Friday, 31 December 2010

35th Birthday

19 November 2010 (Jumaat)

Today is my birthday. My babah pagi-pagi lagi dah sms, wish Happy Bday. Still kat Mina and melontar untuk hari terakhir (13 Zulhijjah). Sebelum Subuh dah mulakan perjalanan ke Jamrah and ramai jemaah M'sia & Indonesia sahaja. Ramai menunggu azan Subuh di sepanjang jalan sebab melontar hanya boleh dilakukan selepas Subuh. Kami beramai-ramai bersolat jemaah di jalanraya sahaja.

Today kami melontar di ground floor. Nak merasa melontar dari semua tingkat. Tingkat ground, 1 & 3 kena datang dari arah khemah (Moasseim) kecuali Tingkat 2 sahaja kena datang dari arah Mekah. Orang ramai di Jamrah tapi jemaah M'sia & Indonesia sahaja, takde rebut2 / tolak2. Polis pun masih boleh tidur lagi. Jemaah M'siakan memang terkenal dengan sopan-santun. After melontar 3rd Jamrah, aku & abang boleh lontar extra untuk bergambar. Alhamdulillah selesai sudah urusan Haji kami (Rukun Haji & Wajib Haji) pada Birthday yang ke 35.

Balik ke khemah, lengang. Kalau nak mandi pun boleh tapi alang-alang dah nak balik ke Mekah, takmo mandi sebab nak bawa balik bau from Mina, boleh?? Bas ambil kami at 11am & jalan memang jam. Half way kami berjalan kaki beramai-ramai with bags sebab bas tak boleh nak masuk sampai depan hotel. Sampai di bilik baru le terasa letih, sakit sana sini and badan pun dah mula terasa gatal2. 2 hari simpan bau ... hehehe. After mandi & solat Zohor yang hampir habis waktu, aku gagahkan juga diri untuk ke Masjidil Haram. Orang lain masih sibuk mengemas barang & basuh-membasuh. Orang beratur panjang di kaunter dobi.

Niat di hati nak khatam Al-Quran on my birthday. After Asar macam biasa iqtikaf di masjid until Isyak. Pulun baca Al-Quran dari juzuk 24. Atlast dapat habis until juzuk 27 sahaja. After Isyak celebrate birthday kat D-Saji. First time aku makan di sini. We ate nasi goreng, roti canai, teh tarik & jus. Masjidil Haram sesak with jemaah yang nak habiskan Tawaf & Saei Haji.


20 November 2010 (Sabtu)

Aku bangun pagi agak lewat at 2:30am. Orang lain still tidur maybe kepenatan selesaikan Tawaf & Saei. In the room dah 4 orang dipanggil Hajjah sebab dah selesai urusan Haji. Actually panggilan Haji & Hajjah memang digunakan di Mekah sebagai ganti cik, puan, tuan etc ...

Aku dah tak pergi MH bersama-sama abang. Selalunya abang pergi awal sesangat coz abang selalu aim nak solat di dataran, di saf pertama. Waktu balik memang kami bersama.

Alhamdulillah at 4:30pm, aku khatam Al-Quran di Masjidil Haram.

Days before Wukuf (start Haji), ada kain putih dililit di Kaabah tapi after Haji, 
dah takde kain itu. Mungkinkah Kaabah pun pakai ihram?
After Haji. Pemandangan di Hijir Ismail. Antara tempat mustajab untuk berdoa. Memang tak boleh masuk/solat di dalam masa musim Haji. Kena datang masa buat Umrah.

Thursday, 30 December 2010

Masih di Mina

** Lambat update coz ME terlalu busy. Many stories to update actually!!

17 November 2010 (Rabu)

Kami masih di Mina. Today bermula hari Tasyrik (11,12,13 Zulhijjah), kena pergi melontar di ketiga-tiga Jamrah (Sughra, Wusta, Kubra).  Waktu melontar after Subuh, tak sama macam 10 Zulhijjah. Ada yang tersilap so terpaksa le pergi melontar semula. Group kami pergi pukul 7am but aku & hubby pergi after Zohor iaitu waktu afdal. Memang tengah panas gedegang di kepala. Kami pergi melontar di tingkat 3 jugak tapi bila nak balik kena U-turn (signboard ke Moassiem) and terasa jauhnya. Alhamdulillah dalam 2 jam dah sampai ke khemah semula.


Makan di Mina memang takde masalah. Makanan terlebih-lebih. Maggie pun dibekalkan and paling laku!! Nasi walaupun kureng sedap tapi masih boleh telan. Seronok sangat sebab ramai orang and terasa macam bercamping. Apa lagi nak buat, duduk dalam khemah, tidur, makan, solat, borak, shopping and pergi melontar.

Ramai yang pergi melontar sendiri tanpa ikut TH. Masa free and takde apa2 masalah. After melontar di Jamrah, ramai yang melontar duit pulak. Orang Malaysia memang tak habis-habis shopping. Sampaikan peniaga pun bertambah ramai di luar kaki-kaki jalan. Aku pun bershopping jugak tapi untuk keperluan di Mina sahaja. Malas nak angkut barang banyak2. Then tolong shoppingkan barang untuk seorang makcik uzur yang tidur sebelah aku. Orang lain beli, dia berkenan then aku yang pergi cari/belikan. Dan aku dengan selambanya pergi "shopping" dengan kain batik sahaja!!!

ME and Makcik yg minta tolong shoppingkan untuk dia .... I LIKE!!!
 Sebahagian dari jemaah yang same group.

Aku dapat handphone number Pakcik Yamin & Makcik Rubiah (jiran& ex-babysitter anak2 kami). Memang nak sangat jumpa mereka. Malam hujan turun dengan lebat, kilat & ribut. Kami tidak dibenarkan keluar dari khemah. Time ni aku ambil peluang pergi toilet. Line clear tapi tak mandi pun sebab sejuk.

18 November 2010 (Rabu)

Today melontar jamrah hari ke2 (12 Zulhijjah). Sesiapa nak buat Nafar Awal, dah bertolak awal pagi ke Jamrah. Pakcik Yamin & Makcik Rubiah pun buat Nafar Awal so after Subuh, kami menuju ke Maktab 75. Alhamdulillah jumpa juga. Mereka on the way to Jamrah.

Masa melontar kami tetap sama iaitu after Zohor, memang masa orang2 Arab yang badan besar2 keluar. Today try nak pergi melontar di Tingkat 1. Dengarnya  jalan balik (U-turn) dekat sikit. Ngeri tengok orang2 badan besar melontar. Sepenuh perasaan, dah tu dari jauh pulak tu. Batu dah tentu besar.

Ramainya orang tengah melontar di Tingkat 1. Abang pesan jangan takut coz setiap orang lepas melontar pasti akan terus keluar. Aku beranikan diri menyusup di celah-celah orang ramai and atlast dapat ke depan. Setiap kali melontar memang aku dapat pergi ke depan. Yelah kita ni kecik kenot, takungan tu pun separas leher. Lepas dah lontar 7 biji anak batu, kena tundukkan kepala untuk keluar. Lepas nak keluar dari 3rd Jamrah, ada pulak sorang mamat yang pegang/peluk/pikir baik try to ikut aku & protect aku di belakang. Nasib baik kulit putih ... hehehe.

Singgah di Al-Baik (ala-ala KFC and tapau. Ramai dah bersiap-sedia untuk balik ke Mekah (Nafar Awal). We all tak mahu buat Nafar Awal coz this is the only time kami berada di Mina. Kalau datang buat Umrah, mana ada stay di Mina. Lagipun takde apa nak rushing balik Mekah coz kami dah habis semua Rukun Haji.

Malam hujan turun lagi. Kali ni lagi lebat sampai few selipars dihanyutkan air. Bacaan Yaasin & tahlil arwah dibuat dalam khemah. Lepas tu aktiviti biasa... makan, borak, solat, tidur. Memang sejuk sungguh dalam khemah!!!

Wednesday, 22 December 2010

Mina & Rukun Haji completed on 10 Zulhijjah

16 November 2010 (Selasa)

Di Mina kami ditempatkan mengikut maktab. Maktab sebelah-menyebelah sahaja. Maktab kami (Maktab 77) di Jalan 612, kawasan tiang No 10. Khemah luas dan ditempatkan ikut kumpulan. Aku dan kakak2 sebilik dapat khemah No 57P. Khemah kami ada 14 orang. Seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai. Khemah ada aircond. Toilet tetap jadi masalah and lagi teruk sebab kena share dengan jemaah dari Indonesia. Boleh bayangkan berapa lama nak beratur? Ada orang ambil their own sweet time dengan mandi tanpa pikir orang lain. Alhamdulillah perut & segala saluran, saraf, di badan aku tidak meragam sepanjang di Mina.

