Wednesday, 14 August 2019

Cara jaga kolam ikan jadi bersih

Siapa ada hobi deko2 laman mcm saya?

Pasu air terjun ni saya letak ikan guppy. Senang.. low maintenance. Tak perlu guna filter. Saya rasa mcm membazir letrik je 😝

Tapi guna air tapis, atau air paip + anti-klorin. 

Tips terbaru saya cuba praktikkan. Tanam pokok guna tanah merah dan letak dalam kolam tu. Pasu/bekas tak berlubang tau. Lepas masukkan dlm air, biarkan air clear dulu, baru masukkan ikan. Ada orang dah buat, setahun tidak perlu tukar air.

Lets look and see :)




Semangat berblog kembali

Dah bertahun tinggalkan dunia blog. Ada lagi ke kawan-kawan yang masih aktif berblog?
Terima kasih kerana sudi hadirkan diri di Teratak Hami.
Oklah... hopefully tak berkubur lagi blog ni. Stay tune everyone :)

Friday, 8 March 2019

Big Bowl Ice @ MITC

HAPPY WOMEN'S DAY... since today is our day (gegirl only), hari Jumaat pulak tu, rehat panjang. So pergilah kami merasmikan Big Bowl Ice yang baru bukak depan ofis kami.

Harga boleh tahan. SEJUK pun boleh tahan.




Love this quote :

Semoga Cerdikmu Secerdik Aisyah,
Cantikmu Secantik Ainul Mardiyah,
Pengobananmu Setinggi Sumayah,
Ikhlasmu Seikhlas Rabiatul Adawiyah,
Kesabaranmu Seperti Aisyah,
Kemuliaanmu Seperti Maryam,
Kesetiaanmu Seperti Khadijah &
Ketaatanmu Seperti Fatimah…
 & moga tempatmu di syurga Al Jannah

Aamin



Imran - Program Motivasi Formula Kecemerlangan Diri 2019


Since kakak ku nak tulis buku mengenai Luqman, so saya macam bersemangat pulak nak update blog. Di sini boleh corat coret tentang our life. Yelah nanti dah tua, dah lupa.

Imran terpilih utk sertai Program Motivasi Formula Kecemerlangan Diri 2019 di SK CIJ 2. Petang semalam dia beritahu, dia terpilih.

"sebab Imran antara yang cemerlang Sains"

Me... what????!!!!

Bila masa pulak cerita ni saya tak tahu?? hahaha...

Apa-apa pun, gudluck Imran. Sentiasa sayang Imran. Sentiasa ada doa khas utk Imran.



Thursday, 2 August 2018

Marker pen untuk batu hiasan

Saya adalah peminat beli barang kat Lazada. Bila balik rumah lepas kerja atau malam before tidur, tergolek2 atas katil sambil tangan gatal jer survey barang kat Lazada. Time begini memang macam-macam idea shopping keluar. Laju je tangan "Add to chart" ... esok malam survey lagi sampai beberapa hari, dah puas hati, baru beli.

So ni ha... terbeli Marker Pen untuk tulis2 kat batu. Now dah musim nak berkebun le pulak. Jangan marah saya !!! 😊

Harga = RM25.70 .. nak conteng apa ye ??