25-9-2010
Hubby bersama Adik Muhammad. Pertemuan di open house rumah Abang Didin (Dr Hj Fakhruddin) di Kota Warisan. Hubby pada mulanya malu nak bergambar with the reason "Terasa diri ini kecil sangat". Aku paksa juga !!
Siapa Adik Muhammad? Can get the info from here.
"Terasa diri ini kecil sangat" bukan bermaksud THE SAIZ ye :-)
Untuk Abg Didin & wife, Atie ... mulia sungguh hati tuan rumah. Open house bukan setakat kawan-kawan, jiran-jiran, sedara-mara yang dijemput hadir tetapi juga pelajar-pelajar tahfiz dan anak-anak yatim. Murah rezeki mereka.
Selepas itu kami pergi ke Kursus Haji Perdana di masjid Shah Alam. Program start dari pukul 2pm (Sabtu) hingga 11:30am (Ahad). Aktiviti penuh dengan praktikal haji and pihak TH bina replika Kaabah for tawaf, laluan di luar masjid for Saei (Safa & Marwah), replika 3 Jamrah and kawasan Arafah (for wukuf), Muzdalifah and Mina. Also ada praktikal kutip batu di Muzdalifah. Penat!!! walaupun ada praktikal yg kami tak buat full macam Saei sepatutnya 7 kali pusingan tapi kami buat 3 kali sahaja, ==> ikut arahan guru bimbingan untuk pendekkan masa.
Kami bermalam di Masjid Shah Alam beramai-ramai. Beralaskan tikar getah yang disponser oleh PZS. Mandi at 2:30am sebab sentiasa full house. At 4am, start qiamullail and the aktiviti berterusan sampai pukul 11:30am. Dengan kursus ini dah boleh dapat sedikit sebanyak gambaran untuk ke sana especially masa tidur & mandi. Dalam kepala ni kena sentiasa beringat, tujuan pergi untuk beribadat bukan untuk bercuti.
No comments:
Post a Comment