Thursday, 26 February 2009

Hobi Ayah

Memang tak nafikan lately ayah memang suka jogging. Selalunya malam la. Last weekend we all gi Mid Valley and Gardens. Ayah nak survey T-Shirt Nike. Yelah kasut jogging Nike, kononnya biarlah satu set, walaupun masa tu duit dalam wallet and bank tinggal "helaian terakhir", sampai dapat gaji ... hehehe. 

Ayah dah pegang T-shirt Nike yang harganya RMxxx and seluar harga RMxxx. Nasib baik ada "mulut jahat" ibu ini, so last-last ayah tak jadi beli. Tak sanggup ibu tengok ayah beli T-Shirt semahal gitu yang mana T-shirt tu sebenarnya setaraf dengan baju Pagoda, sehelai RM10 je. 

Sebelum tu hari Jumaat petang ibu telefon ayah, tanya soalan biasa, balik pukul berapa? Hari Jumaat so expect ayah balik awal sikit dari biasa. Tapi fikir sure ayah balik lambat sebab hari Khamis tu dah kena "syarahan" dengan boss. Sampaikan anak melintas jalan, takde kereta pun tiba-tiba ayah jerit kat anak, suruh hati-hati. Saje ayah buat macam tu dgn tujuan nak stopkan "syarahan" boss. 

Ayah kata ayah still kat Melaka, tengah pukul bola. Ha??? Bola apa??? Rupanya tengah main GOLF . Alahai, rasa bagai di"spray" telinga ibu... bila pulak pandai main permainan orang korporat ni? Boss Jepun ayah akhirnya berjaya juga pujuk ayah and sorang lagi main golf dengan dia. Yang ibu tahu, orang Jepun yang tinggal kat Malaysia memang suka main golf. Boss tu siap bawakan kayu golf sorang satu. Kata ayah, boleh pukul bola 100 biji, kena bayar rm10 sahaja. Murah dari main bowling. 

Hari Isnin, ayah kemaruk lagi. Petang ibu telefon ayah kata kat Bangi then nak gi dinner ngan boss. Ibu dan anak-anak dah nak masuk tidur, ayah tak balik lagi. Telefon lagi, katanya kat Bukit Jelutong, tengah GOLF. Pagi next day ayah dah mula buka cerita nak beli golf set. 
Emm .... kalau tengah kemaruk, memang tak boleh dihalang.

Saturday, 21 February 2009

GENG - Pengembaraan bermula

Kami pun tak nak terlepas dari menyaksikan movie ini. Sana sini orang asyik bercerita sahaja.... Ayah booked tiket online at GSC One Utama, pukul 5:30pm. Before that aku dah pergi ke Jusco Klang.... full house! Ada pun pukul 11:55pm atau hari ahad, pukul 7:40pm ... After balik kerja, aku terus ke One Utama, jumpa ayah and kids di sana Memang best movie ini. Ditambah pula suara comel Upin & Ipin dan keletah mereka yang sungguh comel. Anak-anak aku tak puas tengok.... Anak-anak kalau tengok wayang, mesti suruh beli popcorn. Tengok tu muka ceria mereka setelah dapat popcorn. Maisarah suka makan jagung. Imran macam biasa kena tinggal di rumah. Takut "mengamuk" dalam panggung. Kesian kat Imran ...

Hari ini dalam sejarah

Hari ini aku datang OT (tak berbayar da!!!). First time datang OT ni. Kagum sungguh!!! Yelah selama ni (dah 7 bulan kerja kat sini) aku asyik melepak kat office, depan laptop, surf internet, telefon sedara-mara, tiba-tiba datang OT pulak. Banyak sangat ke kerja?

Sebenonya dah 2 minggu rasanya aku macam tak cukup tangan nak buat kerja kat production ni. Semua nak urgent. Today datang kerja sebab ada shipment yang kena buat. Plan nak hantar ke US semalam. Tapi apa nak buat, parts baru terima malam tadi and today aku kena buat test, pack and ship. Colleque aku kat US dah tertanya-tanya, bila la nak hantar parts tu. Banyak aku belajar handle barang urgent ni. First time pulak handle dari A to Z. Dari tak kenal orang, terus semua aku kenal. Bukan semua la tapi aku kenallah orang-orang yg aku akan "susahkan" next time.... hehehe.

"HAPPY BIRTHDAY TO IKHWAN" ... today birthday anak sedara aku, Ikhwan - 1 tahun. Sekejapnya dah besar. Rasanya dah 2 bulan lebih tak balik kampung Melaka sebab parent aku asyik datang KL je. Ikhwan dah boleh jadi kawan Imran ke? Ikhwan ni kira macam penyambung keturunan bapa aku la dari segi "bin". Dalam adik-beradik kami, abang aku sorang sahaja then ikhwan ni satu2 nya anak lelaki abang aku. Kiranya macam "bin Mohd Nor" ada penyambung la ... Alahai, bila la nak balik ni????

ALEPS Bowling Taikai

Setiap tahun ada ALEPS (Alumni Look East Policy Student) lawan bowling. Dah 2 ke 3 tahun juga laki aku join. This year buat kat IOI Mall and malam pulak tu. Sepatutnya start kul 8:15pm tapi terlajak ke 9:00pm.... aku sibuk jaga anak-anak. Group laki aku dapat tempat ke-6? Emm tak pasti la pulak tapi takpe yg penting dpat satu hamper yang dibahagi kepada 4 orang pemain .... hehehe .... dapatlah 2 bungkus jajan, 2 air kotak dan 1 air botol.... jadilah dari tak dapat.... Kami sampai rumah around 2am ... Gambar ini dirakam masa last sekali. Biasalah, aku sibuk jaga anak .....

Wednesday, 18 February 2009

Le Tour De Langkawi

Sabtu (14/2/2009), aku sempat tengok peserta2 basikal lalu kat area rumah aku. Sebenarnya aku dan anak kembar aku nak gi Shah Alam. Tengok jalan jam pulak. Kusangkakan ada accident, rupanya polis block jalan utk Le Tour De Langkawi. Dah panas duk dlm kereta, aku park la kereta tepi dan berjalan kaki ke depan jalan besar tu. Ramai juga yg berkumpul kat situ ..... dah tu tak boleh nak jalan, terpaksa la tengok. Aku tengok ramai cameraman yang nampak macam PRO, dengan macam2 gaya kat divider jalan. Ada yang menonggeng, melutut etc ... tak ke macam PRO? Ada juga muka yg aku kenal ... ahaks!! Akhirnya tunggu dlm 45min barulah peserta-peserta tu sampai. Tunggu lama tapi sekelip mata je dah takde peserta ... So semua dah boleh guna jalan semula. Aku pun berilah semua kereta clear then baru aku beredar. Baru jalan je, kena block lagi. Rupanya ada seorang peserta tertinggal sebab dengarnya cedera. Alahaiiii ..... rasa macam nak menangis. Mana taknya, tak boleh nak potong, so kena bawa kereta dlm 20 ~ 40km/hrs sepanjang Jalan Puncak Alam tu. Berderet-deret kereta dengan panas terik lagi. Aku bertolak dari rumah kul 12 tghari, sampai Shah Alam 2 ptg ... patutlah balik tu aku migrain ... Anak kembar aku sempat tidur nyenyak dalam kereta untuk sampai ke Shah Alam.