Wednesday, 29 April 2009

Hari-hari tanpa Bibik

Say NO to Bibik!!! Macam boikot la pulak. Actually bibik nak balik Indon, so Sabtu kami dah hantar dia ke Puchong, rumah anak saudara dia. On Sunday, aku buat kerja rumah sendirian. Sekali-sekala takde "orang asing" dalam rumah, syok juga. Aku membasuh, sidai baju, memasak, mandikan anak, gosok baju etc. Bila part malas nak basuh pinggan, biarkan je sampai mata sakit then automatik ada initiatif sendiri nak mengemas. Paling suka bila memasak. Sarapan aku goreng cekodok. Ni le sarapan bila time malas nak keluar. Tengahari aku masak udang masak lemak kunyit and goreng ikan bawal. Anak-anak aku tak habis-habis memuji SEDAP. Ni yg malas nak masak :-) Then aku buat Dadih. Fuhh!!! Husband aku sayang lebih kalau tiap-tiap hari camni. Hari kerja aku mulalah kalut. Day 1 (Isnin) - ok lagi. Barang anak untuk dihantar ke rumah baby sitter well-prepared. Sebabnya Ahad cuti so sempat mengemas sana sini. Day 2 (Selasa) - Pagi hantar Maisarah dulu ke KAFA sebab dah terlewat. Patah balik ke rumah babysitter, hantar Imran and barang-barang anak. Hantar twins ke Q-Dees. Perasan beg sekolah petang Maisarah still dalam kereta. Patah balik ke rumah baby sitter untuk hantar beg sekolah. Day 3 (Today) - Hantar Maisarah, then pergi rumah babysitter, hantar Imran and barang-barang anak. Hantar twins ke Q-Dees. Nabilah cari kasut sekolah sebelah lagi. Dalam kereta dia buka kasut sebab nak keluarkan kepala kat roof. Cari punya cari, tak jumpa jugak. Last-last suruh dia pakai kasut sebelah je. Balik nanti Teacher Emy akan hantar ke rumah babysitter, ok lagilah takde kasut. Day 4 (Esok) - Aku ambil cuti sebab on Friday nak balik kampung Mersing. Niat nak mengemas rumah sebab rasa macam dah tongkang pecah and siapkan baju anak2. Dulu dah 5 tahun tak pakai bibik. Last year baru start guna semula sebab aku pindah tempat kerja baru. So kami dah biasa hidup without bibik. Penat la sikit. Tapi la ni tiba-tiba nak tune semula, tu yang banyak yang kalut.

Thursday, 23 April 2009

UK Resort

Last minute plan antara husband and Abg Kamal. Pergi camping lagi ke UK Resort, Ulu Kalong. Kami bertolak dari Shah Alam (after settle urusan di SMC) around pukul 4 pm.

Kali ini kami dapat stay di pondok style kampung. Sewa satu pondok dgn family abg Kamal. Bapak2 dah plan nak tidur dalam khemah.

Depan pondok ada sungai tapi toilet kat luar. Awal-awal dah pesan kat kids, before tidur kena pergi toilet dulu.

Kami sahaja yang stay kat situ sebab makcik owner tu kata ada group yg dah booking pondok- pondok lain untuk family day the next day nya... Kami bawa bahan-bahan untuk masak. Kalau dah pergi dengan Abg Kamal, mesti kenyang punya!!! Tu yang best baik dengan orang yg suka masak ... hehehe. Then kami buat juga Bar-B-Q. Aku tak sempat merasa ayam barbeque sebab awal-awal dah tidur. Then 2 bapaks ni bawa kids pergi "night walk" dalam hutan.

Kids memang enjoylah mandi air sungai. Bangun pagi sahaja dah sibuk nak tukar baju. Lama juga they all berendam dalam sungai. Before balik sempat lagi 2 bapaks bawa kids pergi jungle tracking .... actually masuk kebun je :-)

Nabihah cedera

Hari sabtu lepas, aku dan Maisarah balik dari berniaga di pasar tani. Maisarah nak tolong aku, so aku beri permission, janji jangan nak beli mainan entah apa2 sebabnya sebelah gerai aku, orang jual mainan. Atleast bila dia ikut aku, boleh juga belajar kira duit and takde orang nak kacau adik-adik di rumah.

Balik dari berniaga, aku nampak mulut Nabihah berdarah and bengkak. Dia jatuh di bilik air. Makcik kata dia main-main masa mandi. Ohh ... itu benda biasa kalau dah ramai-ramai mandi bersama. Kekadang malu dgn jiran2 sebab anak-anak waktu mandi pagi, riuh sekampung.

Mulut Nabihah yang berdarah tu kena dapatkan rawatan di SMC. Klinik kat SU tak boleh buat coz maybe kena jahit and takde alat lengkap untuk jahit mulut. Alhamdulillah, di SMC tak kena jahit. Risau juga kalau jadi sumbing nanti. Dah 5 hari berlalu, luka pun makin sembuh.

