Bilalah dapat shopping di Butik ini ??
"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Friday, 29 July 2011
"I beli baju kat Butik"
U all dah dapat GAJI? Tak dapat lagi ?? Saya dah dapat gaji, Yippie!!! Dah settle segala pembayaran & hutang2, so now dah boleh cerita pasal shopping :-)
Pst, pst ... baca sampai habis sebelum "muntah" baca tajuk N3.
Saya bukan "fashion" punya manusia. Dulu tak kisah nak beli baju kat mana2 pun, pasar malam, pasar tani, Giant, Tesco, Hari-hari ...sebut jer. Asal berkenan, CAPAI!!! (** sambil check latest statement withdrawal RM). Nak quality skit, saya belilah kat Jusco, Parkson, Mid Valley, Metrojaya etc ... tapi now kejadahnya dah jadi SAHM (Stay At Home Mom) beli baju kat BUTIK kan?
Memang bener (slang Indon skit) saya beli baju kat Butik. Sebabnya sekarang susah nak carik baju yang sesuai dengan saya kat Jusco ni. (Jusco jer yang dekat dengan rumah saya). Kekadang baju terlalu formal, sesuai le untuk orang yang bekerja. Then banyak yang lengan pendek (kena beli inner ek?), baju yang berambu-ramba, kain nipis sgt, kain tebal sgt .... semua tak berkenan ler gamaknya. Bila berkenan 1 baju tapi bila test pakai, jenis kain yang strecthable le pulak, habislah nampak all my "square" body. Atau pun baju yang boleh masuk half badan sahaja. Boleh??
Atas advise kakak saya, now saya beli kat Butik. Mampu ke nak beli kat Butik? Alah, now asal kedai baju jer, mula ler banner kedai tulis Butik dot.dot.dot walaupun bajunya MANA mari??
Di MITC Melaka terdapat banyak butiks. Nama pun Kota Fesyen. Ha, baju kat sini sesuai untuk saya. Labuh pun melebihi vontot, takde cutting lebih2, lengan panjang and banyak dari cotton2 yang lembut. Memang sesuai nak bawa pergi kerja atau bersantai bersama keluarga. Harga pun banyak yang below RM100. Kalau nak yang "kelassssss" skit, belilah kat Hajaba. Hajaba ada jugak kat MITC. Saya baru survey beberapa BUTIKs tapi dah rambang mata!!!
Saya suka beli kat Butik Mawar. Pink color kedai tu. 1st floor banyak blouse & tudung. 2nd floor maybe ada baju kurung / jubah kot. Tak survey lagi sebab penat keluar masuk fitting room kat 1st floor. Dapat le beli beberapa helai blouse.
Next shopping akan menyusul khas untuk baju2 suami dan kids. Shopping setakat di Jusco / Parkson jer. Nak raya kan? So ada reason SHOPPING, SHOPPING & SHOPPING
*** Tajuk N3 tu saya ambil kata2 dari Hamba Allah. Sila sebut dengan suara & gaya Gediks okeyyy ... mesti orang Meluat !!!!
Thursday, 28 July 2011
Pening Carik Kerja
Saya tengah sibuk mencari kerja ni. Serius ke tak serius, ikut mood la :-) Mood berkobar2 tapi bila tak dapat, mula ler mengutuk company yang takmo ambil saya bekerja tu. Boleh?? So far, baru sekali gie interview ... hehehe.
Ada ler hantar resume kat company2 secara online & by hand. "Rempuh" company tu!!! Yang hantar resume & sijil2 by hand, mula ler dorang buat "janji-janji manis". Saya lebih pengalaman bahagian teknikallah, so nanti resume saya akan dihantar ke tempat lain. Takke MANIS janji itu??
Wokey, tempat kerja korang ada kerja kosong tak untuk "makcik" ini?? Tu ler susahnya dah tua2 nak carik kerja. Nak jadik cikgu, umur terlebih. Diingatkan kat korang semua :-)
"SAYANGILAH KERJAYA ANDA"
Bertambah PENINGS. Depan, belakang, kiri, kanan dok Pot-Pet Pot-Pet kat saya.
** Bila dok Melaka, banyak le pulak kerja best2 kat KL.
"Belajar tinggi-tinggi, muka lawa, gaya ada, jadik surirumah"
Perhhh, berdesing telinga dengau. Tu belum lagi Mak bapak ku yang mempertikaikan seluar belang kegemaran saya yang selalu saya pakai !!!
"Orang lain bergaya, ni awak asyik2 dengan seluar belang".
The next day saya terus gie "rempuh" mana2 company.
