Thursday, 6 June 2013

Trip ke Bandung

Kami ke Bandung dari 27 Mei 2013 (Flight malam 11:40 pm) ~ 1 Jun 2013 (Flight malam 7:20 pm).
Naik AirAsia. Flight ke Bandung ambil masa 2 jam 5 minit.
Sampai di Bandung hampir kul 2 pagi.
Waktu di Bandung sejam lewat dari Malaysia.


Our journey
Day 1 (28/5) : Pasar Baru (survey dulu), Factory Outlet (survey2)
Day 2 (29/5) : Tangkuban Parahu, Air Panas Seri Ater, lunch di Kampung Daun, Factory Outlet
Day 3 (30/5) : Trans Studio Bandung
Day 4 (31/5) : Pasar Baru (shopping la), Kartika Sari, Factory Outlet
Day 5 (1/6)   : Pasar Baru (last shopping)


Kami pergi  family 17 orang. ME and kids 4 orang. Luqman terpaksa ditinggalkan.. huk, huk. Terpaksa beb. This was my 1st experience vacation alone with the kids. Layan Imran pun dah tak terlayan.

Apa-apa pun, layan gambau le pulak :-)

ME n kiddos. Masing-masing dah mengantuk.
With kakak ipar dan keluarga.

Dalam flight.

Di Bandung kami stayed for 5 hari 5 malam di Aston Braga. 4 stars kot. 


Kami 5 beranak tinggal di apartment dengan family abang saya, 5 orang juga. 
Apartment ada 3 bilik (2 bilik ada queen bed & 1 bilik single bed), 
kitchen semua la ...

I'm single. So inilah bilik single saya. Tido dengan Imran.

Di lobby hotel

Makcik BOLAT.



Esok sambung lagi ye ... insyaAllah.

Wednesday, 5 June 2013

Hati mesti sekeras BATU

Ingat senang ke nak jadik ibu tunggal/ balu ni? Hati kena KUAT, KERAS ...
Lebih-lebih lagik bila ada anak berderet-deret macam askar.
Macam saya lah.

Mana nak layan perasaan kita?
Mana nak layan perasaan anak-anak?

Mana nak layan sedih kita?
Mana nak layan sedih anak-anak?

Dan macam-macam lagi.

Macam anak-anak saya, mereka nampak lagi KUAT dari saya.

Antara babak2 sedih :(

Ada masa setiap kali saya balik kerja, mesti macam-macam request dari anak-anak. Nak beli itu, ini. Lebih-lebih lagi dari Nabilah.

Saya bagitau dia, "Nabilah, ingat ibu ni kerja cop duit je ke? Semua orang ada, ko nak. Dulu dengan ayah boleh le ayah belikan. Gaji ibu kecik jer".

Muka dia sedih. Yes, gaji saya cukup sekadar bayar kereta Wish saya. Kalau yang ikuti kisah saya, dulu saya pernah jadi surirumah selama setahun then suami izinkan saya kerja semula dengan bersyarat, niat hendak bantu suami. Jadi saya ambil sahaja peluang kerja yang datang dan saya suka kerja saya. Now tak sangka saya jadi ketua keluarga.

Jual kereta?? Tak mungkin kot sebab itu sentimental value antara saya dan arwah. Selagi boleh simpan, saya simpan. Dan saya yakin rezeki Allah itu luas. Anak2 saya dapat rezeki dari orang lain dan saya "envy" dgn orang lain itu. Saya juga perlu "keluarkan" walaupun sedikit.

Semasa cuti di Bandung aritu, sepupu beli baju, mereka pun nak. Baju tak "sedap" mata saya memandang.
And kalau beli 1 untuk Nabilah, kena beli untuk 2 lagi, Maisarah & Nabihah.
Saya "marah" mereka. Sampaikan saya suruh mereka STOP belek2 baju. Nampak mata mereka berair. Saya faham perasaan tu tapi .....

Bawa Imran pergi toilet. Dia ni walaupun baru 6 tahun, tahu malu. Nak bukak seluar kat dalam toilet. So ibu pun kena join masuk sama... emmmm!!!???

