"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Monday, 17 October 2011
Maxis ku dah jadik Prepaid
Last Sunday saya baru convert line hp saya dari postpaid kepada prepaid. Dah kena control guna hp ??? ehhh... bukan, bukan.... Tukar sebab selama ni saya sangat "bermurah hati" tau.
Before ni hubby jadi "mak" dan saya jadik "anak".
Sunday, 16 October 2011
Rumah Idaman - Part 2
Berangan saya pada 21 August, 2011 ........ sila tengok SINI. Berangan no 5 iaitu memiliki rumah SENDIRI di Melaka.
Tanah di rumah PAMA memang ada untuk kami 4 beradik perempuan (muat buat banglo 4 bijik, RM je tak mengizinkan .. hehehe.) Tapi bak kata hubby, "Tak cukup dekat lagi ke? Kalau boleh nak rumah bersambung terus dengan dapur ibu?" ..... eh, kalau boleh, NAK JUGAK (^O^) !!!
Pada 28 Sept, kami "mengomel" bila dapat loan tapi conventional. (cerita di SINI) Tu pun setelah penat menjejakkan kaki ke banyak bank. Saya dah macam give-up dari memiliki rumah itu.
Akhirnya, Bank Islam meluluskan permohonan loan. Pada Jumaat 14/10/2011 malam, hubby sign the contract bertempat di Food Court, Jusco Melaka. (Hubby BZ so kat food court pun bolehlah). Bank officer baru kahwin, patut ko lambat process ye dik oii !!!
Bank Islam tak offer "bagus" but ISLAMIC and we got the amount yang nak dipinjam, cuma BLR and monthly payment not the best compare dengan offer dari bank lain.
Lepas ni kena tunggu S&P pulak. Not sure how long the process will take tapi harap2 takde masalah. Beli rumah atas tangan orang lain tak sesenang beli rumah dengan developer. Duit2 untuk lawyer pun kita kena sediakan.
Overall ..... dah dapat loan hati senang skit. Dah nampak ada CAHAYA ...chewah !!! Maybe boleh dikatakan 1/5 kerja dah selesai. Kerja kami dah selesai kot? Lepas ni biar lawyer buat kerja.
Labels:
Home Sweet Home
Friday, 14 October 2011
Cap / Topi collection
Ni hobby Mr Hubby zaman dulu2. Sekarang dia dah jarang pakai CAP sebab "zaman" dah berubah. Dalam erti kata lain, dia tidak perlukan CAP sebab dia masih ada rambut di tengah kepala walaupun uban sudah memenuhi hampir seluruh rambut.
Zaman hubby "budak hingusan" mula2 bekerja, memang selalu travel. (yg suka travel, jadiklah "budak hingusan" :p. Dapat pergi training!!! ). Hubby ikut staff Proton pergi test kereta sampai ke tempat paling sejuk beku. Dia memang suka beli CAP Hard Rock Cafe sebagai collection. Ori lagik !!!! (shhhhh..... elaun banyak!!)
~~ Antara CAP yang masih tersimpan ~~
Ada jugak CAP yang bukan dari Hard Rock, yang dapat souvenier dari sedara and friends, dapat FREE from company / mana2 events.
Ada beberapa CAP yang ada sejarah skit.
CAP Angkasa ini semasa hubby involved dalam misi pertama Calon Angkasawan Negara in 2005. Misi Pertama iaitu ujian fizikal berlari sejauh 3.5 kilometer selama 20 minit. Hubby lulus larian. Bangga giler saya masa ni sebab muka Mr Hubby keluar paper. Tunjukkan pada "makciks" kat kilang. "eh, ni abang long akak ni" .... ciss, muka Abg Long "makcik" tu lagi jelas dari muka suamiku. Dah le Abang Long dia awal2 dah gagal .... tak patut, tak patut !!!!
TAPI Mr Hubby gagal saringan ke2 iaitu pemeriksaan kesihatan. (Dah agak dah!!!) . Mana taknya, besi dalam tangan pun "simpan" lagik.