Sebelum Subuh kami dah bersiap untuk melontar Jamrah Kubra. Mula2 plan nak pergi waktu afdal (waktu Dhuha) but takut tak sempat nak balik Mekah then kena balik semula ke Mina. Kami pergi sendiri = tak ikut maktab/TH. Tapi memang dah ramai jemaah menuju ke Jamrah. Jemaah M'sia dari maktab lain pun dah mula menuju ke Jamrah. Sepanjang berjalan kaki, ada group yang dah start bertakbir raya. Arab raya awal sehari dari Malaysia.
Permandangan di Jamrah

Sampai di Jamrah Kubra selepas azan Subuh. Kami pergi ke tingkat 3. Masih lengang lagi. After melontar, kami tidak terus bergunting (Tahallul Awal) tetapi kami menuju ke Mekah dengan berjalan kaki. Perjalanan Mina-Mekah ~7km. Plan sendiri tapi dengan kebenaran TH. Kalau ikut TH kena tunggu habis lontar 3 hari Jamrah, baru balik Mekah. Azizi & K Yan nak join sama balik Mekah. Kami tak risau sesat sebab kami mengikut arus jemaah yang sama-sama menuju ke Mekah.
** Perempuan yang takut "terbocor" awal eloklah balik ke Mekah untuk selesaikan Rukun Haji. Hanya tawaf yang memerlukan berada di dalam kawasan MH dan ada wuduk. Rukun Haji & Wajib Haji yang lain boleh dilakukan walaupun "bocor". Tapi perjalanan balik ke Mekah memerlukan tenaga juga.

Selepas melontar Jamrah Kubra on 10 Zulhijjah. Jalan menuju ke Mekah / U-turn 
utk ke Moasseim (khemah di Mina)

On the way terjumpa seorang pakcik tua dari M'sia yang tersesat. Kami bawa dia balik ke Mekah. Kesian juga tengok pakcik tu penat berjalan kaki, so half way kami naik teksi. Tak sampai pun 5 minit, dah sampai di Masjidil Haram and bayaran teksi SR10/head. Kami sempat sembahyang raya di MH at 7am. Kanak-kanak ramai di MH dengan berpakaian cantik. Raya le katakan!!!

Kami terus buat tawaf haji, saei dan tahallul thani. Orang tak ramai sangat and keadaan tenang sahaja. Habiskan tawaf kurang dari 1 jam then sambung buat Saei haji. Kami buat Saei di tingkat 3. Memang tak ramai orang compare di tingkat bawah. By 10am kami berkumpul semula ditempat kami tinggalkan pakcik tadi. Bahu dan leher aku dah rasa nak terputus sebab bawa tote bag dan beg sejadah yang disumbat dengan baju-baju. Ingatkan balik hotel dulu :-P We all makan then aku, K Yan dan pakcik tu balik ke hotel. Abang and Azizi pergi botakkan kepala/ "potong" kepala sebab cost untuk botakkan kepala naik SR30/head. Di hotel takde orang. Nasib baik kami jumpa 5 orang di lobi hotel & kebetulan sepasang suami isteri adalah orang kampung pakcik itu. Disebabkan orang TH takde, pakcik tu kami serahkan kepada orang kampung dia untuk bawa rehat di bilik mereka sementara tunggu orang TH.

Saei di Tingkat 3. Masih lengang lagi

After solat Asar di MH, kami bertolak menuju ke Mina. Alhamdulillah kami dah selesai Rukun Haji sebab if lambat, gate bawah di MH dan laluan ke MH ditutup dan dikawal ketat oleh polis, tak boleh nak masuk. Nak sembahyang pun kena pergi tingkat atas. Cuba bayangkan kalau kena tawaf di tingkat atas, bila nak habis?

Bermacam gelagat manusia dapat dilihat on the way to Mina. Kami berjalan kaki jugak. Teksi, bas memang penuh. Dapat tengoklah orang duduk atas van, van senget, van terjongket, van macam sardin etc. Ada 1 van penuh sampaikan muka orang indon yang duduk depan sekali melekat di cermin depan van. Di sepanjang jalan pula memang kotor dengan rambut and pisau cukur bersepah-sepah.

On the way Mekah-Mina. Berdekatan dengan Jamrah
Khemah2 di atas bukit di tempat Jamrah. Confius with this photo. 
Camne boleh ada sorang perempuan tak pakai tudung?

Kami sampai di khemah before 7pm and ramai ucapkan tahniah, dapat panggilan Hajjah dah!! coz dah complete Rukun Haji. That night menerima berita kematian kakak yang sakit di belakang aku di Arafah.

