Lain benar suasana nak raya di sini. Berbeza sungguh dengan Toshiba. Tapi aku harus terima hakikat dan berada di bumi yang nyata. Hidup ini tidak semestinya penuh dengan keseronokan. Sayu hati ini bila drive balik ke rumah tadi. Entah apa yang sayu sangat pun aku tak tahu. Bukan tak dapat balik raya. Dapat cuti seminggu, dapat ambil advance annual leave lagi. Mood raya macam takde.
Hari Khamis sehari suntuk sibuk di production line, buat evaluation. Tu pun tak siap lagi. Balik rumah rasa macam nak menangis bila pikirkan esoknya kena sambung buat evaluation. Sumpah seranah dalam hati ini, they all tak fikir ke yang aku nak beraya, mood kerja pun dah takde. Tapi macam mana pun, kerja tetap kena buat.
Today (Jumaat), pagi lagi dah pergi production line, sambung kerja semalam. Memang nak habis kerja cepat, nak balik cepat etc ... Kalau duduk lama di office, macam-macam request akan datang. Alhamdulillah around pukul 2pm kerja dah siap. Offline IM takut orang kacau .... hehehe. Pukul 4pm ~ pergi shopping di cafeteria. Setiap bulan dapat subsidi RM 25 duit makan. Ada balance RM 10, kalau tak dihabiskan until end of the month, kira burnlah duit tu. Payah juga nak habiskan RM 10. Beli2 makanan, still ada balance. So dengan RM 10 tu dapatlah 2 jenis lauk, 14 ketul kuih & 4 ketul bun ... Alhamdulillah, kenyang makan waktu berbuka tadi.