Monday, 27 August 2012

Raya 2012 yang Caca Marca

Selamat Hari Raya semua. Rasanya semua blogger cerita pasal raya. Saya pun nak cerita jugak untuk kenangan. Alhamdulillah dapat jugak saya menyambut raya tahun ini TAPI puasa sehari pun tak dapat :-) Raya pertama baru 42 hari berpantang tapi tetap beraya sakan. Sakan bab makan2 la ....

Raya tahun ni takde tema. CACA MARCA jadiknya. Janji saya tak perlu pakai kain batik sebab baju lama muat. Tu ler suka buat baju kurung Johor style.
Luqman di pagi raya. (42 hari).

Anak-anak di pagi Syawal.


** Tahniah to Mamamya yang selamat melahirkan boboy pada pagi Syawal.

Thursday, 16 August 2012

Puding Karamel

MOOD RAYA ♥♥♥


Bila anak-anak dara dok kat dapur, lagi kecoh dari ayam bertelur tau!!! Dorang tengok Mak Ngah buat puding karamel kat rumah nenek, lepas tu nak ajar ibu, atlast ibu sempat jengah kejap2 jer sebab Luqman susah nak lelapkan mata. Mana taknya, kakak2 memekak kat dapur.

Maisarah (kakak "kepoh") sedang menggoreng gula
Ramai yang interprem. Sorang tu Jade, anak sedara.
Tunggu GULA digoreng berlatar belakang DAPUR MERAH ku ♥

Memasukkan gula dalam bekas plastik. Dapat le dlm 17 bekas jer.
Rasanya SEDAP !!! Lagi sedap makan sejuk-sejuk.


Puding Karamel ( 1 adunan)

5 biji telur *
1 tin susu pekat *
1 sudu besar tepung jagung *
2 cawan air *
1 sudu kecil esen vanila *
Gula (agak2 1/2 cawan) - digoreng

Cara :
1.  Masukkan satu-persatu bahan yang bertanda *. (Saya kurangkan susu pekat dan lebihkan tepung jagung).
2. Tekstur adunan adalah CAIR. Biarkan adunan sementara nak menggoreng gula.
3. Goreng gula sampai cair dan warna keperangan. Macam gula hangus.
4. Masukkan gula hangus tadi dalam loyang. Agak-agak dapat menutupi permukaan loyang. Jangan banyak sangat, nanti manis. Gula tu akan kejap jer beku kat permukaan loyang tu.
5. Kemudian masukkan adunan *.
6. Kukus dalam 30 minit/ sampai masak. Cucuk dgn garpu untuk test masak/tidak.
7. Sejukkan semalaman. Klu tak sabar, boleh je makan.

Harap2 takde bahan yang tertinggal dalam resepi di atas :-)

Saturday, 11 August 2012

Aku dan Slimming Gel

Huk, huk .... Perut ku masih boroi. Nak wat camne?

Pagi tadi lepas mandi saya ambil slimming gel hubby. Jenama D'Apple. Saya pun lumur la kat perut, skit jer, massage etc. Bau sedap. Then saya pakai girdle, bengkung ..... bersiap-siap nak bawa Luqman cucuk sebulan. Sempat sidai baju di ampaian.

Kat luar panas. Masa sidai baju terasa PANAS, PIJAU, HANGAT macam terbakar perut ku ini. Memang tak tahan sangat. Memgomel kat hubby, hubby kata makin berpeluh, makin terasa panasnya. Barulah effective. Saya dah tak tahan. Time tu jugak saya buka bengkung, girdle.... kat perut memang MERAH2. PANAS and PIJAU.

Saya pergi mandi, guna water heater (orang berpantang, tghari buta pun mandi pakai water heater).... aduhai, rasa nak melecur kulit perut ni. Saya sental dengan sabun Dettol. Rasanya dah cukup lama menyental. Keluar dari mandi, masih terasa PANAS DAN PIJAU. Tang PIJAU yg takle tahan. Masuk mandi lagi ..... masih tak hilang cuma kurang skit jer. Tahan je la. Takde le pakai girdle & bengkung. Pakaian dalam pun ditukar sebab kesan gel tu mesti dah melekat.