Tuesday, 21 April 2009

Happy Birthday to Abang Long

Today birthday Abang Long yang ke 40. Dah tua dah!!! Satu-satunya adik-beradik lelaki dalam family aku. Minggu lepas aku pinjam duit dari Abang Long, bukan Along tau!! Pinjam 9k untuk buat bisnes. Alhamdulillah dia dengan rela hati beri pinjam. Katanya adik nak pinjam, takkan along tak nak tolong ..... syahdu aku dengar ulasan dari babah. Aku ni pun satu, macam tahu2 pulak dia dapat dividen bank rakyat. Kakak2 aku ada yang jeles la tu ..... Janji nak bayar dalam masa 2 bulan tapi kalau extend, bolehkan??? dan pasti rumah tak kena simbah dengan cat merah sebab aku bukan pinjam dari "Kami bukan Along, tapi kami mahu Tolong" .... hehehe. Ngumpat sikit pasal Abang Long. Dia ni kategori simple tapi berduit. Tapi mungkin ada yang pikir dia kedekut termasuklah kami adik-beradik anggap dia camtu. Teringat masa dia di MCKK / KPP, setiap kali balik kampung mesti pakai T-Shirt merah buruk yand ada tulis Hollywood. Dan sebab dia anak sulung, jadi dia taklah semewah aku kot. Masa dia kat UK pun jarang dia balik / tak pernah balik. Lainlah aku, spring balik, summer pun balik.... janji duit sendiri!!! Abang Long still pakai kereta proton saga yang entah tahun berapa agaknya, buruk giler!!!. Rasa aku kereta tu adalah kereta pertama dia. Baru-baru ini dia tukar enjin baru. Babah kata "enjin Merc".Kami adik-beradik dan bini dia dah bising2 suruh tukar kereta baru, tapi dia tukar enjin sahaja. Kat Bank Rakyat tu ada parking khas untuk dia, ada satu hari tu pak guard tak kasi masuk sebab katanya parking untuk pegawai je. Abang aku jawab, itu parking saya la . Salah siapa? Yang paling best, dia tak pernah sekali pun pukul anak-anak dia. Ini perkataan yang selalu ibu cakap kat aku... almaklumlah aku ni kategori garang juga. Tapi garang aku dengan mulut sahaja. Segala-galanya simple dalam hidup Abang Long aku.... HAPPY BIRTHDAY ... semoga dimurahkan rezeki...

Friday, 17 April 2009

Bila IBU mengaji

Actually dah lama aku nak mengaji, nak betulkan tajwid etc. Survey sana, survey sini tapi tak start juga. Selalunya banyak tempat mengaji yang dah penuh. Kalau ada pun masa tak sesuai. Dah hampir 1.5 years, every night (Mon ~ Thu), aku hantar and tunggu anak2 mengaji kat rumah ustazah. Rumah ustazah ni di area rumah aku tapi kena naik kereta, kalau tidak semput. So terpikir apa yang aku susah-susah nak cari tempat mengaji, why not aku pun ngaji sama dengan anak-anak aku. Atleast dapat juga aku buat benda berfaedah dari duduk di luar rumah ustazah. Aku called ustazah menyatakan hasrat aku tapi mula-mula dia tak accept "mak2 budak". Reason dia sebab takut ada yg kecil hati kalau marah mak2 budak. Mak2 budak maybe sensitive lebih. Aku no hal pasal reason tu. Kiranya tak boleh terimalah reason camtu. Aku bagitau dia, kalau rasa-rasa aku dah tak sanggup kena marah, aku berhenti jelah. Alhamdulillah ustazah terima juga aku. 1st day mengaji (7Apr), ustazah tanya nak start Al-Quran / Iqra?? Excuse me ..... of course la Al-Quran. Iqra ???.... mahu anak-anak aku belasah gelak. Maisarah dah Al-Quran, Nabihah and Nabilah pun dah Iqra 5, so takkan le IBU nak start Iqra 1 ... hehehe. Tapi baru start ayat pertama, ustazah dah mula tegur. Panjang pendek tak betul. Yang paling haru-biru bila aku tanya ustazah, tapi ustazah tengah busy betulkan budak lain, ada pulak budak duduk sebelah aku tolong betulkan. Malu makcik!!!! Tiap-tiap malam aku bersemangat nak pergi mengaji. 1 malam aku dapat baca 2~3 pages je. Bagi peluang orang yg ramai menunggu. Tak lama kemudian ada seorang lagi orang dewasa join mengaji. And makin lama makin ramai budak yang mengaji. Murah rezeki jadi ustazah walaupun garang sikit ... opppsss!!!! *Ada juga member suggest and ada juga yang dah buat. Panggil ustaz / ustazah ajar mengaji kat rumah, maybe senang sikit kerja aku kot. Tapi husband aku kata, kita nak cari ilmu kenalah bersusah-susah sikit. Ni pendapat dia sahaja and takde maksud pada sesiapa pun. So selagi aku boleh, aku bawa le "askar-askar" aku mengaji rumah ustazah. Mencari ilmu biar sampai ke negeri China. (Jgn kutuk pulak kalau aku panggil org ajar kat rumah ... hehehe)