Tuesday, 28 October 2008

Upin & Ipin

Pernah menonton cerita animasi Upin & Ipin at TV9? Actually aku pun tak pernah menonton animasi tu. Anak-anak conquer TV, so selalunya Disney Channel yang they all tengok.

Aku baru tahu yang animasi tu diterbitkan oleh company sepupu aku (Abg Burhan & Kak Ainon - sepupu aku ), Les Coupaque. They all setup Les Coupaque for their daughter yang baru graduate, ambil course yg ada kaitan dengan penerbitan..... alahai, bertuahnya badan!! Walaupun they all kaya, tapi aku tengok very humble and dengar2 rajin juga bersedekah. Alhamdulillah, kesenangan yang Allah berikan, dikongsi bersama dengan yang memerlukan.

So, pada hari Sabtu, parents aku datang sebab nak pergi open house di Les Copaque. Aku & Kak Yaty sekeluarga pun join sama. Tapi before ke sana, aku buat "homework" dulu. Surf internet untuk tengok cerita Upin & Ipin. Makanannya sedap. Ibu kata nasi beriani "kureng", nasi lembik, tapi bagi aku sedap sahaja. Sampaikan babah bersuara " Adik...... apa yang tak sedap". Hai .... terkena perli!!!

Zaiton Sameon pun hadir dengan baju kebaya warna pink. Baru teringat nostalgia 80an ..... Zaiton Sameon salam & cium tangan ibu ku. Rugi pulak tak ambil gambar sebab aku sibuk melayan makanan. Selain dari studio Les Copaque kat area tu, ada restoran Geng Corner (tempat diadakan open house) and WOG (kedai souvenier Upin & Ipin). My kids sempat shopping, habiskan duit datuk kat WOG. Aku sekeluarga meninggalkan majlis around 2pm for next agenda.

No comments: