Tuesday, 25 October 2011

Perigi dan Rumah

Entry yang sebelum ni kami pergi ke Taman Seribu Bunga. Lepas lunch berdekatan dengan Masjid Al-Alami, MITC, kami pergi ke Perigi Hang Tuah pulak. Plan yang tiba2 setelah perut dah kenyang !!!

Perigi Hang Tuah ni terletak di Kampung Duyong, tempat asal Hang Tuah, pahlawan zaman dahulu. Air di perigi ini sangat jernih dan of course sejuklah, dah nama pun air perigi kan.
Air perigi ni pun dikatakan tak pernah kering walaupun pada musim kemarau dan boleh mengubati penyakit. Yang pasal ubat2 penyakit ni takmo le percaya, Khurafat, dan nanti ramai pulak doktor takle carik makan :0 .... kedai di tepi2 perigi tu ada jual botol Coke, Pepsi etc yang kosong, dijual dengan harga sebotol 50 sen, kot2 ada yang nak bawak balik air dari perigi Hang Tuah. Apa tujuan? Hanya yang bertujuan sahaja yang tahu :-)

Kalau datang Melaka, singgahlah ke sini. Kalau pergi ke Bukit Cina, berderet2 bas pelancong warga China pergi ke Perigi Hang Li Poh walaupun jalan kat situ sempit sangat. Pergi melawat perigi nenek moyang mereka !!! Kita pun ada Perigi Hang Tuah .... jadik, sila datang !!
Berdekatan dengan Perigi Hang Tuah ada Rumah Tradisional Melayu Melaka. Very nice, sangat menarik. Ni actually rumah orang yang dah dipromosikan untuk pelancongan.
Masuk kena bayar RM1 seorang. "Yang tak bersekolah, tak payah bayar", kata budak yang jaga kaunter tu. "Makcik tak sekolah lagi, masuk FREE jugak la" ... tersengih budak tu. Imran sahaja FREE.
Ada banyak barang-barang antik. Telefon, radio, seterika, baju, katil sampaikan ke peralatan dapur.

Saya pernah merasa rumah berdapurkan gini. Tertonggeng-tonggeng ku lihat arwah nenek tiup bara untuk hidupkan api. Dulu arwah nenek gunakan corong besi untuk meniup. Corong besi ala-ala batang paip.
Kita boleh jugak tengok design rumah zaman dulu-dulu. Loteng pun ada. Gayat nak memanjat sampai atas. Di atas loteng ada sebuah katil. Privacy !!!
Mata the kids "terpaku" pada permainan congkak. Kami lepak lama di sini sebab sibuk main congkak. Rasa terlebih berbaloi dengan bayaran RM 1 itu !!! Nasib baik Imran nak terberxx ... kalau tidak, lama lagi ler kami di sini. Dah macam rumah sendiri pulak. Buka tingkap kayu, buka kipas & main congkak.
Saya leka mempelajari beberapa "words" yang ada di rumah tradisional ini. Words ni ada pada rumah dulu2 jer ..... eh rumah sekarang ada jugak ke? Words seperti, Serambi, Tiang Seri Rumah Ibu, Belebas Dinding, Tunjuk Langit etc ....tambahkan ILMU SEJARAH di sini ... hehe

Sebelum balik, jangan lupa ketuk GONG untuk suka2
Dan SIGN BUKU PELAWAT ye :-)

12 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

main congkak rindunyerrrrrrrrrrrr
lama dah x main since dah kawen
dulu masa moda remaja bulan posa wajib main ngeeeee....mesti adam tataw apa menatang ni....

sekadar satu coretan said...

saya tahun lepas bwk anak2 gi tempat bersejarah mcm tu...semua tempat pergi la kat situ..

w/pun kampung kite kat melaka jugak tapi bukan selalu dpt jln2 mcm ni...

ashra said...

hehe.tau2.
kg duyung tu kampung makcik saya (kakak emak).kekadang ada gak kitaorang singgah lawat makcik..

Qhaifa Nur said...

area gombak ni dulu2 adalah rumah lama umur lebih 100 tahun (rumah pak ali), banyak barangan lama so sekarang dah terbakar...

Asmara said...

sugoi kak hami promote melaka. hihi.. dekat ngan rumah je nih. :D

Teratak Hami said...

Ayu,
Akak pun baru tahu keseronakkan main congkak :-)

Azam,
Next time datang Melaka singgahlah ke sini. Asyik2 gi bangunan merah je kan ..

ainnoraini,
Akak pun selalu lalu kat perigi ni tapi tak pernah menyinggah pun. Kali ni "sempatkan" diri.

ashra,
Dtg Melaka nanti sila contact akak ye ... dah dekat dah dgn rumah akak.

Teratak Hami said...

Qhaifa Nur,
Sayangnya dah terbakar.

Asmara,
Rumah awak kat mana? Kebetulan dah dok Melaka, jalan2 Melaka jadik tolong ler promote skali. Kalau dok kat US .... entah biler le agaknya kan?? hehe

Ijah EmoTemo said...

hee best jgk pergi tmpt2 mcm gini. :)

che mid said...

Salam, nampak dapur kayu tu.. teringat dulu-dulu.. che mid sempat guna dapur tu sebelum ada dapur minyak tanah..

Unknown said...

lia penah pegi sini sekali ke kak,s'pjg 6 tahun dok kat melaka dulu...jadi lah kan....

x ambik juga air2 perigi ni....

Rawiwa said...

perigi tu tak berpagar ehhhh.... tak dalam ker tu?

Unknown said...

beberapa kali g Melaka...x tahu lak ado perigi Hang Tuah ni...huhu