Wednesday, 19 September 2012

WW - Stokin ada mata

Mak Ngah tanya "Kenapa Luqman pakai STOKIN ada MATA?"

Cer tengok betul2 ....


"Bukan MATA la Mak Ngah. Tu TAYAR KERETA !!!!"

Mak Ngah dah rabun dekat. 

Kesimpulannya ==> MAK NGAH dah TUA !!!! hehehe ...

Tuesday, 18 September 2012

Langsir Raya

Langsir raya kononnya. Actually langsir ni memang untuk rumah baru. Pasang sampai ke siling, ala-ala idea Eric Leong dalam Casa Impian.(rumah nampak lagi luas tau!!!)


Ada style ala-ala Casa Impian lagi (ceh ... takmo kalah !!!)


TAPI

Guna TALI RAFIA le dulu :-)


Awat le Kamdar tak jahitkan sekali kain penyangkut langsir? Ghupanya kena bagitau dorang. Emm, tempah kat MITC, dah tersedia dijahitkan wlpn tak diberitahu.

Kami ni darah jenis B. Salah satu character darah "B" - "Aku tak kisah" gitu.

1st tetamu raya kami ialah keluarga Abg Kamal & Kak Ina dari Dubai. Habislah kena gelak dengan dorang. Tapi dorang dah biasa tengok kami gini. Dulu dorang pernah tengok sliding door rumah kami ditampal dengan ♫ OLD NEWSPAPER .... kantoi!!! (masa tu rancangan Casa Impian blum ada lagik... hehehe)

Now dah ada pengikat. Ni pun beli dan pasang masa last day of raya (16/9/2012). Sempatlah tetamu terakhir raya kami "menjamu mata" dan tak perlu tahan gelak ye :-) 




Luqman with tetamu terakhir. Baby girl tu lahir sebulan awal dari Luqman tapi nampak kecilnya Luqman.

** Siapa darah jenis "B"?? Memang camtu ek character darah "B" - "Aku tak kisah" ???


Monday, 17 September 2012

Cucuk & cucuk

9/9/2012

LUQMAN 2 bulan. Sabtu (15/9/2012) pergi cucuk.
Berat : 5 kg

IMRAN pun cucuk jugak. Dah 5 tahun TAPI cucuk untuk 18 bulan...hehe, kes mak bapak lupa la ni. Jgn marah doktor, nanti kena jual :-)
Berat : 16.2 kg .... (Aci tak?)


Pertandingan "CUCUK2" dimenangi oleh IMRAN sebab dia ketawa waktu dicucuk. LUQMAN kalah sebab menangis :-)

Beberapa hari sebelum cukup 2 bulan, LUQMAN dah naik buaian. Senang dan lena tidur. Tangan ibu pun kureng lenguh. Malam macam biasa, tidur without buaian sebab "ketiak" ibu juga jadi idaman.

* Buaian pink color TAPI dalam tu boboy tau!!! Buaian turun-temurun.

Friday, 14 September 2012

Bilik Solat

Dari dulu lagi kami memang nak wujudkan bilik sembahyang/solat yang selesa untuk kami berjemaah anak-beranak. Bukan selalu pun jemaah, jemaah pun waktu Maghrib / waktu ayah tak sempat nak solat kat masjid.

Bilik kecil sahaja, actually macam bilik untuk bibik sebab bersambung dengan dapur. Since kami takde bibik, sesuailah buat bilik solat. Dan bilik ini pun ada bilik air. Bilik air yang berkongsi/ bersambung dengan bilik Maisarah.

Color hijau ... I admire it!!! Rasa tenang sahaja. Langsir pun matching. Langsir RM8/meter, sheer RM5/meter beli kat Kamdar.


Lagi built-in kabinet. Buku Agama skit, so "sumbat" le jugak komik2 dan buku2 Jepun kami yang dah lama terperap dalam kotak. Buat kenangan !!! And also skit2 buku the kids.

Sofa kesayangan Maisarah. Sofa ni dari Sg Buloh nak dibuang oleh hubby. Dah 2 kali pindah, masih ada lagi. Saya letak plywood kat bawah tu, so takle terbolos bila duduk. Now jadik tempat landing hubby time dia "berkhalwat" dalam bilik ini. Jugak tempat Luqman tido bila kami berjemaah.

** Sila abaikan bola & tikar exercise tu. Dah lama tak "disentuh" :-) Not MINE ok !!!

Rezeki dapat pondok Hami ini yang ada 6 bilik. Cukuplah untuk kami 6 beranak (next 7) untuk berjemaah dengan selesa, tanpa laga2 bontot, tanpa perlu alihkan kerusi, meja semua.

Wednesday, 12 September 2012

Bilik anak perempuan

Last week dah cerita bilik untuk anak lelaki (Imran & Luqman) yang sikit2 ala Angry Bird. Tengok kat n3 ni. Bilik anak perempuan? Barbie? Princess?

No, no, no ..... dah besar dah dorang ni & bilik ni pun insyaAllah guna sampai ke "tua". Niat tu adalah untuk hias macam bilik princess tapi takde budget ... hehehe. Maisarah pulak nak bilik ala-ala dalam aquarium. Oleh kerana kami repair rumah lama ini dari siling ke lantai, so kami buat yang mana penting dulu. Bilik anak perempuan hanya color sahaja berbeza. Mereka pilih color kesukaan masing2. Setiap bilik gunakan 2 tone warna.


Bilik Maisarah - Biru

Bilik Nabihah - Kuning

Bilik Nabilah - Pink

Almari untuk ketiga2 bilik sama.

Kami buat built-up kabinet. Nampak kemas dan kami boleh design sendiri ikut suka. Almari baju tu boleh dialihkan. Buat masa ini katil guna katil lama.

Kabinet still nampak kosong. Kalau tak buat kabinet, rasa macam banyaknya barang dorang ni. Sepah sana-sini.

Harapan ayah (yg kluarkan duit) untuk beri keselesaan pada anak2 untuk belajar. Rumah sewa kami dulu 1 bilik disumbatnya 4 orang skali. Baju pun letak dalam 1 almari sebab space limited.

** Tq sudi jenguk sini. Malam / esok saya BW k :-)