Wednesday, 30 October 2013

Dalam HATI ada TAMAN ♥


Saya dah "JATUH CINTA".... 

cer tengok tajuk entry tu... 

Gediks tau!!!

Bercinta dengan hobi baru ..... BERKEBUN.


Gambar atas tu buat pagar guna botol. Orang yang "takde perasaan" akan sentiasa BLUR, MENGUAP bila saya start bercerita dengan "cinta" baru saya ni. Biarlah.... sekali-sekala makcik nak tunjuk kretip !!!

Botol2 telah ku alihkan pandangan ke sudut lain. Rumah bersudut2, tu yang payah tu. Takpe, concentrate satu-satu tempat dulu.


Jeng jeng jeng ... sedikit pokok dan deco yg tak seberapa. Permulaan saya gunakan idea botol kaca recycle dulu.

Cat botol jadik warna putih untuk menutup "ketidaksempurnaan" botol

Sudut lain. Pagar botol kaca dari botol kecil saiz esen vanilla. Ni semua kawan beri. Yang bestnya dah siap basuh, so tak perlu la saya basuh dan cat bagai....


Gambar bawah tu 2 ketul simen yang saya jumpa kat belakang rumah. Jumpa satu di timur, satu di barat.


DIY signage. Walaupun tulisan tak cantik tapi makcik suka sangat2 :-) Sebab DIY kan.


Tanam pokok sikit-sikit. Nak panggil pakar, belum cukup mampu. Lagipun takut dah bayar mahal-mahal, last2 diri sendiri tak rajin nak maintain.

Maybe one day nak juga guna pakar. Jom kumpul duit sampai bertingket2. Sesaper ada kenal mana2 pakar buat lanskap rumah dengan harga berpatutan, boleh share dengan saya. Contact number please !!!



Monday, 28 October 2013

4 bulan yang lalu

Update cepat-cepat kisah 4 bulan yang lalu. Untuk kenangan nanti.

Bulan Julai, saya berpeluang outstation ke Kyushu,Jepun selama 4 hari (7-10 Julai 2013) bersama 8 orang delegasi dari Melaka termasuk seorang exco.

Tempat yang MEREKA-MEREKA nak terjah. I follow jer.

Shopping jugak. Of course la kan :-)
Next-----> Tengok gambar di bawah ye :-)

Gambar tengah meeting. Macam saya pulak chair the meeting kan.... saya kuli je!!!

** Stail Jepun meeting, the "biggest" jawatan memang duduk di bahagian tengah.



Dari Jepun, saya "melencong" ke Seoul, Korea... eh, atas arahan bos tau!!! Tidur semalam di Itaewon. Tapi mcm takde sangat gambau kat sana.


Raya ♥ SELAMAT HARI RAYA ... (8 OGOS 2013)
My lovely permata hati

Selepas bersalam-salaman dengan mak bapak, adik-beradik, saya baru anak-anak menziarahi pusara arwah. Dekat je dengan rumah PAMA. Ajar anak-anak sedekahkan Al-fatihah. Saya dah kena warning dengan Imran supaya jangan menangis. Luqman main baling-baling batu yang ada di atas kubur arwah ayah. Emm... tahun depan takut dia bawak mercun pulak.... hehe. Anak-anak.... doa kamu semua dipohon untuk arwah ayah.



10 SEPTEMBER 2013

My eldest daughter, Maisarah menduduki peperiksaan UPSR. Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk kakak. Saya memang tak cukup masa nak belek pelajaran dia hari2. Saya hanya mampu hantar pergi balik ke tuition setiap Sabtu dan Ahad dan jugak terlibat apa2 aktiviti di sekolah.

17 SEPTEMBER 2013 - Birthday kakak yang ke-12. Dah boleh harap buat kerja rumah, mandikan Luqman, cuma malas jer. Kena leter, baru bergerak.



16 SEPTEMBER 2013

Setelah 11 bulan kami meninggalkan rumah kami (lepas arwah meninggal, terus tinggal dengan mak bapak), akhirnya kami kembali semula.

HOME SWEET HOME ..... RUMAH KU SYURGA KU
** Tak abis kemas lagik... punye le malas !!!



29 SEPTEMBER 2013
My hensem Luqman dah pandai jalan. Tu pun dah 1 tahun 2 bulan ++. Kurang skit penat nak mengendong dia sahaja.
TAPI
Now pun dia tak boleh nampak ibu. Saya panggil dia PEMINAT SETIA. Kaki ibu pun dipegangnya.