Takpelah ........... Ada jugak nama hubby tercatit di dalam nama Angkasawan Pertama Negara walaupun ejaan lain skit. Nak jugakkkkkkkkkk tu !!!!! hehe
CAP ni semasa hubby & the geng test kereta ke Egypt pada July 2005. Mereka stayed di Sharm El Sheikh. Tidak sampai 24 jam meninggalkan Sharm El Sheikh, tempat itu kena bom. Jadi highlight news seluruh dunia mengenai bom itu. Dari saya tak ambil tahu nama tempat itu, tetiba wajib ambil tahu.
Zaman MU tengah famous. Eh sekarang famous lagi ke? CAP tahun 2004 ... Korang ada :-) ??
Masalah dulu, kini dan selamanya .... Camne nak simpan CAPs ini? Pernah gantung, akhirnya jadik stor habuk dan tempat persembunyian cicak. Now lipat elok2 pun still cicak suka jugak. Rasanya nak kena beli almari kaca ... TAPI ..... emm ...... Mana pulak nak letak almari kaca tu sebab rumah "cute" ni dah sesak dengan manusia dan barang-barang. Sedekah kat orang?? Mahu kena "pancung" kepala ku ... :-)
Any idea camne nak simpan ??
Thursday, 13 October 2011
Akibat percaya pada Google !!!
Hari Ahad 9/10/2011, kami sekeluarga pergi JB, kenduri kahwin sepupu belah hubby. Dah berbelas tahun saya meninggalkan JB, saya rasa hubby pun sama jugak. Tempat wedding di Taman Perling ...... oh, biasa dengar tapi kat mana ek?
Kalau pasal carik jalan, kami biasa guna GPS PAPAGO (sebab bunyi manja gitu .. hehe). On that day, PAPAGO asyik meragam jek, camne nak GO kan? So hubby connect internet, guna Google Map sepanjang Melaka - JB. From Melaka dalam 8:45am, berhenti di Pagoh kejap !!!
Tanpa sesat kami berjaya sampai di tempat wedding itu, di sebuah dewan. Baru pukul 10:50am, ada 3 buah kereta sahaja & still nampak orang mengangkat dulang etc .... haru-biru !!! Teringat sekolah saya dulu-dulu. Tengok kat Google, hanya 12 km .... apalagi, start the enjin la ...
Bila dah dekat dengan sekolah, berpusing-pusing carik sebab banyak jalan 1 way, kalau dah terlajak simpang, kena u-turn yang kemain jauh lagik. Di sepanjang jalan memang rasa familiar je tempat2 ni, tapi apasal tak jumpa2 sekolah ku? Kami bertukar2 bawa kereta, kononnya saya tak reti tengok GPS la ...
Hubby tengok the Google Map ..... kami sampai tapi lagik le PANDEIIIII !!!!
Ada ke patut sekolah ku yang "terkenal", di SINI?? Di Danga City Mall?? Siapa agaknya yang pepandai save kat Google agaknya??? Hubby & anak2 ketawa bagai nak RAK .... panasnya hati ku sepanas cuaca di luar.....
Taknak give-up walaupun rasa macam dah lewat nak gie wedding. Saya drive jer tanpa melayan "komen2" dari hubby & anak2 yang seperti suruh lupakan impian. Mana bolehkan?? Tanya orang dan akhirnya sampai ke sekolah saya yang sebenarnya dah ikut pun jalan itu .... alhamdulillah. Bergambar then cepat2 pergi wedding, TANPA SESAT jugak :-)
Wednesday, 12 October 2011
Cara "pancing" Undi !!!
Saya kagum dengan idea ini. Selama ni saya tak pernah jumpa. Ni saya jumpa masa Pergi Meeting dapat RM.
Calon "ahli2 berkuasa" baru pun mungkin anda tak kenal kan? Tapi camner pun mesti nak tanda "X" pangkah kat kertas pencalonan. Membazir jika dibiarkan kosong.
Ni antara kertas2 yang saya dapat.
Subscribe to:
Posts (Atom)


