Tuesday, 31 August 2010

MERDEKA

31-Aug-2010

Today Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-53. Syukur alhamdulillah kerana kami dilahirkan di bumi yang aman, damai & indah ini. Kalau past years excited nak tengok bunga api at midnight, tapi this year merdeka pada bulan Ramadan, banyak "benda" boleh buat  to grap the opportunities in Ramadan besides tengok bunga api.

Aku juga MERDEKA from work. Semalam adalah hari terakhir aku bekerja. Alhamdulillah, dah lama aku idamkan the status!!! Aku bersemangat untuk memulakan "hidup" baru. Sebelum ini aku macam "superwoman" bekerja dan menjaga family. Doakan semoga aku boleh menjadi "superwoman" untuk dunia dan akhirat.

Monday, 23 August 2010

Jom Bersahur

Dulu time berdua atau time anak-anak tak reti puasa lagi, makan apa sahaja yang tercapai dek tangan. Kiranya kalau nasi dengan serunding pun takpe. Atau paling sempoi, Quarker Oat. Itu akulah... now dah tak boleh. Tu yang pening kepala nak pikir menu2 untuk sahur. Orang bangun panaskan lauk sahaja, aku still kelentang-kelentong kat dapur. Anak-anak tak kisah pun tapi dorang kalau boleh nak nasi la.

Bangun sahur?? Senang jugak nak kejutkan they all. Merengek skit-skit then bangun. After dah basuh muka, mengadap makanan, lepas tu start le pot-pet, pot-pet, tak reti nak berhenti !!! Before nak naikkan "mood" makan they all, ishhh kalau monyok, nak makan pun tak selera kan? Apa aku buat?? Kenalah layan mereka bak "bidadari". Setiap sorang punya rambut kena "toncetkan". Kalau serabai, dengan aku sekali tak senang nak tengok. Then letak nasi setiap pinggan and air secawan. Tak susah mana pun. Selagi namanya WANITA, semua benda boleh buat.

Lepas habis bersahur selalunya the kids masuk tidur semula. Atleast dapat tidur dalam 1 jam. Yang payah nak kejut time nak pergi sekolah. Sometimes terpaksa sebut nama "Ayah", baru le they all bangun. Yang paling kelakar, dari bedroom nak ke bathroom, Nabilah boleh terlanggar dinding berkali-kali. Macam melantun-lantun gitu dengan mata tertutup!!! Langgar dinding bilik, melantun ke dinding living, melantun semula ke dinding bilik air. Lepas dah berkali-kali melantun, barulah dia buka baju and masuk mandi..... aku tengok dengan GERAM dan nak ketawa pun ada.

Very behave!!
Rambut tu kami panggil TONCET.
Nabilah kalau makan memang merisaukan. Selagi nasi tak bertukar jadi merah / hitam (depends on masakan), dia akan kasi tambah lagi.

Tak perlu risau dengan Maisarah, her eyes always big. Very easy to wake up.

Friday, 20 August 2010

Tangisan kesyukuran

20-8-2010

Aku cuti hari ini. Sepatutnya today is the last day of my working day tapi dah postponed to 31st Aug.  Tapi bukan cerita ini yang aku nak tulis.

Di pagi Jumaat yang hening ini, aku terima panggilan dari abang, membawa berita gembira. Berkali-kali aku menyoal abang, betul ke? betul ke?? Untuk confirmation, aku telefon ke HQ office. Alhamdulillah, penantian selama berbulan-bulan, terjawab juga hari ini. Alhamdulillah, hari Jumaat yang penuh berkat.

Aku menangis kegembiraan, kesyukuran.... berita ini aku share dengan PAMA, adik-beradik & friends.

Thursday, 19 August 2010

New gadget in the house

Nak raya kan? So semangat berkobar-kobar nak buat kuih raya sendiri. Aku beli new digital scale & mixer... jgn jeles!!! Digital scale tu dah lama mencari tapi selalunya mahal. Atas nasihat/syor dari seorang doktor .... hehehe... real doktor tau yang kebetulan suka buat cake bagai ni, so belilah jenama Cosway. Dapat harga below RM50, kira ok la ye ... beli mahal2 pun buat apa, takat nak buat biskut setahun sekali jer. Mixer tu aku beli kat Giant. Carik paling murah. Dulu beli the same jenama (Nuodi), siap ada stand tapi ada rosak sikit. Hantar le kat sorang yg boleh baiki, hampeh..... dah le takle nak baiki, sampai sekarang tak dipulangnya. Dulu masa aku pergi kelas cake, katanya mixer yang takde stand lagi bagus sebab boleh cover semua area. Apa-apa pun bagi aku, tengok le tangan siapa yg buat cake tu kan??!! Next gadget dapur yang teringin nak beli, OVEN. Now pakai microwave over. 1 layer je and sangatlah jenuh nak membakar.... Ooppsss, ada "sesiapa" membaca ke?? Mana tahu "sesiapa" tu nak belikan.


