Wednesday, 30 May 2012

WW - "Dia" dah datang dah ....



Siapa "Dia" yang dah datang tu??
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

MUSIM DURIAN la !!!!

Uols dah merasa??? 

Saya dah pulun beberapa bijik .... alahai, jangan le FAIL check-up next week.

Rambutan pun dah hampir MERAH

huk, huk

Tuesday, 29 May 2012

Baju Melayu kanak-kanak murah

LELONG!!! LELONG !!!

Tak lama lagi nak raya ... yeehaaa ..... walaupun saya tak beraya :(

This weekend ada wedding kat kampung. So hari Ahad kami carik baju untuk gegirls kat KELUARGAKU. Kalau kat Melaka ni, KELUARGAKU ada kat sebelah pejabat pos Bukit Baru. Dapat info dari SIL, ada jual baju readymade untuk kanak-kanak. Dah carik baju untuk gegirls, Imran pun merengek nak baju Melayu.

Masa bayar, TERBELIAK tengok harga baju Imran. Tanya adik counter tu "Berapa?" .... "RM 8 kak" ... suker, suker ... sgt murah untuk sepasang baju!!! Rasanya semua color, semua design (teluk belanga, Johor style, Raihan style etc), semua saiz, harganya RM 8. **Tolong betulkan kalau saya salah. Kain dan jahitannya pun nampak ok. Even my babah kata baju untuk lelaki dewasa pun RM 10 jer. (not sure sepasang or hanya baju sahaja sbb my babah selalu pakai dengan kain pelekat).

Murah kan ?? Harga panties gegirls lagi MAHAL (RM 8.90) dari sepasang baju Melayu Imran (RM 8) .. hehe.

Banyak juga pilihan baju kurung untuk dewasa dan kanak-kanak perempuan. Harga pun berpatutan la.

Monday, 28 May 2012

Belum pindah dah kena curi

Hari Sabtu kami survey utk lampu dan kipas untuk rumah baru. Ada 1 kedai lampu kat area Bukit Baru. Mata ku berkenan dengan lampu ala-ala Chandelier walaupun tahu tak sesuai dengan rumah. Tak beli lagi pun.

Saya berkenan Chandelier gini. Nampak simple tapi hubby tak suka berjurai2 gitu.
Harga pun BOLEH TAHAN.


Then kami pergi ke rumah baru, nak tengok progress. Pekerja tengah pasang kipas baru di living dan bilik anak2. Dah menyirap darah. Nanti tambah duit lagi !!! Bilik anak2 kami just nak tukar plaster ceiling then suruh pasang semula kipas lama. Dan di living room, kami plan nak carik kipas ikut selera kami sendiri. Hubby calling2 kontraktor, tanya kenapa?? Ghupa-ghupanya..... kipas lama + lampu lama di rumah kami semua dah kena CURI. So the kontraktor terpaksa ganti baru. Nasib baik kami tak beli lagik.

Sakit hati jugak but at the same time, ok jugak dapat kipas FREE untuk 6 bilik. Ada remote lagik. Cuma saya tak berkenan color kipas tu .... GOLD. Dan jenama KRONOS.... tak pernah dengar pun !!!

Saya dapat agak siapa si pencuri... pekerja Cina yg buat kerja kat rumah kami sebab setiap kali kami datang, sure dia tanya, "nak lagi ke lampu / kipas?". Dia selalu mention, "beli barulah, ini design lama" .... dah berkali-kali dia tanya sampai satu masa saya jawab, "Biarkan dulu, mana tahu kami nak ganti kat tempat lain". Sempat jugak dia clearkan semua kipas + lampu lama ye. Saya bernasib baik sempat ambil 2 lampu ala2 kerawang sebelum dicuri.

** Cermin besar yang ditinggalkan oleh owner lama pun kena curi. 

Thursday, 24 May 2012

Warna dinding di bilik-bilik

Semalam dah share bilik tidur utama yg merah menyala. Today n3 untuk bilik anak-anak dan bilik sembahyang pulak. Kontraktor pakai cat Nippon Paint. Warna pilihan adalah ikut citarasa masing-masing. Cuma kami tolong advise supaya tak dipilih warna yang terang-benderang.






Cinta hubbyku sampai ke bilik tidur ♥

Saya suka warna MERAH. Jadi untuk buktikan "cinta" hubby kepada saya (perasan sendiri .. hik, hik), hubby setuju untuk pilih color MERAH untuk bilik tidur kami (feature wall konon). Dia yang pilih color ye.

Saya terkesima tengok color yang dipilih oleh hubby masa pergi site visit seorang diri. Kata Indon yang tengah mengecat "Kalau dah kering, LAWE (instead of lawa) kak!!!"

Hubby site visit waktu tengah hari, tengah panas terik ........... DIA sakit kepala, penings ... hehehe. Hasilnya :
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
MERAH sgt NYAH !!!!



Now hubby tengah plan nak pilih color lain. I follow jer... duit dia. Not bad jugak color MERAH tu ... bagi saya ler :-) Takyah le susah2 nak pikir pakai langsir color apa?, cadar color apa? sebab saya selalu hantam kromo jek part2 gini, janji tidur ku lena jugak.

p/s : JOTUN ada sediakan software free untuk "main" pilih color2 ruang yang nak dicat !!!!

IDEA bilik tidur warna merah ♥
Cadar warna putih nampak sesuai.




Saya terjumpa info yang menarik tentang aura color. Cer tengok warna MERAH ... seram you lebih-lebih lagi untuk bilik tidur!!!

MERAH - ghairah, panas, romantis, agresif, rangsang selera makan
MERAH JAMBU - feminin, kelembutan, kasih sayanng
COKLAT - serius, semulajadi, maskulin, eksklusif
UNGU - mewah, glamor, elegan, versatile
HIJAU - segar, aman, harmoni, seimbang
BIRU - sejuk, tenang, kedamaian, dingin, selesa, kesederhanaan, kesembuhan
KUNING - keceriaan, hangat, terang, keluasan, gembira
JINGGA - aktif, riang, kreatif, hangat, santai
HITAM - kesedihan, kegelapan, sofistikated, misteri
PUTIH - bersih, suci, natural, ringkas


p/s : Cat kat bilik anak2 dorang pilih sendiri dan dorang suka. Len kali insyaAllah saya share cat bilik anak-anak pulak.