Monday, 18 February 2013

Terkini

Rindunya nak update blog. Banyak story-mory nak story.

Warming up needed. Start with latest pic kami sekeluarga.





Tuesday, 29 January 2013

Bio-oil le pulak


Saya ni jenis suka try produk2 kecantikan. Tapi gunanya ikut mood. Tu pasal le muka pun dot.dot.dot .... penuh jeragat!!! Paling latest saya guna Safi Rania Gold ... budget muka macam Cik Ta ... LOL ...

Safi Rania Gold tu ok tapi set lain dah habis, tang sunblock masih ada. Tapi saya "kureng" brand ni sebab muka saya nampak lagi cerah dan ini menyebabkan jeragat saya lagi jelas kelihatan.

Dan sekarang saya guna BIO OIL pulak. Lepas sapukan bio-oil kat muka, saya sapukan sunblock Safi Rania yang tak habis lagi tu. Sunblock tu kan melekat, so bila dah sapu bio-oil, licin skit nak tepek sunblock.

Anak-anak pun saya beri pakai bio-oil sebab tiap2 hari kena panas, muka dorang nampak kering. Tapi bila dah beri guna, paham2 le ...

Nota : Siapa pernah guna?? Ok tak??

Friday, 25 January 2013

Walker

Ini walker ke-2 untuk Luqman. Satu dah hantar kat rumah babysitter. Yang ni baru dapat semalam from Abang Didin (kwn arwah hubby). Even secondhand but macam baru lagi. Lagi satu - Walker Canggih!!! Den pun takde le beli canggih gini. Turun dari anak mereka-Muhammad. Lagi satu tu mcm trolley tolak2.


 Imran dapat beg sekolah. Ada tayar !!!

Alhamdulillah rezeki untuk anak-anak yatim *alahai, sayu bila sebut!!!

Thanks to Abg Didin and Atie sekeluarga yang sentiasa ambil berat tentang kami. Mereka sekeluarga akan menunaikan umrah hari Isnin ini. *Setiap tahun mereka tunaikan umrah. Rezeki mereka * . Semoga Allah permudahkan segalanya.

Wednesday, 23 January 2013

WW - Duit Lagi ♥

Alhamdulillah tadi dah terima RM300 (3 orang anak). Ketua Menteri yang tolong sampaikan. Ibubapa dijemput hadir.

Terkedik-kedik le makcik keluar dari office. Nak terima duit le katakan.

Monday, 21 January 2013

100 hari sudah

Today genap 100 hari arwah meninggalkan kami.

SERIUS, makin hari makin saya merinduinya. Saya sentiasa berdoa semoga saya bertemu dengan dia. Saya juga sentiasa berdoa semoga dia sentiasa di hati saya. Taknak ada pengganti !!!

Arwah tinggalkan keperluan yang cukup untuk kami. Arwah juga tinggalkan 5 orang permata hati yang boleh menjadi bekalan untuk saya di sana kelak.

*emotional kejap ...