Kecoh serumah. Anak2 tanya, Kenapa ibu? Kenapa ibu? Hubby bantai gelak.

Membebel kat hubby.

"Apalah gel bodoh yang awak beli ni? Klu macam ni punyer seksa nak kurus, saya rela pergi Slimworld. "  
 * amboiiii ayat tak hingat. Klu tgh bengang, segala impian diungkapkan tanpa perlu check RM.

Hubby pun pakai gel tu sebab selama ni dia pakai OK jer. Dia lumur lagi banyak dari saya. Memang dia OK jer.

Ayat-ayat terakhir ku "Kulit kerbau, memang ler" ....

* Next nak try petua tradisional. Minum air asam jawa!!! Uols ada petua yang berkesan?

Friday, 10 August 2012

Teran isi / Teran urat

Pagi Jumaat yang tenang.

Ye di pagi Jumaat ni akak nak cerita pasal TERAN pulak. Apahal le pulakkan?? Teran..... emm, normally perkataan ni bila teran dot, dot, dot ...

Luqman Al-Hakim sudah sebulan semalam (9/8/2012). Pipi nampak gebus skit & dah boleh kenal "bau" ibunya. Ibu sedih jugak ni sebab time nanges, selalu carik ibu. Selalu dah test vokal, bak kata mummy Lantra yang dok test vokal macam Ziana Zain. Tapi Luqman test vokal ala-ala Anuar Zain gitu !!!

Wajah tenang Luqman

Test Vokal 1

Test Vokal 2
**Apalah ibu ni, Luqman tengah menguap pun nak snap.

Hati saya gundah-gulana bila Luqman dok "berbunyi2" ala-ala meneran / mengeliat. Time tidur pun macam ni. Mengeliat sana, mengeliat sini dengan suara MENERAN. Mata pejam lagi tu. Lepas tu kekadang dah penat mengeliat dan meneran, dia akan menangis 2 kali, then lelap semula. Risau jugak, kot ngigau apa2 Luqman ni. Bila meneran tu, muka sampaikan merah-merah. Sakit ke dia? Ada "benda" kacau ke? So of course saya akan mengadu pada ibu saya.

"Budak nak besau memang macam tu. Orang tua-tua kata budak TERAN ISI / TERAN URAT" ....

Teran isi? Teran urat? Korang penah dengar perkataan ini? Ni perkataan kat Bukit Beruang je ke? Orang tua zaman dulu2 memang banyak pendapat/falsafah/pantang-larang dorang. Ada logik dan ada tak logiknya. Bab teran ni ada logiknya jugakkan. Baby mengeliat then meneran, so setiap kali buat camtu, badan2 dan urat2 akan meregang.... hehehe. Apa2 lah, janji tak sakit.

** Baby korang ada "teran" camni jugak ke?

Luqman kacau Abg Imran tidur !!! 2 boboys in d house

Thursday, 9 August 2012

Sofa Cavenzi

Entri dulu (SINI) saya ada survey sofa untuk rumah baru kan? Chesterfield, Lorenzo, Cavenzi ..... Hajat nak beli Chesterfield TAPI yang termampu hanya CAVENZI.

So sofa Cavenzi 3+2+1 dah sampai... adoiii, dah lebih dari 3 minggu sampai kat rumah ni. Color DARK BROWN. Dapat free 6 bantal kecik2 itu.


Dapat free coffee table. Suker walaupun sempoi jek coffee table ni.

Dan sofa LOVE 2 seater. Sofa ni lebar, so best jugak landing kat sini. Sofa free ni dijahit dengan kain baldu, senang nampak habuk. So saya letakkan kain pua kat atas sofa. Daripada "tersadai" je kain pua tu.


Yang bestnya ............. boleh buat gaya gini :-) Lena tidur !!! Gaya gini boleh buat pada 5 daripada 6 seater yang ada.

 
Saiz sofa ni agak besar, so memang cukup "penuhkan" ruang tamu ini. Takyah beli gadget lain dah !!!


** Bila ler nak habis kemas rumah ???