Sunday, 29 July 2018

Luqman panjat pokok

Hari Ahad dah jadi macam routine ke rumah Bukit Katil. Today ada kawan-kawan datang nak ambil rambutan yang bersepah-sepah. Sambil-sambil tu bercadang nak kemas bilik solat.

Today datang dengan Luqman sahaja. Tu pun dalam kul 2.00 pm baru pergi. Imran tak ikut sebab tak solat lagi & buat homework.

So Luqman try panjat pokok. Suh hantar kat Imran dengan caption, "Jeles tak tengok Luqman?" πŸ˜›



Cantas pokok rambutan

Kat depan rumah Bkt Katil ni ada 1 pokok rambutan. Dah besar + tinggi pokok ni. Alhamdulillah tahun ni buah banyak. Actually saya dah minta orang kampung pajak tapi sebab orang tu busy berniaga durian, so atlast dia tak ambil pun buah rambutan saya. 😒 Buah pulak dah kat hujung2, tinggi2 sampai nak kait pun payah.

Atlast saya suruh orang cantas jer. Orang tu suruh abiskan buah dulu, Alah leceh ler... nanti sayang pulak buah sampai busuk kat pokok. So saya upah orang tu cantas - RM300 untuk 2 pokok (pokok rambutan & pokok jambu kat belakang rumah). Sampah dilonggokkan di hadapan rumah sebab nak sewa tong pun dah RM180. Kita takde "cable" kat Majlis, kalau tidak maybe boleh le keneng2 untuk dpt service free. πŸ˜… ... takpelah.. takyah cerita benda yang takde.. hehe.

Saya pun suka bakar2, so bakar le skit2 nanti... agak2 berapa bulan baru habis???? πŸ˜…

Sebelum dicantas besarnya begini. Bahagian atas sampai dah terkena wayar elektrik.
Sebelum dicantas besarnya begini. Bahagian atas sampai dah terkena wayar elektrik.

Dalam proses mencantas

After - togel habis.. hehe





Saturday, 28 July 2018

I'm back

Assalamualaikum w.b.t

Dah bertahun jugak tak update blog ni. bersawang, bersarang...πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…
Tetiba rasa FB, Insta tak se"best" blog.

Di blog boleh cerita apa-apa tanpa perlu ramai yang LIKE.
Tapi saya mengharapkan ANDA-ANDA selalu lah melawat blog saya ini.
Semoga ada pengalaman, ilmu yang boleh dikongsi bersama.πŸ’ŸπŸ’ŸπŸ’Ÿ

Tuesday, 9 August 2016

Hadiah buku asas jahitan beg

Semalam saya dapat hadiah yang best sangat. Hadiah buku Seni Asas Jahitan Beg 2. Fresh from the oven sebab buku baru siap cetak. Owner sendiri, Pn Norwahidah yang beri tau.Yang buku 1 dh lama beli.



Macam mana boleh menang?

Peraduan apa?


Peraduan melalui FB ini masa bulan 4 lagi. Buku pun belum dicetak :)


Hari Sabtu pagi masa keluar peraduan ni. Orang tak ramai bukak FB lagi kot. Bila nampak peraduan ni, saya kenalah screenshot QR Code tu dulu. Then berlari ke rumah sepupu saya, rumah sebelah je. Hantar whatsapp QR Code ke handphone sepupu saya. Kebetulan handphone saya dah ada QR Code reader, so scan le guna handphone saya untuk baca QR Code yang telah dihantar ke handphone sepupu saya. Payah tak? Itu sahaja cara cepat yang saya terpikir. Tapi berbaloi sebab MENANG.

Yang berminat dengan buku ini. Boleh carik di kedai-kedai buku.

Harga
Sem. Msia = RM26
Sabah/Sarawak = RM29

tidak termasuk pos.


Monday, 8 August 2016

Hotel bajet di JB - Hotel De Angsana JB

Twins balik ke Melaka sebab dapat outing bermalam. Maisarah tak boleh balik sebab ada kelas tambahan. Hari Sabtu terpaksa le hantar twins balik ke STF semula. Singgah ke Yong Peng, rumah kak Milah (my cousin) sebab hantar ibu and busu.

Kami sampai STF lewat, dalam kul 4pm. Trus ambil Maisarah then check-in hotel. Hotel bajet, De Angsana, JB. Cukuplah setakat saya, Imran dan Luqman yang akan bermalam di situ. 1st time check-in hotel dengan kecik 2 orang tu. Saya ini penakut orangnya. Bawak Al-Quran :)

Lets review pasal hotel ni.



Hotel ni dah boleh nampak dari tepi jalan nak ke STF. Yang paling best, 40 saat je ke Jakel... hehe. Pantang dengar pasal kain!!!! Dekat jugak dengan Angsana Mall. Jalan kaki pun boleh. Surrounding pun happening jugak. Banyak kedai makan, butik etc. Petang tu sempat pergi Angsana. Lepas hantar anak-anak balik STF, stay dalam bilik je. Penakut :)

Bilik hotel bersih. Saya ambil bilik tengah (takde tingkap) Queen bed 1. Harga RM95 semalam. Ok lah kan?? Ada bilik yang lagi murah. Ada wifi and TV. Tuala mandi 2 helai, air mineral, bath form 2 juga disediakan. Cuma shower air kecik tapi ada air panas. Selesa la utk kami 3 beranak. Sebenarnya bagi saya, lagi kecik (janji murah), lagi bagus. Sebab penakutkan!!! Dan takde le Luqman merata semakkan bilik.

Breakfast kat Restoran Hijo. Sebelah je dari hotel. Hotel bajet so takyah le nak expect makanan banyak pilihan kan. Bagi saya, ada breakfast pun dah kira ok. Takyah le nak start enjin kereta. Ada mee goreng dan nasi lemak upon request. Sedap jugak nasi lemak tu.

Hari Ahad, by 10 pagi kami dah check out. Terus ke Yong Peng untuk ambil semula ibu dan busu. Lepas tu ikut my cousin pergi shopping kat Ayer Hitam. Unplanned dan terbeli karpet ... huk, huk... Takpe lah.... sangat puas hati dengan karpet tu.

Next time in shaa Allah boleh stay lagi kat Hotel De Angsana ni.

HOTEL DE ANGSANA
N0 41 & 43 ,Jalan Padi Emas 1/3,
Pusat Bandar Tampoi,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
 Tel : 07-2314422