Friday, 27 June 2008

Farewell for Dena - 30th June 2008

Dena trainee from salah sebuah university di Malaysia. Dia training at our department (SE) under Product group.
Souvenier from SE department was given by Mdm Hafizah.
Antara SE members. Our new office still under renovation, so not all members were here.

Tazkirah Hari Jumaat

Dapat thru email ... Untuk keberkatan hidup.

1. Mencintai masjid
Masjid adalah rumah Allah yang ada di bumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapa pun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.

2. Solat Tahajud
Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir. Sebab ia telah mensia-siakan datangnya pertolongan Allah.

3. Rajin bersedekah
Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian pasti kepada ahli sedekah.

4. Bantu orang lain
Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita.

5. Banyak berselawat
Berselawat kepada Rasulullah SAW adalah amalan terpuji. Cinta akan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita.

Thursday, 26 June 2008

Result Mid Term Maisarah

Last Monday (23/6/2008) ada sessi perjumpaan ibu bapa & guru kelas untuk sign report book. Ambil MC, kebetulan seminggu selsema tak baik. Antibiotik pun dah habis. Try klinik lain pulak.

Pagi pergi KAFA, jumpa ustaz. Alhamdulillah, Maisarah score juga. Semua subjek A kecuali subjek KHAT (67%). Subjek ini yang buat peratus rendah, tapi still A. Tanya kat dia, kenapa KHAT kakak teruk sangat. Maisarah kata " Kakak dah guna dah pensel KHAT, tapi ustazah beri markah rendah juga." Macam2 alasan dia beri, panjang lebar. Entahlah .... saya pun kena selidik juga macam mana KHAT ni. Kalau ikutkan, tulisan Maisarah not bad.

Dalam pada tu terbuka cerita pasal yuran. Rupanya setiap bulan kena bayar RM 40, ingatkan FREE ==> memang suka bab FREE ni (^_^). Someone told me that KAFA no need to pay for yuran. Silap information. So dah tertunggak from February..... later, tunggu ayah bayar.

Petang, waktu Sek kebangsaan, results Maisarah OK juga. Peratus pun still A. Ada 44 orang dalam kelas dia. 15 orang dapat 5A, termasuk Maisarah. Semua subjek Maisarah dapat 90%+ , except Mathematics. Dia dapat 80% shj. Dalam exam ini yang Maisarah buat banyak careless mistakes.

Yang paling tak dapat dilupakan, Maisarah buat no 3 terbalik. Dah jadi macam no 4 Jawi. Marah betul saya masa ni. 2 jawapan pulak tu yang dia buat no 3 terbalik. Twins tolong gelakkan dia.

So, from now kena suruh Maisarah belajar lebih sikit sebab dia ni kaki TV.

Wednesday, 18 June 2008

Lanscape rumah Kak Hanizah

Aku memang minat lanscape, hias rumah, cantikkan rumah, tengok rumah cantik etc.... Try to do at my house but tak pernah jadi. Biasalah orang bekerja with kids yang masih kecil. Dinding rumah dijadikan tempat conteng. Depan TV jadi tempat makan. .... Aku terjumpa gambar lanscape one of my colleague. Kakak ni memang rajin hias rumah. Every year dia akan tukar color cat sampai we all perli dia, rumah sempit sebab cat dah tebal. Rumah yang disewakan pada orang pun, every year dia akan supplykan cat for the whole house. Even rumah dia kos sederhana shj, tapi decoration & lanscape ... perhhh... Jom jenguk sekejap, mana tahu boleh tiru idea. This pictures was taken last 2 years.

Sebelum tanam rumput

Tuesday, 10 June 2008

Kuala Gandah & Deerland, Lanchang Pahang- 1 June (Sunday)

From Cherating, kami pergi ke Kuala Gandah. Kuala Gandah terletak di Lanchang, Pahang. Ikut lebuhraya Pantai Timur then exit di Lanchang. Lebih kurang 150km from KL. After bayar tol, di simpang tiga, ikut ke kanan. Then straight hingga ke hujung jalan.

Apa ada di sini? Di sini tempat peliharaan/pemulihan gajah. Masuk percuma. Pelawat boleh naik gajah dan mandi bersama gajah dalam sungai.

Kami tiba di sini agak lewat & kebetulan hari ahad & cuti sekolah, jadi kami terlepas semua aktiviti bersama gajah. 120 orang yang pertama sahaja.



Takut juga bergambar sebelah gajah ni. Kalaulah gajah tu angkat kaki, penyek terus kat situ.


DEERLAND
Deerland terletak di Lanchang juga. Same way to Kuala Gandah. About 3 km to Kuala Gandah. This is lovely place. Like a mini zoo for pets. Kita boleh pegang / beri makan pada binatang di situ. My kids suka sangat tempat ini.

Bayaran masuk for Adult : RM5, kid : RM3

Tak tahu apa nama binatang ni. Macam landak & so cute.
Actually masa we all datang boleh beri Deer makan. Hubby sempat beri makan Deer yang kelaparan. Deer makan carrot yang dah dipotong kecil-kecil.
Beri monyet minum susu pekat manis. Boleh tahan juga makanan untuk binatang2 di sini.Kalau dah jumpa sedara, macam ini la peel nya.