Friday, 24 July 2009

Letter from Maisarah

Pagi tadi aku sibuk mengemas rak buku anak-anak. Aku terjumpa kad yang ditulis oleh Maisarah. Walaupun ejaan dia "boleh buat aku marah" (dah Darjah 2!!!) tapi aku terkedu. Ikhlas dari hati seorang anak. Kandoushimasu!!! Sayu!!! Syahdu!!!
Tiba-tiba aku terasa bersemangat nak KERJA ...

Thursday, 23 July 2009

Selamat sampai Malaysia

Alhamdulillah, aku telah selamat sampai ke Malaysia pada hari Selasa 21/7/2009, pukul 7pm. Syukur sesangat kerana berjam-jam terkandas, atlast dapat juga pulang ke Malaysia. Abang dan anak-anak menjemput aku di airport. Aku yang kena tunggu they all datang. Terubat rindu pada family. Semalam aku jalankan aktiviti di rumah, melayan anak-anak. Hantar dan jemput dari sekolah, makan bersama etc ... seronoknya dikelilingi oleh anak-anak. After sembahyang Maghrib, aku dah tertidur. HAPPY BELATED BIRTHDAY PADA ABANG on 21/7/2009. Tak dapat nak celebrate buat masa ni. (Left) Adakah lagi peluang aku tidur di Hilton, LA ??? (Right) Dengan Kak Hasnah (keluarga Embassy). Kak Hasnah terlalu BAIK bagi aku, very humble person, caring and friendly. Mudah mesra dengan semua orang walaupun baru berjumpa.
(Left) Dengan Makcik Aishah. Aku sentiasa bersama makcik, pakcik Sulaiman and Umi (daughter - darjah 4). They all tak tahu cakap omputih and just follow Kak Nani's family yang they all jumpa masa kat LA Airport. Aku tak ambil gambar pulak dengan Kak Nani, Abg Suhaimi and Fizi. They all antara 13 orang in our group. Abg Suhaimi and Syed banyak bantu we all, where to go?, what to do ? ... kiranya macam Group Leader for package to LA and to Bangkok. Tanpa they all maybe we all tak merasa nak dapat lepak kat LAX Lounge, Bangkok Lounge and Bussiness Class to Malaysia. Group kami ni berbagai kaum - Cina, India, India US, Melayu. Pure Mat Salleh je takde. With this group pun orang dah pandang2. Masing-masing dengan muka letih, "sememeh" and kalau tengok Kak Nani punya dressing, memang ready to bed with selipar Jepun, seluar track and T-shirt. Siapa sangka terkandas kan?
Dalam lounge di Bangkok.

Ada hikmah disebalik dugaan ini. Aku dapat ramai kenalan, "merasa" tidur di LAX Hilton, lepak di Lounge sambil makan-makan sahaja, naik Bussiness Class from Bangkok to Malaysia. Walaupun flight 2 jam, dapat juga merasa hidangan VIP and tengok movie Hannah Montana dengan keadaan yang begitu selesa. Gelak sampai orang sebelah senyum je kat aku.... hehehe. **Kalau naik Economy Class pun aku akan gelak camtu jugak kot tengok cerita Hannah Montana tu.

Tapi kalau terkena macam keadaan macam ni, memang aku tak sanggup.

Monday, 20 July 2009

Aku tersadai di LA

Jam tangan menunjukkan pukul 4:50am hari Ahad (19Jul). Sepatutnya aku dah berada di dalam flight MH095 dan sepatutnya sudah ~3 jam meninggalkan Los Angeles. Kenapa aku masih menulis blog? Jeng .... jeng .... jeng ....

Flight United Airlines dari Phoenix dah sampai LA pukul 10pm tadi di Terminal 8. Aku terpaksa membawa 3 bags yang aku ceritakan tadi. Memang satu bag tu berat sungguh, rasa nak tercabut bahu. Kat terminal ni kalau nak guna trolley kena bayar 4USD. Dah tu aku akan keluar dari terminal ni and akan pergi ke Tom Bradley International Airport (TBIA) dengan shuttle bus. Trolley memang tak boleh bawa so buat rugi je kalau aku bayar trolley. Jauh juga aku berjalan dengan 3 bags tu utk pergi ke tempat bus.

