Sunday, 30 September 2012

"PETs" di rumah ini :(

Dah lama menyepikan diri. Ada sesiapa yang ghindu? hehehe.

Hari Selasa malam, hujan lewat (+ ribut kot) kat Bukit Katil ni. Harta-benda dalam rumah ni ada yang "meletup-letup" gitu, termasuklah telefon & modem. So makcik "patah tangan ?? " for a while.

Hari Rabu sibuklah "pakar2" datang baiki yang meletup-letup tu. After mereka2 dah balik, saya selak langsir, konon-kononnya nak menikmati permandangan hijau di luar. Tup-tup .... ternampaklah seekor ULAR warna hitam sebesar batang paip dok menyusur masuk ke laman. Dah geli-geleman seluruh badan. Sebelah rumah kami memang semak-samun (tanah jiran sebelah yang dia sendiri tak larat nak bersihkan), setakat BIAWAK tu, dari anak sampai mak biawak memang dah biasa "main2".

Di saat tengah carik telefon & call hubby, ular tu dah turun ke bawah bukit (rumah kami atas bukit) tapi masih dihalaman kami. Saya keluar dan panggil jiran sebelah. Ular tu nak masuk ke laman jiran. Masa jiran bawak galah, ular tu boleh patah balik ke rumah kami dan pergi ke pokok kelapa pinang yang batang merah tu. Pokok tu memang saya dalam proses bakar2 untuk "matikan" sebab terlalu rimbun. Dah tu ular tu tak kluar2. Last2 dibiarkan sahaja.... Jiran saya kata ULAR TEDUNG. Tong sampah dekat dgn pokok tu so setiap pagi saya main campak jer sampah dari jauh. Nice shoot beb!!! Dan tunggu keberanian datang semula untuk start bakar2 lagi.

Citer panjang lebar ..... Sebenarnya nak bagitau

Kalau korang nampak ular, tak kiralah kat luar rumah pun, calling2 lah BOMBA !!! Dorang kerja 24 hours. Kena calling2 masa nampak ular tu, then kena perhatikan ular tu sehinggla Bomba sampai. 

* Memula kami pikir lawak jer kalau panggil bomba sebab ular tu kat luar rumah

DAN

**Kalaulah saya panggil bomba pada hari itu, tentu bomba tolong "clear"kan sekali pokok pinang tu. Takyah ler saya susah2 nak bakar2 ... huk, huk. Jangan dikesali ...!!!

29/9/2012 (Sabtu)

Kejadian di petang yang hening. Nabihah dok bagitau, "Ibu, tadi Bihah nampak BABI HUTAN lalu kat tepi tingkap bilik Biha. Biha tengah korek telinga (*nikmat korek telinga terganggu agaknya). Saya macam tak percaya sebab bukan ada hutan pun rumah kami ini.

"Macam mana rupa babi tu Bihah" .... dia pun dok explain.

Rupa-rupanya sekumpulan Cina berpakaian macam askar lengkap dengan senapang dok buru babi hutan kat hutan (emm, hutan ke?) di belakang taman perumahan berdekatan dengan rumah kami. Babi hutan "sesat" ke rumah kami, lepas tu entah ke mana babi tu lari agaknya.

*Dengar macam ngeri jer rumah kami ni kan? Tapi sebenarnya rumah kami ni dikelilingi oleh taman perumahan dan jugak rumah2 kampung. PETs tersesat la tu :-)

Tuesday, 25 September 2012

Tersalah "CUP" ler

* Citer orang pompuan *
Sebulan yang lepas

Beli kat sini

TRIUMPH

Nak 
 "B"
(*size dirahsiakan :-)

Diberinya
"D"

Beli 2 pulak tu.
Baru perasan semalam

*** Uwaaaaa ..... nanges !!!!

TAG masih ada lagi TAPI resit dah buang.

Agak2 boleh tukar tak??


* Update 28/9 : Dah dapat tukar. Nyonya tu masih ingat muka ku ini :-)

Monday, 24 September 2012

Tukang kebun

Sorok, sorok ..... menyorok nak ambil gambar. Nanti jiran ternampak, "Apahal si Fizah ni, bergambar tak tentu pasal".




Abang dengan gadget baru, MESIN RUMPUT !!! Dah ada kesedaran setelah memikirkan upah tukang kebun mesin rumput RM150.... 2 kali upah orang, dah boleh beli mesin rumput sendiri. Mesin tu beli RM350 kat Alor Gajah. Cap ayam jer ....

Luas lagi laman kami. 1/2 day habiskan bahagian depan. Next week, belakang rumah??

** Kerja saya sapu rumput dan bakar. I like "bakar-bakar" :-) 

Friday, 21 September 2012

Autumnz dah sampai ♥♥♥

Barang yang diorder sudah sampai :-) 

AUTUMNZ products terdiri dr Bottle Warmer, Cooler Bag, Reusable Ice Pack dan Botol susu.


Lagi 2 minggu nak masuk kerja so rasanya dah perlu ada benda2 ini. Firstly mmg takde idea langsung pasal brand apa nak guna. My friend bagitau dia pakai warmer jenis Autumnz. Google then carik harga termurah ... hehehe.  So everything saya beli di http://breastmilk-storage.blogspot.com/

Saya rasa saya perlu beli warmer utk memudahkan bakal babysitter utk panaskan susu yang telah dibekukan.
 
SEMANGAT MEMBARA untuk beri LUQMAN sepenuhnya susu ibu selama 6 bulan. Doakan saya berjaya ye ♥

** Next week dah start nak ajar Luqman menyusu guna botol.

Thursday, 20 September 2012

Rajinnya .... anak siapalah ni?

Time anak rajin, memang le mak bapak sukakan? Time malas .... *jawablah sendiri ...

Bila saya mengandung dan start bekerja semula pada awal tahun ini, anak2 diajar dan "dipaksa" gosok baju sekolah sendiri. (Anak pompuan jer !!!) Memula kesian dan takut je melecur ke apa anak aku nanti, tapi lagi kesian pada badan saya sendiri.

Lama-lama dorang dah boleh dah. Masa saya outstation, semuanya beres!! Baju ayah pun kekadang dorang tolong gosokkan. Baju ibu?? Oh no ... cukuplah dorang "bakar" tudung dorang sendiri !!!
Nabihah in action

Kesian Nabihah & Nabilah. Baru darjah 3 dah kena gosok baju sendiri. Saya rasa masa saya darjah 6 pun tak gosok baju sendiri...hehehe ....

** Anak2 uols camne?? Ada yang kena "paksa" juga ke??