Monday, 5 September 2011

Open House

Dari awal tahun dah "tanam" azam, RAYA this year kena jugak naik ISTANA MELAKA. Istana Melaka terletak atas bukit, berdepan jer dengan rumah sewa kami ni. Istana tempat tinggal Tuan Yg Terutama (TYT Melaka).

This year pulak open house TYT & Ketua Menteri dibuat serentak di MITC Melaka. Anak2 nak pergi termasuk le maknya ... beratur, jgn tak beratur !!!

Rombongan Cik Kiah dengan semangat beraya. Semua orang 1st time gie open house TYT & CM.

Beratur panjang di luar dewan yang panas. Sesak !!! Di depan kami keluarga Melayu, kiri - Cina, kanan - India. Yang kiri & kanan dok nak potong Q jer... Panas sungguh hati ku. Tunggu le raya korang. My Kak Long terpaksa dukung Ikhwan. Last2 kami dapat ke depan sebab bawa kanak-kanak.

Dah masuk ke dewan. Di sebelah kanan, barisan utk TYT. Sebelah kiri, barisan untuk CM & anak-anaknya. Kami beratur di sebelah TYT, tanpa pengetahuan. Dah dekat baru nampak.

Muka masing2 dah sememeh. Lagi sikit jer lagi nak sampai ke TYT.

Imran salam TYT sambil cium tangan. ME too !!! Ha?? Why? Why? Why? Spontan sampaikan Mdm Principal pun cium tangan TYT. Dia kata, "Tengok adik Piza cium tangan ??!!" Assistant TYT kat belakang pass duit raya pada Imran. ME pun hulur tangan but dia beri kat Nabilah, di belakang saya. Saya pun bertanya, "Saya takde ke?" .... Malu yang amat, tapi macam mana masa tu takde malu2 pun?? Dia jawab, "Untuk KANAK-KANAK sahaja".

Makanan memang banyak & berbagai-bagai. Disediakan gerai2 dengan juadah yang berbeza-beza. Tak kena Q panjang. Masing-masing dah kenyang with Nasi Impit, rendang, kuah kacang masa beraya di rumah, so makan pun skit jer.

Kami berkata sesama sendiri, "Ini yang pertama & mungkin TERAKHIR" ...... sebab tak dapat duit raya ??? hehehe.

5 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

SEMANGATnyer akak gi
ai cukup malas kalo kena Q panjang giler...mkn pow kena berasak2 sebab itew x pernah gi open house MB or pihak istana....eksen ekkk

Teratak Hami said...

Ayu, mencari pengalaman + anak2 ajak pergi. Masa beratur jer Q panjang. Nak ambil makanan ok jer.

rasp said...

skali skala leh le gi utk amik feel kan hehehehe...
tapi kalo akak ler...
dpt gi skali dah ler hehehehe...
malas nak bersesak2 & q ....

ashra said...

hehe.rajinnya akak bawa anak2.
teringin gak nak pergi,tapi nampaknye belum kesampaian.mmg kena redah lautan manusia nak makan ni kan.hehe

tapi sure happening..

Teratak Hami said...

rasp,
maybe ni last kot. Tapi kalau pikir pasal enjoy makan, boleh jer nak pergi lagi.

ashra,
Kami sebenarnya target nak pergi Istana Melaka.