Tuesday, 11 December 2012

Untung bergambar dengan saya :-)

Tajuk takle blah ... tengok le gambar kat bawah tu. Saya nampak GEBUS !!! Adoiii haiiiii .... Tu le untung orang yang bergambar dengan saya sebab dorang akan nampak kurus... hehehe. Mereka sekeluarga memang dah kurus sampai saya tertanya, "Apasal semua dah kecik ni, mesti kak xxx tak kasi makan"

This is one of "my family". Was born at Toshiba. Saya kenal kak Hanizah ni dari saya baru masuk kerja, belum kahwin, sampai dah beranak 5 (1st baby ~ 4th baby saya masih bekerja di Toshiba). Mereka sekeluarga pun dah kenal saya dari saya sebesar jari kelingking sampai dah sebesar ibu jari. <-- hope uols faham bahasa kiasan ini.



Saya dan kak Hanizah share hari istimewa bersama 19 November ... hari lahir saya dan hari anniversary mereka.

Kami berjumpa pada hari Sabtu lepas(8 Dec 2012) selepas saya pergi perasmian SDSI. Shopping ala-kadar kat SDSI tu then rushing jumpa mereka kat R&R Ayer Keroh jek. Dah ~4 tahun tak jumpa, dapat laga-laga pipi pun jadik le.

InsyaAllah tunggu Luqman dah besar skit, boleh bawak pergi area Banting, jumpa kengkawan lama sambil beli kerepek



Monday, 10 December 2012

Overtime

Minggu lepas Sabtu & Ahad memang kerja, kerja, kerja.

Masyuk, masyuk, masyuk sebab OT kan?? Kot yelah kalau boleh claim OT.... hehehe. OT saya ni tak perlu perah otak CUMA perah tenaga sahaja.

Hari Sabtu dijemput menghadiri majlis perasmian Showcase SDSI di MITC. Pepagi dah mandi dan siapkan Luqman. Then serahkan tugas pada anak-anak jaga baby Luqman. Tu yang bila balik dengar Maisarah bebel, "Ibu, Luqman berak .... kakak yang kena cebokkan".

Dah tu takkan nak tunggu sampai ibu balik? Tapi before Zohor saya dah balik.

Hari Ahad pula ada Karnival di Bukit Katil. Kampeni kena buka booth untuk jawatan kosong. Saya bukan person incharge tapi tetap kena bertugas gilir-gilir. Saya bertugas pagi.

Muka "LURUS BENDUL" .. hehe


Menjalankan tugas. Makcik-makcik ni tengok jawatan kosong untuk anak2 mereka tau, bukan mereka.


Masa ni tengah bekerja sambil borak2 dengan orang kampung :-)

Kerja tambahan - bagi belon pada kanak-kanak. Gaya macam seorang pemimpin tengah beri sumbangan, padahal BELON jek.. hehe

Enjoykan OT camni ?? Kerja, kerja ... OT, OT ... banyak jugak RM ku "melebur" kat tempat-tempat camni. Badan pun makin kembang. Asyik jumpa MAKAN jek.



Friday, 7 December 2012

Istiqamah

Pagi ini sewaktu menuju ke tempat kerja, dengar radio cerita pasal apa ntah tapi ada sebut dan beri contoh pasal Istiqamah.
Istiqamah merupakan satu perkara yang sangat payah untuk dilakukan. Hendak melakukan sesuatu amalan secara istiqamah bukanlah sesuatu perkara yang mustahil tetapi sesuatu perkara yang cukup mencabar keimanan seseorang muslim. 

Kekadang terasa malas, nak tangguh, sibuk, takde masa dan sebagainya.

Istiqamah dalam beramal contohnya hari ini hari Jumaat so yang lelaki tu pergi sembahyang Jumaat, sediakan RM utk disedekahkan. Setiap minggu buat!!!

Ustaz dalam radio tu juga beri contoh .... ambil masa 30 minit dalam sehari, hafal atleast 3 ayat (3 surah?) Al-Quran. Nampak senang tapi payah nak buatkan !!!

Sabda Rasulullah s.a.w : "Sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal walaupun sedikit."  


Jom uols, share apa yang uols buat secara istiqamah. Mana tahu yang baik boleh jugak akak jadikkan ISTIQAMAH untuk diri sendiri.


Nota : Takmo le dengar istiqamah main game, tidur etc ... :(



Monday, 3 December 2012

Pantang jumpa cermin

Gambau pagi tadi di UTEM. First time masuk UTEM.

Cantik interior di satu office ni. sebab ada CERMIN?

Apalagi, makcik "syok sendiri" TAPI gambar BLURRRRR .... sah2 angkat gambau dengan hp tak canggih .. huk, huk ...



Melilau mata, kot-kot terjumpa Asmara :-)


Bee Loon

Kakak saya tak puas hati......  sampai sekarang!!! Sampai dah besar panjang asyik tak puas hati pasal baju sekolah kami.

Baju sekolah (pinafore) saya kain tebal, zip belakang. Baju kakak-kakak yang lain kain nipis, zip tepi. Baju mereka MURAH dan saya anak bongsu, hidup PAMA dah senang skit, SO .... saya merasa pakai baju sekolah MAHAL (pinafore zip belakang). Ni citer 25 ~ 30 tahun dulu.

Baju uols ZIP mana??? hehe ... Zaman dulu2 ramai pakai pinafore. Now budak darjah 1 pun dah pakai baju kurung dan bertudung. Comel jek !!!

Hari Sabtu saya dah settle beli baju sekolah anak-anak. Tahun lepas last minit, tahun ni takmo kelam-kabut macam tahun lepas. Stok pun banyak habis masa tu.




Saya shopping di BEE LOON. Kedai pakaian sekolah yang famous kat Melaka ni. Dari saya kecik lagi dah jadik customer. Baju2 badan beruniform yang lain pun ada jual. Kualiti kainnnya OK, jahitan kemas dan harganya pun berpatutan. Harga kat Bee Loon murah skit dari jenama "C".


Lepas ni tunggu nak shopping tudung sekolah dan peralatan tulis plak. Ala, kat Mydin jek.

Nota : Uols dah start shopping?