Tuesday, 21 December 2010

Bukit Beruang

Bumi Arafah dilimpahi airmata & mabit di Muzdalifah

14 November 2010 (Ahad)

Kami akan bertolak ke Arafah for wukuf yang menjadi main haji (Rukun Haji). Kami dah bersiap-sedia dari selepas subuh lagi. Masing-masing tunggu pengumuman dari pihak TH untuk berangkat mengikut maktab. Pengumuman yang dibuat pun dengan suara yang mendebarkan diiringi dengan doa :-

"Ya Allah, permudahkan perjalanan kami ini. Kami tidak mampu untuk melakukannya jika tanpa izinMu...". 

Dalam hati terasa sayu, terasa macam kami nak pergi berperang, berjihad. Sebelum meninggalkan bilik, kami bermaafan, berpelukan dan ada yang menitiskan airmata.

(K Niza, K Zura, K Eja, K Endon, K Yan)

(K Niza, K Zura, K Eja, ME, K Yan)

Kami naik bas after lunch & solat Zohor di tingkat bawah hotel. Kami berniat ihram haji. Bas yang kami naiki stop sekejap sebab masalah teknikal. Hati dah berdebar-debar, dah bermulakah ujian??

Kami tiba di Arafah sebelum solat Asar. Keadaan khemah jangan ceritalah. Khemah besar yang hanya didirikan dari tiang-tiang kayu, setiap kayu (=1 khemah) untuk 10 orang, beratapkan kain dan berlantaikan tanah yang ditutupi dengan karpet buruk. Kami alas karpet dengan tikar yang disponser. Disitulah kami tidur, makan dan solat. Bilik air pun kena beratur. Masing-masing dah dipesan, mandi stail P Ramlee. Maybe sentuh air and basuh dimana yg patut.

Khemah di Arafah

Di belakang baris aku tidur, ada seorang kakak yang sedang terlantar sakit, batuk dan berkahak. Malam itu aku berdoa supaya aku dapat tidur walau seketika dengan niat nak bangun for qiamullail. Dengan keadaan yang tak selesa, tidur berbantalkan beg, sempit dan orang mengerang kesakitan di belakang, akhirnya aku tertidur juga.

Sebelum itu ada pengumuman dibuat, dijangkakan hujan akan turun pada waktu malam. Alhamdulillah tak hujan. Tak boleh bayangkan kalau betul-betul hujan.


15 November 2010 (Isnin)

Aku bangun awal, tak ramai orang so sempat juga mandi sekejap sebab badan dah terasa gatal sana sini. Still in ihram. Bertemankan lampu kalimantan yang suram, beberapa orang dah bangun for qiamullail. Pagi tu 3 orang doktor datang merawat kakak yang sakit tu & kemudian dihantar ke hospital. Kami bersolat jemaah Zohor diikuti solat Asar secara jamak tamam. Khutbah & doa dibacakan. Masing-masing menangis......

Kami keluar dari khemah, cari port masing2 for wukuf. Bumi Arafah dilimpahi dengan airmata. Suasana pun hening sahaja. Masing-masing dengan berpakaian ihram, kebanyakkannya serba putih, tiada pangkat, darjat, harta & kekayaan yang dapat dipamerkan. Semua sama sahaja.... orang kata ibarat perhimpunan di padang mahsyar.

Selepas makan, solat maghrib dan Isyak secara jamak tamam, kami menuju ke Muzdalifah untuk mabit/bermalam (Wajib Haji). Di Muzdalifah aktiviti mengutip batu untuk baling di 3 Jamrah. Batu itu akan digunakan untuk baling di Jamrah, sejarah nabi Ibrahim baling batu kepada setan. Seronok tengok gelagat jemaah2. Ada yang cari batu saiz besar, ni memang nak lepas geram betul!!! Ada yang kutip semula batu sebab tengok kawan lain dapat batu kecil2. Yang kelakarnya bila ada jemaah yang mencuci batu yang dikutip dengan alasan supaya tangan tak kotor. So ada yang bersuara, Aikkk.... nak baling setan pun kena batu yang bersih ke?

Aktiviti mengutip batu di Muzdalifah


Suasana di Muzdalifah

Dah penat kutip batu, kami berehat/tidur open air sampai tengah malam sebelum bertolak ke Mina.

** Total batu yang dikutip sepatutnya 70 biji (seeloknya kutip lebih)
10 Zulhijjah = 7 biji -Jamrah Kubra shj
11,12,13 Zulhijjah = 7 biji x 3 Jamrah x 3 hari. Untuk hari Tasyrik, lebih afdal batu dikutip di Mina.