Perasmian kedua-dua gadget ni pada hari Sabtu. "Anak-anak dara" kat rumah nak buat muffins. Apalagi, mula le kelentang-kelentung kat dapur. Lepas dah buat adunan, secara rasminya aku TIDO. The girls seronok le main "pondok-pondok". Sabtu buat muffin coklat, Ahad buat muffin blueberry. Kuih raya bila??? Hahaha .... aku rasa macam malas pulak nak buat. Bukan apa, nanti balik kampung mertua, sure dapat kuih raya berjenis-jenis and kat kampung Melaka pula dah pasti 3 jenis kuih raya favorite (sarang semut, cornflakes, roti bawang) ... Camne ye?? Rasanya kena buat juga... bila lagi nak tunjuk skill kan?? :-)

Ini pulak kain heavy cotton. Aduh, terliur tengok kain cotton sale. Ada 3 design tu sahaja then tak sampai 1 meter pun. Boleh le buat sarung bantal / kusyen. Bila nak buat tu?? Hahaha..... Jangan ditanya sebab sememangnya takut jadi "hangat-hangat tahi ayam". Nanti dah jadi "benda", insyaAllah akan aku cerita. 5 tahun lepas beli kain Elyza bermeter-meter (semeter ~RM35) untuk buat sarung kusyen, sampai sekarang tersimpan rapi.

Kuih raya (Masak) / kusyen raya (Jahit) ?? Mayotteiru ... dousyiooo??

New gadget in the house

Nak raya kan? So semangat berkobar-kobar nak buat biskut raya sendiri. Aku beli new digital scale & mixer... jgn jeles!!! Digital scale tu dah lama mencari tapi selalunya mahal. Atas nasihat/syor dari seorang doktor .... hehehe... real doktor tau yang kebetulan suka buat cake bagai ni, so belilah jenama Cosway. Dapat harga below RM50, kira ok la ye ... beli mahal2 pun buat apa, takat nak buat biskut setahun sekali jer. Mixer tu aku beli kat Giant. Carik paling murah. Dulu beli the same jenama (Nuodi), siap ada stand tapi ada rosak sikit. Hantar le kat sorang yg boleh baiki, hampeh..... dah le takle nak baiki, sampai sekarang tak dipulangnya. Dulu masa aku pergi kelas buat cake, katanya mixer yang takde stand lagi bagus sebab boleh cover semua area. Apa-apa pun bagi aku, tengok le tangan siapa yg buat cake tu kan??!! Next gadget dapur yang teringin nak beli, OVEN. Now pakai microwave over. 1 layer je and sangatlah jenuh nak membakar.... Ooppsss, ada "sesiapa" membaca ke?? Mana tahu "sesiapa" tu nak belikan.

Perasmian kedua-dua gadget ni pada hari Sabtu. "Anak-anak dara" kat rumah nak buat muffins. Apalagi, mula le kelentang-kelentung kat dapur. Lepas dah buat adunan, secara rasminya aku TIDO. The girls seronok le main "pondok-pondok". Sabtu buat muffin coklat, Ahad buat muffin blueberry. Kuih raya bila??? Hahaha .... aku rasa macam malas pulak nak buat. Bukan apa, nanti balik kampung mertua, sure dapat kuih raya berjenis-jenis and kat kampung Melaka pula dah pasti 3 jenis kuih raya favorite (sarang semut, cornflakes, roti bawang) ... Camne ye?? Rasanya kena buat juga... bila lagi nak tunjuk skill kan?? :-)

Ini pulak kain heavy cotton. Aduh, terliur tengok kain cotton sale. Ada 3 design tu sahaja then tak sampai 1 meter pun. Boleh le buat sarung bantal / kusyen. Bila nak buat tu?? Hahaha..... Jangan ditanya sebab sememangnya takut jadi "hangat-hangat tahi ayam". Nanti dah jadi "benda", insyaAllah akan aku cerita. 5 tahun lepas beli kain Elyza bermeter-meter (semeter ~RM35) untuk buat sarung kusyen, sampai sekarang tersimpan rapi.

Kuih raya (Masak) / kusyen raya (Jahit) ??