Imran dah 3 tahun 4 bulan. Rasanya masa yang sesuai train dia tak pakai diapers. Imran pun dah pandai cakap / terlebih-lebih cakap.
Hari Sabtu start tak pakaikan Imran diapers. Pada mulanya dia jalan terkengkang-kengkang dan asyik pegang "anu" dia sahaja ... hehe. Lama-lama tengok dah ok. Tapi dia terkencing sedikit di luar rumah. Sempat practise 1/2 day sahaja coz kami nak keluar outing. Tak pasal-pasal terkencing dalam kereta pulak. Bila pakaikan semula diapers, dia bertanya "Kenapa ibu pakaikan Imran pampers pulak?"
Hari Ahad bersambung. Kali ni ada masa yang aku kena ajak dia pergi toilet. Selama ni anak perempuan sahaja, dapat anak lelaki, tu dia..... susah nak kencing. Jenuh cakap Shhhh.....shhh..... dia pun ikut sama tapi tak terkeluar jugak. Aku siap jentik-jentik "anu" dia. After 5 mins, atlast keluar jugak. Tu pun macam "malu-malu".
Aku sentiasa ajak Imran pergi toilet sampai ayah tegur, "patut-patut le kalau nak suruh anak kencing pun". Ni tak sampai 1 jam dah ajak pergi toilet semula.
Next week bersambung semula, InsyaAllah ..
No comments:
Post a Comment