Monday, 26 July 2010

Tazkirah pagi

Kematian

Pagi ini ada dengar tazkirah di Radio IKIM. Setiap pagi ada and ulangan after maghrib.
Today cerita pasal kematian. Tak tahu pulak nama ustaz pagi ini.

Antara part yang aku suka.

Hargailah kehidupan ini kerana setiap detik sangat berharga. Jangan terlalu mengejar dunia
sehingga lupa akan akhirat yang kekal selamanya.

Berapakah nilai 1 tahun?
Tanyalah seorang pelajar yang gagal pada peperiksaan akhir tahun setelah belajar setahun

Berapakah nilai 1 bulan?
Tanyalah seorang ibu yang baru melahirkan seorang anak.

Berapakah nilai 1 minggu?
Tanyalah seorang yang bekerja sebagai editor.

Berapakah nilai 1 hari?
Tanyalah seorang buruh kasar yang kena menyara 6 orang anak.

Berapakah nilai 1 jam?
Tanyalah seorang kekasih yang sedang menunggu buah hatinya.

Berapakah nilai 1 minit?
Tanyalah seorang yang terselamat dari kemalangan.

Berapakah nilai 1 saat?
Tanyalah seorang yang tertinggal keretapi.

Berapakah nilai 1 mili saat?
Tanyalah seorang pelari pecut di Sukan Olimpik.

Berapakah nilai 1 kehidupan?
Tanyalah seorang yang telah tertanam 6 kaki di dalam tanah.

No comments: