Tuesday, 8 June 2010

Gossips Jer

(Ditulis pada 2-June)

Gossips between Kak Emy and Kak Yus yang lebih kurang camni la.

"Nampak twins antara yang keluar paling awal after habis waktu sekolah. Antara ramai-ramai budak sekolah, they all paling awal. Then BAGUS sebab takde singgah beli apa-apa macam budak lain"

Kak Emy komen, "Entah-entah ibu dia (aku ler tu) tak beri duit sekolah".

Ishh... gossips jer tau!!!

Berapa duit sekolah yang "sesuai" untuk budak sekolah zaman sekarang?

Aku beri setiap anak-anak RM2 sehari (sek pagi & sek petang).... Kedekut?? Memang dah cukup. Sarapan and lunch di rumah & rumah babysitter. Mula-mula memang they all komplen, sekarang dah biasa.

Ada "musim" they all tengah galak mengumpul duit sampaikan aku paksa they all berbelanja di sekolah. Tapi jangan sampai aku nampak beli eraser, toys yang sememangnya tak diperlukan. Mahu kena sessi soal jawab. Tapi kami tetap belikan if kekadang ada promosi di sekolah macam promosi coloring book RM10.

Ada sekali tu Nabihah beli setangkai bunga RM1. Katanya nak letak dalam bilik dia. Aku marah (sikit la) sebab dia sanggup tak makan. Bukan apa, bunga kat rumah sampai berhabuk, tunggu masa jer nak dibuang, takde pulak dia berhajat nak ambil setangkai and letak kat bilik.

RM2 Cukup kan ??!!!!

No comments: