Friday, 11 January 2013

Lepas Geram

Dalam seminggu ni Luqman asyik resah je masa tidur. Kejap-kejap merengek, golek kiri, golek kanan tapi mata tertutup. Takde demam / sakit2. Kalau biasa-biasa, masih aktif.

Tidur saya terjaga-jaga. Saya bangun/baring menyusukan dia sambil mata kekadang tertutup. Luqman pun menyusu sambil mata tertutup. Dah tu minum skit jek.

TAPI bila dok pikir balik, dah "keseorangan" jaga anak, boleh le pulak saya "rela" melayan Luqman yang bangun berkali-kali tu. Kalau "berdua" dulu, kalau baby menangis, sure bergilir-gilir jaga. Main pas pas baton gitu. Dia kejut saya, saya kejut dia. Bila turn dia jaga, boleh plak dia pekakkan telinga... hehehe. Lawak jugak sampai masam2 muka... korang pun sama jugakkan???

Takpe, pagi ni saya "lepas geram" dengan makan SUKUN goreng. Babysitter beri sukun, ibu saya takmo goreng sebab cucu (anak2 saya) tak suka makan. Sukun dihantar ke rumah sepupu.


On the way nak hantar Luqman pagi tadi, call cousin.

Saya : "Angah, ada goreng sukun tak?"
Cousin : "Ada, ada ... tengah goreng la ni."
Saya : "Okey, jap lagi Jah sampai"

Lepas hantar Luqman, singgah makan sukun goreng. Breakfast kali ke-2. Kat rumah dah makan roti. Kalau orang dah goreng, SEDAP je kan.



Wednesday, 9 January 2013

WW - Boys

Today, 9 Januari 2013

Luqman genap 6 bulan ... yeehaaaa!!! Dah start makan Nestum last 2 weeks.






6 January 2013

IMRAN berusia 6 tahun. Surprise !!! Surprise cake sahaja. 
Imran terkejut so Menjadi le surprise nya..... SUKE!!!





Imran with cousin, Ikhwan

Tuesday, 8 January 2013

Kampung Girl

Masa lunch hari Jumaat Nabilah try makan tempoyak. Asyik tanya, "sedap tak ibu, sedap tak ibu?" berkali-kali. Bagi ibu, kalau pasal makan, SEDAP jek !!!

Dinner dia dok "promote" pada Maisarah and Nabihah. Dah suka la tu!!! Kemain lagi mereka bertiga dok mengadap cili hidup tumbuk dengan tempoyak for dinner. Tambah nasi 3 kali !!!

Nenek keluar dari bilik, nenek tengok cili hidup yang nenek tumbuk dah habis. Nenek kata, "Len kali nak makan tempoyak, tumbuk cili sendiri"





Laku tempoyak kat rumah. Sanggup tumbuk cili sendiri .. hehe. Ibu tak suka tumbuk cili TAPI ibu suka tumpang makan jek.

Monday, 7 January 2013

Teman Pengganti

Tengok AJL semalam? Saya tengok melalui youtube waktu lunch break.

Dulu member office beritahu saya, setiap kali dengar lagu Teman Pengganti, mesti dia ingat kat saya. Saya cuba dengar lagu tu ... emm, tak masuk in my taste.

Hari ni dengar thru youtube AJL semalam, saya boleh meleleh ... jiwang la tu!!! Cepat-cepat ambil wuduk dan solat Zohor. Sebelum lagi ramai "simpati".


Nota : Memang tak boleh "ditinggalkan" sorang2 dalam office sambil dengar lagu2 jiwang.

Then lagu Teman Pengganti ni kan sama melodi ngan lagu Noorkumalasari - Hati Seorang Kekasih. Kebetulan masa kami bersanding di Mersing on 13 Aug 2000, tengah makan beradab. Lepas dah habis bunyi kompang2 tu, boleh le pulak "orang record" pasang lagu Hati Seorang Kekasih. Kecoh kejap then dalam masa beberapa saat, lagu Hati Seorang Kekasih itu ditukar.

Tengok le liriknya. Tak sensitip betul "orang record" tu tau.


Dalam keriuhan
Riang suasana
Di majlis yang indah

Dari kejauhan
Aku menyaksikan
Persandingan dikau

Kau dikelilingi
Teman teman dan saudara
Aku ditemani air mata


Nota : Doters minat One Direction. Mereka suruh saya dengar. Layan kejap !!!

Friday, 4 January 2013

Setahun berlalu ....

3 Januari 2013

Genap setahun bekerja di sini. Setahun ada 12 bulan kan? Nama jer setahun bekerja TAPI dah tolak 3 bulan berpantang .. hehe. Alhamdulillah, rezeki masih di sini dan memang dah MALAS nak carik kerja tempat lain. Berdoa semoga dapat jadik staff tetap. We all kat sini semua kontrak !!!

Rabu dah start sekolah. Anak2 dah besar, so saya hantar kat luar pagar macam biasa. Teringat last year, arwah terpaksa hantar kakak-kakak then hantar dan tunggu Imran di sekolah sebab saya kena lapor diri di tempat kerja on the same day.... syahdu, syahdu ...

Arwah takde, so saya kena KUAT dan ajar anak jadik KUAT jugak.

Anak jadik KUAT terbukti secara tak sengaja semalam. Nampak dahi Nabihah bercalar. Dia terlanggar pokok.... KUAT tak?? Dah tahu pokok tu dah lama idup, jalan sambil dongak kepala, sape suruh??!!

First day of school. Xcited .... gelap lagi, dah ready untuk ke sekolah.
 Nota : Semalam g KL .... adoii, dah tak sanggup nak harung jammed tapi terpaksa jugak tempuh 2 jam di Jalan Kuching coz ada lori tanah terbalik. Time tu le ko nak terbalik loriii oiiiiiiiiiii .....