Sunday, 23 January 2011

I'm Back

Maaf kepada Teratakhami kesayanganku ini kerana dah lama biarkan ia bersawang.....

Kami sekeluarga dah berpindah ke Melaka, kampung asal aku. Ini sebab mengikut hubby. Company hubby buka kilang di Alor Gajah. Semenjak balik dari Haji, kami anak-beranak asyik stay kat Melaka coz sibuk cari rumah sewa. Hampir seminggu cari rumah sewa di area Alor Gajah, akhirnya kami buat keputusan tinggal di Bukit Beruang, kampung kelahiran aku. Mana taknya, hubby nak tempat tinggal di Melaka sama macam kat Saujana Utama, everything dalam satu taman. Sekolah Keb, Kafa, masjid/surau dekat, ada tempat mengaji anak, tuition ada (even anak kami tak start pun tuition lagi) etc. Hubby beri sahaja spec yang dia nak, aku as surirumah "bergaji" kenalah "merayau" cari rumah sewa.

Kami dah pindah ke Melaka dari 2/1/2011 tapi masih belum ada internet. Tu pasal aku tak "Connected". Actually busy kemas rumah and baru Jumaat lepas aku habis kemas rumah, tu pun sebab hubby nak balik from outstation. Pengsan kalau dia tengok rumah tak berkemas lagi. Bilik ada 3 sahaja so bilik terakhir aku kemas ialah bilik yang dijadikan tempat simpan all things yang diangkut keluar dari lori. Bilik itu nak dijadikan study room@computer room, bilik sembahyang and as stor. Barang memang banyak.... buku2 dari zaman study kat Jepun, baju2 dari anak no1 masih baby ... Masa pindah kami upah indon angkut barang, so segala-galanya dorang masukkan dalam lori sebab kami tak sempat berkemas. And just imagine, barang-barang dari rumah 2 tingkat, 5 bilik, 2 kitchen cabinet, 2 stor nak dipindahkan ke rumah sewa 1 tingkat, 3 bilik, tiada kitchen cabinet and tiada stor. Kami keluarkan barang yang mana perlu/ nak guna sahaja. Rumah di SU banyak ruang untuk disumbat segala barang tapi rumah sewa ni, banyak barang yang kami terpaksa buang, sedekah and the rest tumpang simpan dalam stor rumah ibu.

Nanti sambung tulis tentang our life di Melaka...

4 comments:

MisY said...

kenapa tak cakap?

sy tau ada satu rumah sewa kat alor gajah, dekat rumah maklang sy di paya rumput. kalau tak silap, tmn paya rumput indah ke permai, lebih kurang gitulah.

rumah dble story, corner lot lagi. ari tu pak lang sy tanya, "kalau ada sesape nak sewa atau beli, bagitau lerrr.."

Teratak Hami said...

Yanti,

Saya dah survey sampai ke Paya Rumput. Rumah kosong memang banyak tapi semua takde iklan SEWA...

Takde rezeki ler nampaknya. Kalau nak suruh pindah lagi, memang le tak sanggup!!!

MisY said...

itulah... awak berat mulut, tak nak bertanya. kalau awak tanya ari tu, insyaAllah ada rezeki awak.

dari paya rumput ke alor gajah, 15 minit jer.

oklah, take care

Teratak Hami said...

Yanty,

Saya dah tanya ramai orang termasuk jiran2 rumah kosong sekitar Alor Gajah. Maybe terlupa nak tanya awak... hehehe.