Semalam ambil buku rekod kemajuan anak. Alhamdulillah, semua anak2 ok walaupun TAK CEMERLANG .. hehe. Maisarah banyak IMRPOVE. Klu tidak, dia blurrrr jek :-)
The twins jauh beza nombor dalam kelas. Tapi dah faham PEEL dorang dah. Now masing-masing dah AIM untuk final year. Masing2 nak dapat GOOD RESULT supaya boleh pergi SPA.
SPA? Si ibu punye idea la ni .... si ibu nak gie SPA tapi takde geng. Ajak anak-anak TAPI dengan syarat, final result kena GOOD.
Ok, ok sebenarnya nak cerita. Semalam ambil result, saya dengan gagahnya naik tingkat 4. Ambil result twins la. Perh ... ramai orang kesian tapi dorang takle nak tolongkan. Turun tingkat 4, naik pulak tingkat 3, bangunan lain. Rasa nak terkucil anak yang dikandung tau !!!
Lepas tu terpikir, apasal le tak suruh laki ku sahaja yang pergi ??? hehehe .... Nampak orang lain suami isteri datang. Part2 gi sekolah/ pasal anak mmg saya suker buat. Lagipun suami saya kerja kat Alor Gajah dan dia sentiasa sibuk. Tak berbaloi dia nak balik.
Nak gossip jugak ni.
Masa di kelas Maisarah, giliran sebelum saya adalah schoolmate saya sekolah rendah dulu. Anak dia sekelas dengan Maisarah. Dia lelaki so saya malu nak tegur. Dia pun macam malu2 kucing. Terdengar le cikgu komen anak dia macam, "Nakal, main2 dalam kelas, homework tak buat etc ....".
Saya tersenym-senyum sambil berkata-kata dalam "hati" ..... "Emm, macam bapak dia masa kecil2 dulu" ... hehehe. Bapak borek, anak rintik. Tapi kiranya bapak & anak walaupun nakal, tetap pandai dalam pelajaran jugak. Masuk kelas pertama jugak.
12 comments:
ah siap jumpa kawan sekolah dulu sekelas dgn anak...mesti nostalgia rasa kan kak
alahai..kesiannya..ketar kaki mendaki..takpe la..anggaplah sebagai senaman buat ibu mengandung..hehe..
hish..jgn la anak2 ngikut perangai saya masa sekolah..
kenapa la tinggi sangat tingkatnya
kalau saya, tak mengandung pon pemalas naik. hahaha mmg dasarrrr pomaleh
sorang anak dah mcm2 perangai inikan plak yg ramai mcm kaka khen...sabaq jer la...nnt ok kot...IA budak2 ni mmg suka main....mcm ai dulu gak la biler exam baru nak pulun ngeeeee
hihihih...sempat gosip ye kak...kekeke
sksu & kidas amik report card jumaat ni ...
saya Jumaat ni baru nak ambil result anak, kalau sekolah agama minggu lepas dah ambik...:)
tahniah utk anak2 akak..semoga semuanya berjaya dalam pelajaran ye kak..
tahniah tahniah...
bila ada improvement...
dah cukup puas hati kan...
next one, hope ada improvement lagi kan...
akak pula suami yg selalu gi sekolah sebab akak kerja hari sabtu...kesian dia
hehe..kelakar part akhir tu. budak lelaki memang kebanyakannya macam tu kan..nakal sikit :D
alahai kak... dpt bayangkan akak mendaki tingkat 4 tu dgn penuh semangat wpun perut memboyot. izan plak pegi skolah 3 budak kecik je. mujur takde tangga bagai...
Kak hntar sekolah mana ek? X tau balik ni nak sekolah anak kat ne. Huhu.. Poning pala mak dia ni.
Post a Comment