Balik dari kerja, ada sahaja berita yang diterima. Antara twins, selalunya siapa yang result tak elok dari seorang lagi, dia yang akan menyampaikan berita. Ujian bulanan Mac lepas,
Nabilah dapat #1 and
Nabihah #15. Ujian April,
Nabilah sampaikan berita kata
Nabihah dapat #1,
Nabilah dapat #5 di KAFA.
Ha?? Macam tak percaya and memang tak percaya !!!!
Macam-macam andaian kami fikirkan.
Nabihah dapat #1 memang sesuatu yang kami tidak sangka, dah tu report card tak terima lagi. Cikgu tampal nama di notice board and tulisan jawi pulak tu. Mungkinkah nama Najihah? Nadiah?? hehehe ... kesian
Nabihah, dia cuba BUKTIKAN. Ayah lagi kecoh, after sembahyang Subuh, sanggup dengan torchlight, macam "pencuri" nak menyelinap masuk dalam kelas tapi berkunci. Atlast the next day, dapat juga report card. Yes, she DID it.
Nabihah ni jenis yang "ambil mudah". Kalau suruh belajar, memang LIAT. Dan dalam sekelip masa, boleh tertidur dengan buku.
Nabihah suka melawa, dalam rumah pun pakai lipstick ("curi-curi" pakai). Walaupun begitu, cita-cita dia nak jadi ASTRONAUT.
Next week start mid term exam. Ha, aku yang tension!!!! Dengan Maisarah yang "tak pandai-pandai" subjek
IMLAK. Maisarah, maisarah .... ibu tak kisah Maisarah tak dapat #1 tapi jangan le sampai #30. Penat "kita" belajar bersama-sama.