Sambil Imran "meneran" tu boleh dia meluahkan,

"Ibu, kenapa ibu bawak Imran masuk toilet perempuan. Kalau ayah ada mesti ayah bawak Imran pergi toilet lelaki. Imran malu la"

Si ibu yang kononnya hati dipaksa KERAS menjawab dengan keras jugak

"Imran berak senyap2 je la"

** Saya bukan manusia yang sempurna. Tapi saya akan buat yang terbaik untuk anak-anak saya. Saya hendak jadi contoh terbaik. Belajar dari kesilapan. Bukan cari kesilapan orang lain. Jangan ganggu hidup kami dan kemudian cari kesalahan kami.

Jika anda membenci saya, dipersilakan. Kutuk, fitnah dan berilah gelaran apa-apa kat saya. Itu hak anda. Saya tetap memaafkan anda. Tapi saya tak akan melupakan apa yang orang buat kat saya. Jika ARWAH MASIH HIDUP, dia malu dapat isteri macam saya.... agaknya ??? atau sebaliknya ???Yang pasti arwah suami saya akan melindungi saya.

Ada masa saya fikir kalau orang ugut saya, saya rela mati. Hidup ni memang dah KOSONG. Tapi kuatkan juga HATI, saya diperlukan untuk anak-anak saya.

Dan semakin kita KUAT, semakin banyak dugaan, gangguan yang mendatang.

Semoga Allah melindungi kami sekeluarga.


** Sorry, luahan di petang hari semalam.



Friday, 31 May 2013

Fly fly Bandung

Kami berada di Bandung. Bawa anak2 berjalan-jalan cuti sekolah. Dah lama rasanya takde outing family. Weekend pun selalu kami habiskan di rumah.


Rindu nak berblog semula. Rindu kat uols. Dgr2 ada yg dh bersalin etc....

Saya nak private kan blog teratak hami ini. Hanya utk kawan2 sahaja. Nnt saya send jemputan ye. Kalau ada yang sudi nak baca blog ini, boleh send request.

Antara alasan saya nak privatekan adalah dulu saya tulis blog, arwah tolong check ( sometimes dipaksa baca). Now takut2 saya melalut terover oppocottttt lak.

Sudi-sudi la jadi friends saya :-)

Monday, 22 April 2013

Aqiqah boys

10 Februari 2013 (Tahun Baru Cina)

Cerita dah basi but nak stori jugak. Sebab terasa penat lelah berbaloi.

Majlis ni dah lama dirancang oleh arwah, nak buat aqiqah untuk Imran dan Luqman. Jadi saya usahakan untuk merealisasikan impian arwah walaupun kecil-kecilan. Kami buat di rumah kami yang sudah lama ditinggalkan. Alhamdulillah, adik-beradik, sedara mara ramai menolong.

4 ekor kambing telah dikorbankan. 2 ekor untuk kambing panggang & 2 ekor untuk buat lauk. Semua katering.


Lauk yang dihidangkan.
(1) Nasi briani
(2) Ayam masak merah
(3) Kambing masak kuzi
(4) Acar ramapai
(5) Buah, papedom & Air

Itu sahaja kot. Masakannya memang marvellous. Ramai puji sedap. Alhamdulillah.

Saya jugak menjemput budak2 tahfiz & anak yatim untuk buat tahlil & bacaan Yassin. Seawal 11 pagi mereka telah sampai. Mereka bawa segala macam gendang & alat2 muzik. Saya terkejut. Mereka buat marhaban dan maulud sekali. 1st time saya dan beberapa orang dengar, kami terpegun. Memang boleh sampai meleleh airmata. Meriahnya rumah saya setelah beberapa bulan suram setelah kehilangan orang yang tersayang.















Rumah dah lama ditinggalkan. Malam tu kami bagai diserang nyamuk. Mana taknya, meriah dengan bunyi gendang2, yang bermarhaban sampai 3 orang guna mikrofon. Just imagine bergegar rumah sampai semua nyamuk keluar agaknya.


Petang bermaulud lagi. Ni keluarga dari Johor buat. Happy sangat sebab hampir semua keluarga besar arwah datang. Ada yang 1st time saya jumpa.








Wednesday, 17 April 2013

WW - Makhluk asing ???

Imran sedang mengagah Luqman dengan suara doraemonnya, tiba2 dia cakap

"Makhluk asing bergigi satu".


Saya terkejut. Dia maksudkan Luqman. Nasib baik Imran baru 6 tahun.

Luqman dah 9 bulan. Dah ada sebatang gigi kat bawah. Gigi atas baru nak keluar.





My kids, my everything !!!