Hubby tak kisah kalau kerja pun tapi niat biar NAK TOLONG SUAMI.
Saya tahu memang ramai nak jadik surirumah tapi saya rasa kalau ada rezeki, saya nak bekerja semula dan berkawan. Jadik TEA LADY gaji RM3k pun I tak kisah ... hahaha, gurau jek. Saya tak demand pasal kerja, pasal gaji etc ..... janji kerja tu menyeronokkan dan berbaloi !!!
Macam-macam request
Imran ni baru 4 tahun 6 bulan. Banyak cakap + pandai bercakap. Pandai bodek pun ye jugak. Nak tahu tak, kami terpaksa berdoa depan Kaabah masa buat Umrah in June' 2009. Masa tu umur Imran 2 tahun 5 bulan. Dia hanya tahu cakap Ibu, Ayah and kakak sahaja, tu pun susah nak dengar. Babysitter pun risau tapi kami tahu dia tak bisu.
Lepas hampir sebulan saya tak jumpa (pergi Umrah then outstation ke US), mulut dia dah asyik bercakap sahaja. Sometimes dia boleh menggunakan words yang unik. Alhamdulillah, maybe berkat doa di Tanah Suci.
Imran belum sekolah lagi so setiap pagi kami berdua sahaja di rumah. Dia layan TV la ... Astro Ceria Ch611. Pengaruh TV itu "kuat", mintak kita "something" yg tak pernah terpikir. Tak sure dia dapat idea dari tengok kartun mana agaknya ? Hagemaru/ Nono-chan/ Chibi Maruko chan ?
"Ibu, dah lama kita tak meluncur salji. Boleh la kita pergi meluncur salji"
Terkedu dengar request dari Imran. Entah bila masa agaknya kami pergi meluncur salji ni? Yg bagusnya, pandai pulak dia guna word "meluncur" tu.
"Ibu, Imran nak beli anjing macam Pesu"
(Pesu tu anjing kepada Hagemaru-kartun Jepun)
Pernah jugak Imran request nak rambut macam Hagemaru. Senang je nak botakkan tapi camne nak tinggalkan 3 helai rambut kat tengah2 tu?? hehehe ... mamak gunting rambut boleh tutup kedai camni !!!
(Pesu tu anjing kepada Hagemaru-kartun Jepun)
Bab ni susah nak terangkan kat dia. Dia bukan faham apa maksud HARAM. Terangkan kat dia sebaris, dia tanya lagi berbaris2. Kenapa tak boleh pegang? Kenapa Hagemaru boleh pegang Pesu? Tu belum masuk bab cuci dengan tanah. Sometimes seronok jgk melayan tapi jgn salah jawab, jawapan kita "terpeleot" skit jer, dia boleh meraung 1 rumah.
Hagemaru dan Pesu
Labels:
Permata Hati_Imran
Wednesday, 27 July 2011
Step by Step
Nota : Saya dah draft this N3 since 10th July tapi tak publish. Terasa nak publish bila baca N3 Ayu yang berada di Jepun. Cerita dia di SINI.
Saya mula mengenakan tudung 12 tahun yang lalu, tarikhnya mungkin 14/9/1999. Kenapa saya boleh ingat tarikh itu? Ni saya ceritakan.
Saya mula masuk kerja pada May 1999 after grad . Masa tu tak pakai tudung with blonde hair. Baru grad oversea le katakan!!! Siapalah yang tak tengok/ usik kalau saya lalu di production line tu? "Awek CUN, awek CUN !!". Sampaikan salah faham sebab ada senior lelaki saya yang nickname "CUN" di kilang tu. Senior tu dah berkahwin.
Then saya involved dalam tarian untuk company anniversary. Modern dance!!! Malam anniversary, di Hotel Mandarin Oriental, saya menari dengan pakaian ala-ala "berkemban" dikenakan dengan seluar panjang ketat. Lepas dah habis menari, tukar pulak dress pendek with highcut boot. Saya terlupa yang saya bekerja di area kampung agaknya. (saya membesar di kampung jugak, sampai sekarang.). Banyak mata yang tak SUKE, I guess !!!
The next day company beri cuti. The next next day saya datang kerja dengan bertudung litup. Orang yang mula2 nampak saya di pagi2 morning itu terus bersalaman & berpelukan dengan saya, ucapkan "Omedetou! Tahniah! Alhamdulillah!! ". Boleh tak bayangkan camne muka2 excited mereka? Saya tengok kakak tu hampir menitiskan air mata. Kecoh jugaklah. Saya jadik lagi "glamer" dari waktu tak pakai tudung. Mungkin ada jugak yang tak sempat nak mengutuk dressing saya pada malam anniversary itu.
Alhamdulillah step by step saya cuba improve to be MUSLIMAH. Memang sukar terutamanya berada di dalam rumah mak bapak sendiri. Beberapa bulan yang lepas saya cuba untuk memakai tudung di dalam rumah mak bapak sendiri. Mula2 rasa pelik. Orang tanya, "Nak pergi mana?". Lama2 alah bisa tegal biasa !!! Alhamdulillah sekarang dah boleh !!
Saya bukan nak buka keaiban sendiri tapi mungkin saya rasa semua orang boleh buat / kena buat. Saya bukan alim ulama/ustazah pilihan tapi bak kata suami saya, "Takkan nak tunggu jadi baik, baru boleh suruh orang jadi baik?"
*** Doakan saya diberi keteguhan HATI. Camne pun saya tetap seorang yang HAPPY GO LUCKY.
Hukum aurat bersama ipar duai ...
Assalamualaikum w.t.w.. Alhamdulillah , Segala Puja - Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin. Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan ipar-duainya yang berlainan jantina . Maka jawapannya ialah : Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ) . Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat . Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah ( seperti di dapur ) . Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh , sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah . Walaupun begitu , ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk " MEMANDANG SECARA LAIN MACAM " ( pandangan penuh berahi ) kepada kakak ataupun adik iparnya . Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai " makna jahat " !? . Tudung kepala ( yang juga menutup lehernya dan dadanya ) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan ipar-duainya ( yang berlainan jantina ini ) . Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam . Di samping kemudahan diberikan , Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan . Tidak dapat dinafikan , di dalam dunia moden ini kadang-kadang seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan ipar-duainya lantaran pekerjaan ataupun pengajian . Hubungan ipar-duai itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya . Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar-duai kita tetapi hubungan sebagai ipar-duai sahaja . Tidak lebih daripada itu . Tapi BAHAYA ipar-duai ini juga perlu diawasi . Tidak sedikit manusia yang " TERLAJAK " dengan ipar-duai sendiri disebabkan hubungan dengan ipar-duai ini LEBIH HALUS , LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA . Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa " Ipar-duai itu adalah MAUT " iaitu , " hubungan sumbang " dengan ipar-duai sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yang tiada kaitan kekeluargaan dan persemendaan . Sabda Baginda Rasulullah s.a.w : Ertinya : Drp Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (( " Jaga-jaga ! , Janganlah kamu bersunyi-sunyian ~ khalwat ~ dengan mana-mana wanita " )) , maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : " Bagaimana pula dengan ipar-duai ? " . Jawab Baginda s.a.w : " Ipar-duai itu sendiri adalah MAUT " )) . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh ( 9 / 5232 ) dan al-Imam Muslim rh ( 4 / 2172 ) . Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad ( 4 / 149 ) dan al-Imam at-Tirmidzie rh ( 3 / 1171 ) serta al-Imam as-Suyuthi rh ( Al- Jamie? as-Soghir : 2905 ) . Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita . Namun jika AMAN DRP SEBARANG BAHAYA ( apatah lagi dengan keganjilan perilaku dan kecenderungan seks zaman sekarang ) , maka TIDAKLAH MENGAPA tinggal serumah dengan mereka . Mudah-mudahan Allah Ta'ala menyelamatkan kita sentiasa drpd musibah2x yg xdiingini.... Amin Ya Rabbal Alamin .
Monday, 25 July 2011
Buah Binjai
My ibu offer 2 biji buah binjai. Kalau nak, ambik. Kalau takmo, takyah ambik. (senang jer syarat2 nya).
Dah kecur tengok buah binjai + baunya yang "menggoda". Dah 2 kali my ibu offer, so ambil jugak la. Sebenarnya tak tahu nak masak apa. My ibu rasa buah binjai itu, MANIS, so makan camtu pun ok kot.
* gambar dari google

Dengan bantuan pakcik "Google", dok carik Resepi Buah Binjai. Alamak, kecur air liur. Resepi Sambal Belacan Binjai !!! Resepinya senang, buat sambal belacan lepas tu letak buah binjai. Perhh, makan dengan nasi panas, sure dah tak toleh kat orang sekeliling. Sambal Belacan ada lagi dalam peti ais tu tapi dah letak tempoyak. Kalau Sambal Belacan Tempoyak + Binjai, apa rasanya yek?? Rasanya boleh jadik PITAM tak?? Nak try test dinner nanti.
Nota kaki : Banyak sangat KECUR sebab today PUASA.
Subscribe to:
Posts (Atom)

