"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Wednesday, 30 November 2011
Bahasa yang korang tahu
Berapa bahasa yang korang tahu ek? Bahasa Melayu dan English dah semestilah kan walaupun macam English saya yang ala-ala Manglish ni :-)
Nak eksen dengan korang sebab saya "pandai" Bahasa Tamil.
Alkisah, owner tadika (Indian) selalu bawa maid dia tolong saya di tadika. Maid tu dari India, cakap English tak tahu tapi pandai cakap Arab. Pelik bin Ajaib kan. Sebab dulu dia kerja di Arab. Dalam tak tahu English, rajin pulak berborak dengan saya. Saya pun layan. Borak dalam Tamil (dia) + English (saya).
Bila saya tak faham, beriya-iya dia terangkan .... Poony, Poony, Waivu, Waivu .... dan akhirnya saya dah tahu asal-usul dia, keluarga dia etc ..... Dah kawin, suami suka minum todi tapi dah mati. Ada 2 orang anak. Anak 1st perempuan dah kahwin. Ada 2 orang cucu. Cucu pertama mati sebab terlemas dalam besen kecil jekkk .... blah, blah, blah .... Panjang lagik cerita sedih dia :(
Amacam, boleh jadik translator tak?
Hehehe .... korang pun pandai Tamil / Hindustan jugakkan? Kalau tak, takkan boleh menangis tengok cerita Tamil/ Hindustan walaupun takde subtitle :-)
Still tak habis2 dengan anak2 Melayu yang pergi sekolah Cina. Memang kekadang terlopong mulut dengar adik-beradik pot pet pot pet dalam Chinese. Ada yang pandai cakap Tamil ?? Ada seorang blogger yang sekolah Tamil, sure pandai cakap Tamil ....
Tu belum lagi yang anak2 Melayu speaking London. Sure ada yang jeles dengar. Budak kecil speaking London nampak macam cute jer bagi saya. Tapi pernah terdengar someone berkata, "Alah, takde apa sangat kalau anak dia speaking (English), anak kita lagi terror, pandai speaking & cakap Melayu lagik" ..... unsur2 jeles le tu !!!
Saya pun takmo kalah. Saya "pandai" Tamil tau !!!
Bangga kejap faham Tamil even owner tu pun tak faham sangat Tamil yang maid tu gunakan :-)
***
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment