"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Wednesday, 4 February 2009
Aku dah kerja semula.
Hari ni dah start kerja semula lepas 11 hari bercuti. Suka ke? Benci ke? Emm ... dua-dua ADA. Tapi of course suka duk rumah.
Sepanjang duk rumah aku byk buat kerja "outside". Berjalan-jalan ngan family, pergi service kereta, pergi pos barang, pergi window shopping, pergi sana sini. Rasanya baru semalam aku betul-betul duk rumah and mengemas tingkat 2 rumah aku tu. Buang unwanted things, alih sana sini and mop. Mop dah lama beli tapi baru semlm merasmikan. Tingkat 1 tiap-tiap hari bibik kemaskan, so takde la "semak" macam kat tingkat 2.
Semalam aku buat goreng cekodok untuk breakfast anak-anak aku. Selalu sangat makan roti, sampai naik jemu so tukar menu. Sedap sangat cekodok aku buat tu sampai today pun anak aku request ... hehehe. Today ibu dah kerja, so menu biasa, roti bakar ...
Sepanjang cuti ada juga "sekodeng" kerja lain. Kot-kot boleh dapat kerja yang aku minat atau kerja yang boleh buat dari rumah. Dah malas rasanya nak kerja makan gaji ni. Tapi nak ditinggalkan, sayang pula!! Ramai juga "pakar-pakar motivasi" yang tak bertauliah nasihatkan aku, selagi ada kerja, kerja je kata mereka. Sekarang semua nak guna duit termasuk lah bila nak masuk toilet. InsyaAllah kalau ada rezeki anak nak futher study ke, apa ke, adalah juga duit nak digunakan.
Laki aku kata, boss Jepun dia punya wife, Jepun juga jeles tengok aku bekerja. Kenapa ye? Musykil pulak aku.
Labels:
Ibu's Stories
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment