Sunday, 25 November 2007

32th Birthday

Happy Birthday To Ibu. Birthday celebration delayed coz hubby baru balik outstation.

Birthday present from Sarah. After makan2 di Secret Recipe, Sarah informed dia nak beli present for me. Dia nak beli flower tapi I cakap taknak. Then I lepak at MPH.

After a few minutes, Sarah jerit from outside MPH " ibu size apa?". I thought she planned to buy baju, so I said " saiz 40". Then she come again & bring to kedai jual silver accessories. I pilih je but masa I tengah pilih, Sarah cakap " kalau ibu taknak, beri kat kakak". Rupanya ikut taste dia. Later, ayah yang kena bayar.

Ibu & Maisarah
 
Twins lepas geram ke?
 
Imran leka tengok kakak-kakaknya
 

Wednesday, 21 November 2007

Memories at Q-Dees 2007

Maisarah, Nabihah & Nabilah sekolah tadika di Q-Dees for year 2007 (6 years & 4 years). Why we choose Q-Dees? The reasons, nak support Kak Emy (Principal), fees murah sikit .... hehehe 3 org. sekolah ma & Q-Dees dah established. Syllabus pun ok....

We all suami isteri ni kerja 7am - 7pm & bukan everyday dapat nak tengok buku anak2. Invest lebih sikit untuk anak2 & the most important, anak2 enjoy pergi sekolah.

KITA MERANCANG HANYA TUHAN YANG MENENTUKAN.

Konsert 10November 2007.
Venue : Kelab Sri Damansara.

Maisarah on her graduation gown
Maisarah & classmates
Nabihah
Nabilah
3 years & 4 years student
Fashion show for 4 years students. Nabihah kena pakai baju Thailand. Dia takde masalah with the costume, cuma waktu dia nak jalan, nampak susah sikit. Dah biasa berlari sana sini, tiba2 kena jadi sopan santun. Muka Nabilah masam sahaja. Dia taknak pakai this costume sebab nampak ketiak & skirt pendek. Bila masa pulak Nabilah jadi baik camni? Alhamdulillah ... but during this concert only.

Tuesday, 9 October 2007

Something to share

JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. Tips dari Robert D. Ramsey.
  1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
  2. Berikan anak anda pelukan setiap hari – Anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.
  3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran.
  4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya.
  5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu.
  7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.
  9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana.
  10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
  11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Anak2 yg datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.
  12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ada setengah budak kena banyak kali ajar, baru dia faham. Jgn marah sbb kalau marah nanti terbantut proses pembelajaran dia.
  13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
  14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka.
  15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
  16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi mereka.
  17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
  20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

"Wahai Tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."
"Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Tuesday, 2 October 2007

Majlis Berbuka Puasa

Date : 29/9/2007.
Venue : Restoran Ibu Mertuaku, Kundang

Our annual gathering berbuka pose. Kami ni tinggal jer area Selangor, KL tapi nak jumpa memang le payah. So every Ramadhan or raya memang time to jalinkan silaturrahim.

Actually this group start from bapak-bapak. They all berkawan since bujang, sewa rumah bersama. After kahwin, still kamceng. Ibu-ibu and anak-anak secara AUTO bersahabat juga.

Hopefully this relationship sampai ke anak, cucu, cicit ....

Depan restoran

Sunday, 23 September 2007

Majlis Berbuka Puasa - Concorde Hotel

Supplier belanja. Rezeki bulan puasa memang murah, nak-nak pada yang selalu berhubung dengan supplier. Aku takde le sangat direct dengan supplier tapi kalau kengkawan ajak tu, insyaAllah aku ikut je.


Ni masa supplier Teradyne bawa berbuka puasa di Concord Hotel. Supplier datang sorang, tapi kami ramai jugak. Apa lagi, selagi ada makanan, semua nak rasa. 1st time aku makan sup gear box. Ada orang tolong ajar ... memang lemak berkrim, "sihat" untuk kesihatan