Tuesday, 9 August 2016

Hadiah buku asas jahitan beg

Semalam saya dapat hadiah yang best sangat. Hadiah buku Seni Asas Jahitan Beg 2. Fresh from the oven sebab buku baru siap cetak. Owner sendiri, Pn Norwahidah yang beri tau.Yang buku 1 dh lama beli.



Macam mana boleh menang?

Peraduan apa?


Peraduan melalui FB ini masa bulan 4 lagi. Buku pun belum dicetak :)


Hari Sabtu pagi masa keluar peraduan ni. Orang tak ramai bukak FB lagi kot. Bila nampak peraduan ni, saya kenalah screenshot QR Code tu dulu. Then berlari ke rumah sepupu saya, rumah sebelah je. Hantar whatsapp QR Code ke handphone sepupu saya. Kebetulan handphone saya dah ada QR Code reader, so scan le guna handphone saya untuk baca QR Code yang telah dihantar ke handphone sepupu saya. Payah tak? Itu sahaja cara cepat yang saya terpikir. Tapi berbaloi sebab MENANG.

Yang berminat dengan buku ini. Boleh carik di kedai-kedai buku.

Harga
Sem. Msia = RM26
Sabah/Sarawak = RM29

tidak termasuk pos.


Monday, 8 August 2016

Hotel bajet di JB - Hotel De Angsana JB

Twins balik ke Melaka sebab dapat outing bermalam. Maisarah tak boleh balik sebab ada kelas tambahan. Hari Sabtu terpaksa le hantar twins balik ke STF semula. Singgah ke Yong Peng, rumah kak Milah (my cousin) sebab hantar ibu and busu.

Kami sampai STF lewat, dalam kul 4pm. Trus ambil Maisarah then check-in hotel. Hotel bajet, De Angsana, JB. Cukuplah setakat saya, Imran dan Luqman yang akan bermalam di situ. 1st time check-in hotel dengan kecik 2 orang tu. Saya ini penakut orangnya. Bawak Al-Quran :)

Lets review pasal hotel ni.



Hotel ni dah boleh nampak dari tepi jalan nak ke STF. Yang paling best, 40 saat je ke Jakel... hehe. Pantang dengar pasal kain!!!! Dekat jugak dengan Angsana Mall. Jalan kaki pun boleh. Surrounding pun happening jugak. Banyak kedai makan, butik etc. Petang tu sempat pergi Angsana. Lepas hantar anak-anak balik STF, stay dalam bilik je. Penakut :)

Bilik hotel bersih. Saya ambil bilik tengah (takde tingkap) Queen bed 1. Harga RM95 semalam. Ok lah kan?? Ada bilik yang lagi murah. Ada wifi and TV. Tuala mandi 2 helai, air mineral, bath form 2 juga disediakan. Cuma shower air kecik tapi ada air panas. Selesa la utk kami 3 beranak. Sebenarnya bagi saya, lagi kecik (janji murah), lagi bagus. Sebab penakutkan!!! Dan takde le Luqman merata semakkan bilik.

Breakfast kat Restoran Hijo. Sebelah je dari hotel. Hotel bajet so takyah le nak expect makanan banyak pilihan kan. Bagi saya, ada breakfast pun dah kira ok. Takyah le nak start enjin kereta. Ada mee goreng dan nasi lemak upon request. Sedap jugak nasi lemak tu.

Hari Ahad, by 10 pagi kami dah check out. Terus ke Yong Peng untuk ambil semula ibu dan busu. Lepas tu ikut my cousin pergi shopping kat Ayer Hitam. Unplanned dan terbeli karpet ... huk, huk... Takpe lah.... sangat puas hati dengan karpet tu.

Next time in shaa Allah boleh stay lagi kat Hotel De Angsana ni.

HOTEL DE ANGSANA
N0 41 & 43 ,Jalan Padi Emas 1/3,
Pusat Bandar Tampoi,
81200 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.
 Tel : 07-2314422



Tuesday, 4 November 2014

Teratak Hami is back

Terima kasih kerana sudi hadirkan diri di Teratak Hami.

Alhamdulillah setelah berbulan-bulan blog ini bersawang ........ I'M BACK.

 Nak citer apa ek?? hehe...

Saje nak update stori pasal keluarga HAMI.  Dulu pernah aktif berblog.

Arwah ayah - 14/10/2014 Genap 2 tahun arwah ayah meninggalkan ibu dan anak-anak. Hidup mesti diteruskan.

Ibu - masih bekerja, menjaga 5 orang my cutie pie, pumpkins dan dalam masa yang sama menjahit.

Maisarah - dah form 1. Dok asrama jauh nun di JB.

Kembar Nabihah & Nabilah - dorang dah darjah 5. Kuat makan, makan, makan. Kakak2 yang selalu kena berleter dengan ibu dan nenek. Peminat setia Running Man.

