Tuesday, 29 September 2009

Selamat Hari Raya

Tahun ini turn beraya di Melaka. Balik Mersing pada raya ke-3. Dari petang raya sibuk di kampung sebab menolong ibu sediakan juadah untuk hari raya. Yang bestnya masak guna kayu. Jenuh jugak nak nyalakan api. Aku tolong rebus nasi impit sahaja. Dah masukkan kayu banyak, sempat masuk dlm rumah, tengok VCD and tidur.
Suasana di pagi raya.
Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga. Kena ambil gambar lain ni ...Nabihah pulak buat "drama" menangis di pagi raya.
Ibu dan Babah tersayang.
Abang Long dan Ikhwan. Lupa pulak nak snap gambar Abang Long sekeluarga. Semenjak Abang Long dah ada camera sendiri (beli pun sebab nak pergi Bandung, kalau tidak, tak dibelinya "gadget"), banyak ambil gambar guna camera dia.
Who else? Ada orang dah "laser" jangan balik sebab tak beri duit raya tapi tetap balik juga. Raya setahun sekali. "Berguna" jugak. Principal tolong masak Sambal Bali, tumbuk kacang for kuah kacang and si suami tolong bukakan wall fan untuk dibersihkan.
Kak Yaty and family. Maknya raya sakan dengan tudung entah apa namanya. Hampir tercekik di pagi raya. Adam & Danial tak habis2 dengan PS. Hannah pulak bercakap sahaja ... penat melayan!!
Kak Ina sekeluarga datang lambat. Biasala anak-anak dah besar, makin lambat siap?? Ni Ardilla and Ariesha. Ketinggian they all dah mengalahkan mak-mak sedara. Takpe, janji mak-mak sedara maintain.
Acara salam-salam ...
Anak-anak with cousins
Tahun ini tukar trend beraya. Selalunya kalau beraya di Melaka, sebelum sembahyang raya and kat luar masih gelap gelita, kami dah berjalan keliling kampung, rumah sedara mara. This year kami berjalan selepas sembahyang raya. Camne pun awal2 pagi dah bangun, kalau tidak Q panjang nak mandi.

Friday, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

Saya dan keluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA pada semua. Minta maaf jika

Thursday, 17 September 2009

HAPPY BIRTHDAY MAISARAH

Today is Maisarah's birthday. Yang ke-8. "Minah kecoh" juga Maisarah ni.Seminggu asyik cerita pasal birthday and semalam Maisarah dah telefon kampung Melaka and Mersing, just to remind datuks and neneks birthday dia.

Waktu sahur pagi tadi, dia ingatkan kami lagi. Dia nak sambut birthday masa raya pertama. Datuk promised nak beli kek for her. Aku cerita pada kids, macam mana Maisarah keluar dengan mata besar and hidung "kureng" mancung. Twins suka le mendengar cerita tu sambil ketawa.

"HAPPY BIRTHDAY MAISARAH"

Wednesday, 16 September 2009

Kuih Raya

Alkisah kuih raya rumah kami ni macam tak sempat nak sambut raya. Tu pasal malas nak dapat kuih raya awal-awal. Tapi nak kata awal, tak jugak. Lepas berbuka and sahur, masing-masing mengadap kuih raya. Nasib baik kuih yang belikan untuk kampung halaman dah disimpan awal-awal. Sebenarnya bagus juga dimakan sekarang, nanti dah raya bukan nak makan sangat kuih raya. Tahun depan pun mungkin masih tersimpan lagi!!!

Biskut Sugi tu dah buka bekas yang ke2. Sedap! Berderet-deret anak-beranak pergi IKEA semata-mata nak cari biskut sugi. RM10 je.

Berbuka rumah Izam

Every year mesti ada gathering berbuka puasa dengan kengkawan. Zaman dulu time bujang and anak baru sorang, berbuka kat luar. Paling "chokia" pun kat restoran. Bila anak-anak dah besar, masing-masing lagi selesa kalau berbuka kat rumah kengkawan stail potluck. This year (6 Sept 09) buat makan2 kat rumah Izam kat Putrajaya. Pada mulanya plan kat rumah kami, nasib baik tak jadi. Mana nakku letakkan kerusi buluh gedabak dekat living tu? Menu semua ditentukan oleh Abang Kamal. Sampaikan botol kicap kipas udang pun disuruh Nuek bawa. Kami sefamily kena bawa Ayam Goreng Berempah, Kuih Tako dan Murtabak. Ayam Goreng Berempah tu aku beli Ayamas, goreng sahaja. "Ketidakpuasan hati" Abang Kamal bila aku cakap tak mencabar. Apa lagi disuruhnya bawa Hirisan Daging Kambing ... sorry tak sempat nak cari!!! Makanan memang banyak sampai boleh bawa balik untuk sahur. The same day juga birthday anak Izam (Danish). Lepas tarawikh baru tiup lilin and makan kek. Masa ni sahaja aku snap gambar. Masa lain sibuk makan and berborak.