LAST BUT NOT LEAST----- MY HERO, IMRAN :-)
 



Tak tahu la saper yang ngajo dia skill memanjat pintu tu. Sempat bergaya "hebat" depan ibu tu. Si ibu dah kecut perut takut my hero tergolek ke bawah. Kat bahagian bawah tu pulak jadi lintasan Luqman.

Ok.. ok ... Opening yang banyak citer :-)


Wednesday, 18 September 2013

Jumpa Asmara

Assalamualaikum,

Setelah 3 bulan++ menyepikan diri, akhirnya saya munculkan diri. Macam orang berpantang pulak :-)

Ni gara2 terjumpa Asmara tengahari tadi. Adik blogger yang selama ini hanya dikenali di alam maya. Dari mereka dok kat Jepun sampai ke Melaka. Tinggal di "bukit" yang sama pulak.

Siapa kenal kami, sila tinggalkan komen ** statement mengalahkan retis !!!



Ada post saya sebelum ini dah hilang gambar2?? Kemana kah??

InsyaAllah nanti saya update news 3 bulan++ tu ye :-)

Monday, 10 June 2013

Apa saya suka?

Update cepat2....

Manusia ada masalah. 
Setiap masalah ada penyelesaiannya. 
Tapi masalah saya susah nak carik penyelesaian. 

SEDIH, SEPI.

So bz kan diri, buat apa yang saya suka. 
Suka travel tapi takkan nak travel je kan. 
Duit pun huk, huk ....


Saya suka SEWING. 
Yessssssssssss

So kalau pasal SEWING, sila le melawat link


# Peace #

Friday, 7 June 2013

Pasar Baru Bandung

Kalau ke Bandung, WAJIBs ke sini.
Alahhhhh memang semua akan ke sini pun. Poyo jek cik Fizah ni tau !!
Sini tempat shopping paling best, bagi saya la yang budget ciput.
Berkali-kali kami ke sini (emm... 3 kali je pun).
Dan berkedai2 Factory Outlet yang kami pergi, saya tak heran nak bershopping sebab saya suka shopping di sini, Pasar Baru.

Lets ronda dengan saya :-)

Awal pagi. Line clear.
Hari terakhir. Sempat abadikan pic.

Kami naik angkutan kota sahaja untuk ke Pasar Baru. Sekepala Rp6000 tapi kalau ramai2, 
kami ambik 1 angkut dlm Rp 30k ~ Rp 50k = RM 10 ~ RM15.
Dan dalam masa2 tertentu, 1 angkut kami sumbat more than 10 orang.
Ada yang berpangku2. 
Amacam, Ada bran ??





My sister & sister in law tengah nak borong pisang cheese. Serius sedap kerepek kat kedai ni.
Perut kami pun kenyang merasa kerepek2.

Apa ada di dalam Pasar Baru?
Telekung, kain ela, etc ...
Setiap tingkat produk lain2.

Rege?
More more cheaper dari Msia.
Kena pandai tawar-menawar
Imran dapat kasut bola Adidas Rp 70k = RM 21++
Yes, terus dia STOP meragam.









Amacam, puas tak?
Gambar2 atas tu Maisarah yang dok ambil, boring tunggu ibu belek2.


Gambar Bawah

MUKA PUAS

Maisarah tengah angau jumpa telekung lembut



Dalam kami puas@gembira, ada yang bersedih.
Tengok Ikhwan tu. Merajuk tak dapat beli mainan.



Saya beli kain ela untuk raya. The gegirls sorang sepasang jek. Ibu?? Dont ask ... hehehe.
Pening nak suh gegirls pilih kain.

TIPS ke Pasar Baru. 

Pasar Baru ni bertingkat2. Rasanya 7 tingkat (Dasar 1, Dasar 2, Tingkat 1 ~ 5). Saya tahu LANTAI 2 untuk kain ela...hehe.

Uols kena ingat lantai/dasar mana uols beli sebab mana tahu kot2 nak tukar saiz etc. Macam kami la. Kalau tak ingat lantai, jenuh jugak nak carik kedai tu semula.

2nd tips,
Tak semua orang shopping bersama-sama, mesti ada berpisahkan? So senang janji jumpa semula di Dunkin Donut.