Imran - boboi ni dah darjah 1. Suka tengok TV dan main basikal. Kulit gelap.... apa Imran kisahkan?? Kami yang over kisah.

Luqman - boboi ni dah 2 tahun. Tengah sedap melayan budak kecik ni. Comel, comel, comel


Nanti citer lagi.

Monday, 16 December 2013

Bisnes terbaru saya ♥

Bisnes saya ada kaitan dengan hobi saya, MENJAHIT. Now kan cuti sekolah, banyak masa free, so saya pun start ler "enjin" menjahit bag kecik. Tengok kain, geram jer ... trus la menggunting. Bawak pegi ofis bag yang dah dijahit, kengkawan berkenan. Jual murah2 jer.

*Pattern ni belajar dr Mr Google. Adjust size shj.





Nak share camne saya boleh minat menjahit ni.

Dulu masa form 1, kat sekolah ada subjek Sains Rumahtangga (SRT). Kelas memasak dan menjahit. Selang seminggu rasanya,  Week1: Menjahit, Week2: Memasak, Week3: Menjahit .....

Bab2 memasak memang saya FAIL, tak minat. Dapat pulak partner yang memang minat dan terror memasak. So saya amek part kecik jer, sediakan bahan, bersihkan meja memasak etc. Cikgu pun dah paham. Orang sibuk memasak, cikgu panggil saya bersihkan stor. Syukur masa SRP (now PMR - betapa tuanya diriku), saya dpt A untuk SRT. Teori memasak saya bagus dan masa praktikal memasak pun sedap masakan saya. Ingat lagi masak lemak ayam, siap letak daun kunyit bagai.

Bila kelas menjahit, saya suker !!! Maybe skill menjahit saya start di sekolah la. Cuma menjahit ni perlukan kesabaran. Tu pasal walaupun minat camner skali pun, susah betul saya nak siapkan projek. Last2 cikgu yang tolong siapkan projek Housecoat... hehe.

Jahit baju ??? Emm... penah try tapi berbulan-bulan nak siapkan. Bila dah siap, tak sedap nak memakainya. So saya prefer buat projek buat beg atau projek kecik2 jer.

Ramai orang order .. alhamdulillah. Tp bila siap tu takde jaminan. Depends bila saya free, saya jahit. (paling lambat seminggu)

Ada idea bisnes lain tak?

Thursday, 12 December 2013

SBP --- Alhamdulillah. Srikandi in the making ♥

Alhamdulillah... syukur yang tak terhingga sebab anak sulung saya dapat tawaran ke Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (STF). Berita gembira buat kami sekeluarga. Terhapus segala kesedihan saya selama ini. Proud of you Maisarah. Anak yatim memang MURAH REZEKI.

* Dari result keluar sampai tarikh akhir permohonan SBP tutup (seminggu), saya banyak buat solat hajat dan solat istikharah. Minta petunjuk dan dipermudahkan segalanya. Taknak anak saya "tercampak" jauh mcm di Langkawi or belah2 utara sana.




Tingkatan 1 dah masuk asrama. Saya ada reasons kenapa nak masukkan dia asrama. Masa nak apply, tanye dia betul-betul, boleh ke kakak duduk asrama?

She replied, "Kakak kan dah biasa duduk asrama. Ayah kan selalu hantar kakak kursus, kem motivasi sampai jauh-jauh" 

Dia ingat jasa ayah dia. Arwah memang suka hantar anak-anak pergi kem motivasi cuti sekolah. Antaranya MOKHDAR, Kursus motivasi Aliran Pelajar by Dr Tengku Asmadi, kursus by Ustaz Zahazan. Walaupun kami dah pindah ke Melaka, arwah sanggup ambil cuti untuk hantar kakak ke Hulu Selangor. Semua tu kenangan sebab saya tak mampu buat begitu dari segi kewangan. InsyaAllah satu hari nanti.

Tapi tengoklah nanti macam mana Maisarah's life di asrama. Jangan melalak tarik2 kain ibu sudah ler !!!

Anak yatim memang MURAH REZEKI... saya dapat rasakan walaupun saya hanya "ibu yatim". Ramai happy for her. Awal-awal dah dapat sumbangan. Nenek dah beri RM500. Alang girl nak sponser toilettries dan stationery (utk setahun pls !! hehe). Ada jugak yang nak sponser TIKET FLIGHT sebab kakak tu ingat kami masih tinggal di Sungai Buloh. Anak dia pun di STF, form 2, so setiap kali balik cuti, dia nak beli 2 tiket flight untuk Maisarah jugak... SubhanaAllah. Mulianya hati mereka2 di sekeliling saya.

Terima kasih Allah, terima kasih semua.