi bilik gegirls pulak. Tu dorang kemas sendiri.