Wednesday, 14 August 2019

Cara nak biakkan Vanda Orkid


My one & only vanda dah keluarkan bunga. Masa beli bulan 5 aritu, tak tahu color apa. RM25. Nampak macam purple. Purple pun purple la.. 😁


 

Macam mana nak biakkan Vanda? 
Kawan beritahu, kena tunggu 2-3 kali berbunga. Nanti akan keluar anaknya. So boleh kerat dan pastikan dikerat pd anak yang ada 2-3 akar. Baja jgn lupa, air secukupnya sebab Vanda mudah keluar anak bila pokok sihat.
 
Sabar ye !!!

Cara jaga kolam ikan jadi bersih

Siapa ada hobi deko2 laman mcm saya?

Pasu air terjun ni saya letak ikan guppy. Senang.. low maintenance. Tak perlu guna filter. Saya rasa mcm membazir letrik je 😝

Tapi guna air tapis, atau air paip + anti-klorin. 

Tips terbaru saya cuba praktikkan. Tanam pokok guna tanah merah dan letak dalam kolam tu. Pasu/bekas tak berlubang tau. Lepas masukkan dlm air, biarkan air clear dulu, baru masukkan ikan. Ada orang dah buat, setahun tidak perlu tukar air.

Lets look and see :)




Semangat berblog kembali

Dah bertahun tinggalkan dunia blog. Ada lagi ke kawan-kawan yang masih aktif berblog?
Terima kasih kerana sudi hadirkan diri di Teratak Hami.
Oklah... hopefully tak berkubur lagi blog ni. Stay tune everyone :)

Friday, 8 March 2019

Big Bowl Ice @ MITC

HAPPY WOMEN'S DAY... since today is our day (gegirl only), hari Jumaat pulak tu, rehat panjang. So pergilah kami merasmikan Big Bowl Ice yang baru bukak depan ofis kami.

Harga boleh tahan. SEJUK pun boleh tahan.




Love this quote :

Semoga Cerdikmu Secerdik Aisyah,
Cantikmu Secantik Ainul Mardiyah,
Pengobananmu Setinggi Sumayah,
Ikhlasmu Seikhlas Rabiatul Adawiyah,
Kesabaranmu Seperti Aisyah,
Kemuliaanmu Seperti Maryam,
Kesetiaanmu Seperti Khadijah &
Ketaatanmu Seperti Fatimah…
 & moga tempatmu di syurga Al Jannah

Aamin



Imran - Program Motivasi Formula Kecemerlangan Diri 2019


Since kakak ku nak tulis buku mengenai Luqman, so saya macam bersemangat pulak nak update blog. Di sini boleh corat coret tentang our life. Yelah nanti dah tua, dah lupa.

Imran terpilih utk sertai Program Motivasi Formula Kecemerlangan Diri 2019 di SK CIJ 2. Petang semalam dia beritahu, dia terpilih.

"sebab Imran antara yang cemerlang Sains"

Me... what????!!!!

Bila masa pulak cerita ni saya tak tahu?? hahaha...

Apa-apa pun, gudluck Imran. Sentiasa sayang Imran. Sentiasa ada doa khas utk Imran.