Friday, 13 April 2012

Detector yang menyusahkan

Detector? Betul ke word ni? Alah benda yang ada kat pakaian yang jual kat Jusco tu. Saya panggil detector jelah ye ... Benda tu telah "menyusahkan" hidup kami. Sampai bertekak laki bini ... hehehe. Alkisahnya hubby nak kena outstation. Perlukan kot, shirt, seluar etc. Serba-serbi nak baru la sebab ada "orang" sponser.... aku la tu !!! So kami shoppinglah ke Jusco. Pergi Rabu malam at 9pm. Alah, Jusco belakang rumah jerk. Dan kalau lelaki "shopping", sila ambil tahu yang mereka ini lagi "giler" dari pompuan. Jusco hampir tutup, baru nak bayar. After balik rumah tengok detector kat seluar still ada lagik. Macam mana? Jusco dah tutup. Esok pepagi pulak nak pakai seluar tu. Badan hubby dah "berisi", so seluar lama dah ketat. Selama ni pergi kerja pun pakai uniform, so dah lama tak beli seluar. Dan kerana tak sabar, hubby ambil tukul, try nak leraikan detector tu. Hasilnya, detector tu tak tercabut tapi seluar dah berlubang-lubang. Saya called customer service (nasib baik ada yg menjawab) dan esoknya dorang suruh datang tukar baru. Dapat ganti seluar baru tapi dalam masa yang sama rasa kesian pulak kat cashier tu. Maybe dia dapat warning letter & kena bayar harga seluar tu. ** Uols rasa menyusahkan tak detector tu?

No comments: