Thursday, 1 March 2012

Hargailah ISTERI anda.

Tergelak baca artikel ni. Belum habis baca tapi dah tahu "ada something wrong somewhere". Jom baca :-)

Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja??

Rutin seharian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!

Hargailah seorang isteri. Kerana pengorbanannya tidak terkira...

17 comments:

sekadar satu coretan said...

mesti la halimah yang byk buat kerjakan...

apa suami tu ingat jadi surirumah tak byk keje kee...

Qhaifa Nur said...

isteri yang lebih kerja dari suami..

bila fikir suami penat di opis tak kisahlah kan....tiada lain yg kita pinta hanya hargai pengorbanan isteri..itu sudah buat kita bahagia

nazayiena said...

Memang betul wlpn istilah isteri x kerja dan hanya surirumah sepenuh masa tp mereka melakukan kerja dr awal pg hingga ke lewat mlm dan lg mereka nie bekerja yg x dibayar gaji....

Unknown said...

saya surirumah tangga... :) tugas saya sama mcm halimah..

syukur alhamdulillah suami saya sgt2 menghargai saya... :)

mmg byk keje suri rumah kan kak..dr pagi smpi ke mlm..kdg2 dah tido pun masih perlu pantau anak2.

Fazleyatul Aini said...

kalau saya kawen, saya pon bercadang nak jadi suri rumah je
hihihi *gatai nak menikah namanya*

rasp said...

nak LIKE empatratusempatpuluhempat kali :D

* sis, today 1 march i dah post your hadiah...hopefully trima dlm keadaan yg intact lah :) sorry lewat...

Chekgu Azrine said...

ada baca kat fb.. mmg menarik dialog nih.. bagi pengajaran sikit kat sang suami erk.. hehehe

Teratak Hami said...

Mamamya,
Akak pernah merasa juga selama setahun++ jadik surirumah. Mmg lotih :-)

Lya Colours,
Cepatlah kawen, nak mkn nasi minyak ni.

sis rasp,
tak sabau !!!

Mek Rose said...

huhuhu mmg penat kan kak...rasa tak cukup masa..balik keje uruskan rumah plak then kdg2 kul 1 lom tido

suami mmg patut hargai kita huhuhu

NzA said...

itulh trkdg org trlepas pndang....sdgkan si isteri brtukus lumus menyiapkan segalanya......kesiankan.

anumuchan said...

kerja surirumah lagi penat kan..
macam2 kerja kena buat..huhuu
lagi2 kalau dah ada anak
kalau mcm saya ni belum betul2 terasa letihnya.hehee

Unknown said...

Salam dear,

Mmg tabik spring pada surirumah!

Salam kenal :)

Hanis MY said...

pengorbanan seorang isteri memang tiada bandingnya...

kasihredha said...

betul...SETUJU

wahida said...

ya Allah!! betul sesgt...

kengkadang saya rasa Sabtu Ahad cuti pun tak rasa mcm cuti..sbb byk betul keje rumah nak dibuat...

mcm mana lah yg mmg fully housewife tu kan...

Unknown said...

bahaya nye aksi dalam gmbr tuh...huhu

Zurina Hj.Zainal said...

setuju sgt!