Di TBIA nasib baik boleh check-in lagi and of course bag paling berat aku masukkan dulu. Kalau tak boleh, memang mati aku. Aku kira untung sebab 2 bags check-in boleh sampai 46kg (kat US boleh check-in 23kg sahaja and maksimum bag 2 sahaja. They all very strict even terlebih 1 kg pun). Bag aku hanya dalam 11 kg. "Orang kaunter" tu tanya nak check-in semua bag ke? Tapi sebab 1 bag ada laptop and lagi satu bag aku simpan duit, handphone, kamera etc, so tak payahlah.

Flight to Malaysia pukul 1:40am. Pukul 12:45am dah kena board tapi pukul 1:00am "batang hidung" kapal terbang pun tak nampak. Ramai dah gelisah, bertanya kat kaunter. Atlast pukul 2:00am camtu kami diberitahu flight ada technical problem and tak tahu delay sampai bila. Yang nak balik ke Taiwan kena tukar flight naik China Airlines yang schedule pukul 3pm esok. Yang ke Malaysia, they all akan arrangekan. Semua orang dikumpulkan ke Hilton Hotel.

Hilton .... here I come, *suka!!!!. Berduyun-duyun la kami menuju ke Hilton naik shuttle bus. Dah pagikan, tunggu bas pun lama. Nak check-in pun lama and kena beratur panjang. Kesian juga pada orang yang ada anak kecil. Aku berkenalan dengan satu family (keluarga Embassy) masa on the way ke hotel. They all nak balik terus ke Malaysia after husband selesai kerja di Embassy Mexico. Best jadi orang embassy, asyik tinggal kat oversea je, but itu yang aku rasa tapi for the mum, dah bosan!!! And the mum very friendly and caring terlebih-lebih pulak kat aku.

Aku dapat satu bilik seorang di Hilton .... dapat merasa tidur di Hilton. We all dapat coupon for meals walaupun dah pukul 3:30am. Aku ambil air and cake then the mum beri instant noodles and aku makan sebelum tidur. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Semua berlaku secara kebetulankan:

(1) Last week aku request to travel agency, nak tukar flight from Phoenix ke LA pagi sebab aku nak jalan2 di LA. Tapi setiap pertukaran domestic flight ke charge 150USD. Aku terpaksa cancel tapi today dapat juga aku stay kat LA and tidur kat Hilton pulak tu.

(2) Bag aku yang 2nd berat dapat check-in di LA. Kalau tidak jenuh nak angkut berjalan ke hotel. And bagai dirancang, aku tak setuju nak check-in semua bag. Kalau tak, sehelai sepinggang bersama passport sahaja.

(3) Masa check-in di LA, aku sempat ambil satu seluar untuk dibawa sebagai hand luggage. Aku fikir nak tukar seluar biasa je dalam flight, selesa untuk perjalanan 18jam. Aku tak pernah buat / fikir macam ni before this. Jadi ada lah benda nak ditukarnya. Lucky sebab dalam bag laptop, aku sumbat sehelai "seluar kecik" dan baju T-shirt lengan panjang yang sangat nipis. Berguna juga untuk dibawa sembahyang.

(4) Tersilap sebab telekung aku masukkan dalam bag yang check-in di LA. Tapi dengan izin Allah, aku teralihkan kompas untuk kiblat ke bag laptop (selalunya dalam bag sembahyang).

ONLINE dari LAX lounge - 3:40pm (19 July)

Aku dah berada di tempat exclusive ni. Dah macam "orang gila" kesana kemari tadi. Nasib baik ramai-ramai. Imagine 1 kapal terbang tak dapat flight. Untuk ke Taiwan, semuanya dah selamat. Yang nak ke Malaysia dah terpisah. Group yang masih di Hilton and group kami di airport. Ni semua communication error la .... Group kami ni ada dalam 13 orang sahaja. Apa lagi gunakan segala keistimewaan di sini. Kami sentiasa diberi latest info for our flight. Latest info, insyaAllah our flight will be at 11:10pm tonight dengan Thai Airlines. Sampai di Thai hari Selasa (delay 1 day) pukul 6:40am and have to "tersadaikan" diri di Bangkok selama ~9 jam untuk dapatkan Bussiness Class ke Malaysia dengan Thai Airlines.

Doakan aku selamat sampai ke Malaysia.

Sunday, 19 July 2009

Kenangan di Phoenix, Arizona

Now aku berada di Phoenix Sky Harbor Airport, sementara menunggu flight United Airlines untuk ke Los Angeles. Flight UA6528 akan berlepas pada pukul 8:24pm tapi awal 2 jam aku dah berada di sini. Lupa nak cerita, aku balik ke Malaysia seorang diri sebab Simon terpaksa extend seminggu lagi. Tulah susahnya jadi orang excellent! Actually banyak benda dia tak "cover" lagi sebab sibuk ambil data untuk customer claim. Dia pun dah pandai merungut kat aku tapi aku tak sure dia betul2 tak suka atau suka? Tadi dia hantar aku ke airport. Gambar2 yang diambil masa hari ke2 di sini. Depan company di Tempe, Arizona.
Company compound yang sangat luas. Ni antara bangunan-bangunan yang ada kat dalam.
Nampak benda yang pelik je, ambil gambar
Dari semalam aku risau pasal bag over berat. Sah memang terlebih berat walaupun 2 kali aku pergi timbang bag kat gymnasium. 1 bag je lepas check-in dengan berat yang paling maximum. So now aku bawa lagi 3 bags to Los Angeles. Bag for laptop, bag yang ada chocolate (ter"over" berat) and lagi satu bag for standby. Hopefully kat LA boleh check-in bag yang paling berat ni. Berdepan dengan company is Arizona State University. Tak dapat belajar, ambil gambar pun jadilah. InsyaAllah mana tahu anak-anak dapat belajar di sini. AMIN.
Depan hotel kami. Gambar ni baru ambil semalam after balik kerja. Tu yang sarat dengan bags. Kebetulan nak ribut pulak tu, cepat-cepat pergi ambil gambar.
Sedih juga nak tinggalkan US sebab pikir entah bilalah ada peluang nak datang lagi. Semalam FRUST sebab tak sempat ambil gambar dengan member-member. Masa aku tengah sembahyang ramai yang dah balik. Big boss pulak tengah meeting. Malas lah nak tunggu.

Saturday, 18 July 2009

Quiltworks / Patchworks

Kedai ini terletak bersebelah dengan Japanese Restaurant yang pernah aku dinner 2 weeks before. At that time kedai ni dah tutup tapi dari luar, aku terpegun tengok "isi" dalam kedai ni. Cantiknya ...... Aku memang minat menjahit tapi selalunya "hangat-hangat tahi ayam". Mesin kat rumah tu sampai dah berhabuk. Aku rasa dari awal tahun aku nak belajar kat EPAL tapi kewangan tak mengizinkan dan lagi satu, tu la takut "hangat2 tahi ayam". Dah le mesin EPAL tu mahal. Aku survey macam-macam pasal Quilt dalam internet. Tengok corak-coraknya buat hati tertawan. Lunch tadi aku ambil peluang ke kedai ini. Dah last day so kalau boleh taknak sampai menyesal tak sudah. Aku tanya macam-macam la pasal Quilt kat Auntie. Dia suruh aku attend class esok tapi dah sah-sah esok nak balik. Dia kata kalau dalam masa 3 minggu aku berada di sini, sempat belajar ... emmm benda dah berlalu kan? Auntie tu very friendly. Dia kata takde mesin khas untuk jahit quilt. Guna sahaja mesin biasa tapi ada gadgets yang kena beli. Aku minta permission untuk ambil gambar dalam kedai and aku beli 1 buku untuk beginner. Mana tahu kalau ada budget, boleh ikut kelas kat mana-mana.
Promosi jap : Saya ada menjual Patchwork di Pasar Tani Saujana Utama. Macam-macam corak dan kain berkualiti. Selesa untuk dibuat alas tidur atau selimut. Harga pun berpatutan. Singgah-singgahlah ye !!!