Hari Ahad kami sekeluarga dan family Abang Kamal pergi menuju ke Genting Highlands. Actually tujuan kami nak camping di Serendah tapi di Serendah kami dapat booked untuk 1 hari sahaja, so untuk penuhkan cuti, kami pergilah ke Genting Highlands. Aku memang tak berminat nak ke Genting, sebab kalau ke sana, mesti terpikir tempat perhabiskan duit .... hehehe. Anak-anak suka sebab selama ni they all asyik tengok Genting dari jalan belakang kawasan taman kami, Genting bercahaya, so nampak cantik je atas bukit tu.
Kami stay di Amber Court. Memang "horror" apartment ini. Last minute booking! Dari luar macam tak terjaga dengan dinding yang berlumut. Sekeliling sentiasa berkabus dan sejuk. Apartment besar with 3 rooms. On the same day, adik dan mak abang Kamal pun ke Genting, so kami ajak stay at our apartment walaupun they all dah booked apartment lain. Kids bila dah berjumpa, all the times buat bising, bermain, borak etc ..
Dalam pukul 5pm, kami menuju ke tempat permainan. Main indoor sahaja coz di luar hujan dan berkabus tebal. Apa lagi, ambil family package dan melayan anak-anak bermain. Kami berpisah dengan keluarga abang Kamal. They all plan nak tengok show, ticket for adult sahaja RM70, over the budget so we just enjoy main di indoor sahaja. Ramai orang tapi tak perlu beratur berjam-jam untuk main permainan. Malam CNY so ada family yang "makan besar" di Genting.
Ayah and kids. See my boboy Imran, dah pandai buat "peace". Cute sahaja bila tak buat perangai ... ahaks! Terasa macam di Paris! Maisarah try to spoil the picture.
Ibu tak sempat nak join main banyak permainan. Imran dah tertidur from 7:15pm ~ 9:00pm. Lama sungguh walaupun di sekeliling bising dan di atas pula roller coaster yang sentiasa bergerak laju dan orang-orang dalam tu asyik menjerit sahaja. So setiap kali roller coaster lalu, ibu kenalah tutup telinga Imran, takut dia terkejut dan terjaga. Balik apartment, semua kelaparan dan cari makanan. Masa bermain tak ingat nak makan.
No comments:
Post a Comment