Tuesday, 7 August 2012

Peristiwa 9 Julai 2012 - Part 2

Sambungan dari sini

2 orang staff hantar saya ke hospital. Dorang risaukan saya tapi saya memang tak sakit pun cuma saya penat "kemut", takut baby terkucil. Saya pun sibuk calling2 hubby, tanya dia kat mana ... yelah takut tak sempat jumpa hubby, tak sempat nak minta maaf. Wanita2 nak bersalin di luar sana, petua paling mujarab untuk mudahkan bersalin, MINTA MAAF DENGAN SUAMI... ni ahkak dengar dari seorang ustaz tau!!

Sampai di emergency, terus disorong dengan wheelchair dan dibawa ke labor room. Belum masuk labor room lagik. Kat sini dorang check sana, check sini. Mula2 nurse check bukaan. Dah 5 cm. Lepas tu doktor pelatih pulak check. Same!!! Lepas tu doktor senior pulak check. Bukaan dah 6 cm. Wei.. brapa kali mahu "seluk" la??? Sakit woitt!!! Sib baik "penyeluk" tu semua pompuan. Proses yang agak lama ... dush! dush! dush! Klu kat swasta, rasanya kita dah duduk je kat atas katil, tak dibenarkan bergerak2. Ni dah bukak 6 cm pun boleh bertukar2 tangan check. Lepas tu saya kena berjalan sendiri pulak tu, dari 1 katil ke katil yang lain walaupun jaraknya takle jauh tapi nak naik katil, turun katil tu ... penat jugak. Tapi bagus jugak gerak banyak2, cepat skit bukaan. Atlast kul 11:30 am camtu ditolak ke labor room. ** Kena tunggu Q nak masuk labor room.

Saya ditempatkan di labor room no 4 ... no 4?? Think +ve sebb kita orang islam !!! Saya ditinggalkan keseorangan di bilik itu. Sekali-sekala barulah silih berganti doktor / nurse masuk. Nurse pasang CTG di perut. Mereka kata jantung baby tak stabil. Nak dimasukkan alat pengesan kat bawah pulak. Saya ni penakut TAPI rajin pulak tanya itu ini.

Dalam kul 12 lebih, sorang doktor datang, saya tanya nak buat apa? Doktor tu kata, nak pecahkan Air Ketuban ... masa ni memang rasa nak pitam!!! Memang tahu lepas air ketuban pecah, sakitnya takle tahan. Hubby dah berada di sebelah saya. Yeehaa !!!! Alhamdulillah dia sentiasa berada di sisi utk semua kelahiran anak kami. Time contraction dtg, tgn suami le aku genggam kuat2 macam lepaskan geram. Tak lama kemudian, lebih 10 orang terdiri dari bidan, nurse, dan doktor datang tempat saya. Ada seorang / 2 org doktor lelaki, yang lain semua pompuan. Yang buat kerja UTAMA ialah bidan. Bidan Melayu dan bidan India.

Macam biasa, nak bersalin kena kangkangkan kaki. Dua-dua tangan pegang buku lali dan jangan angkat punggung, takut terkoyak. Masa push make sure angkat muka ke perut bukan angkat punggung. Ha.... dah lama tak bersalin kan, so benda2 ni saya "belajar" semula ... hehehe.

Sejuk kemain labor room tu. Kaki saya macam dah cramp. Bila contraction datang, saya "push skit2" tanpa disuruh. Kalau ditahan, tak tertahan sakitnya. Bila next contraction, bidan suruh istighfar etc dan push. Masa ni memang tetiba semangat datang sebab semua orang kat situ "beri semangat". Dah nampak kepala baby. Lepas tu saya relaks. Takde contraction tapi bidan Melayu tu tak "puas hati" sebab macam tunggu lama. Entah apa dia buat kat "bawah", GANAZ sungguh dan sakit sesangat!!! So takde contraction pun saya terus push. Masa dorang jerit kepala baby dah nak keluar, saya dengan sakit sempat cakap, "Punggung saya terangkat ni" ..... Semua orang excited nampak baby sampai tak perasan punggung ku terangkat. Saya pulak dah kejang kejung sebab kesejukan, nak turunkan punggung pun tak tahu. Dorang kata, "ok, ok, turunkan punggung". Dorang tolong turunkan punggung saya.... Akhirnya lahirlah Muhammad Hami Luqman pada 12:52 tengahari.

Ditunjukkan "toteng" Luqman kepada saya, dibersihkan Luqman dan kemudian diletakkan di atas badan saya. Syahdunya perasaan masa ni.

Uri pulak taknak kluar. Lebih dari 10 minit. Masa ni tinggal saya dengan bidan sahaja. Bidan dah risau. Tanya pernah ada kes uri melekat ke. Disuruhnya saya selawat, istighfar sambil mulut dia pun sama2 baca macam-macam. Sakit saya blum berakhir bila ditekan perut saya untuk keluarkan uri. Lepas uri dah keluar, dijahit pula. Masa ni ada 2 orang bidan dan seorang doktor perempuan muda. Dorang macam pass "baton" le pulak. "Eh, ko jahit dulu", "Doktor nak jahit ke" ... ni antara perbualan dorang. Takde bius, cuma dispray sahaja. Bila dicucuk jarum, saya pun start jerit + membebel. Nasib baik kaki dah cramp kesejukan, klu tidak dengan kaki2 ku beri. Memang GANAZ mereka2 ini. Berakhirnya semua ini dan kebetulan azar Zohor pun berkumandang dari Masjid Al-Azim.

Saya ditempatkan di wad 2-4. Kelas 2. Adik depan saya pun baru melahirkan baby sulung. Ada masa dia mengadu kesakitan. Dia kata, "Baru terasa sakit"... ghupanya dia dibius masa nak melahirkan. Tertanya sendiri, "Apasal aku tak dibius? patut le aku sakit even masa bidan tekan perut nak keluarkan uri. Dah tu macam2 gaya jeritan/ bebelan aku masa kat labor room tu". Macam tak puas hati jugak. Camne pun, dah berakhir pun. Even aku jerit, bebel, tanya itu ini, bidan, nurse, doktor layan jer. Kalau dulu orang kata nurse2 hospital kerajaan ni garang.

5 tahun tinggalkan zaman berBABY, nak menyusukan baby pun masalah bagi saya. Semalaman saya "kerjakan" Luqman, ajar dia cara menyusu. Sampai berpeluh2 (wlpn wad aircond) dan sampai berbau tengit badanku.

Today, Luqman dah 30 hari.

13 comments:

Unknown said...

kak hami,
kalau tak silap bius kat hospital kerajaan tu kita sendiri kena request. diorang tak tanya. lepas tu request kena mintak office hour. masa saya bersalin aritu memula ingat takde bius (epidural) rupanya kena mintak. tapi masa saya cakap tu da pukul 8 malam. memang tak dapat laa..

tapi masa jahit tu diorang bius 2-3 tempat. so takde la sakit. cuma kaki saya pun sejuk gila sampai menggigil. nasib baik lepas tu diorang bagi minum milo. minum guna straw sambil baring. hehe.

pengalaman kan kak.saya tengah pregnant jugak skang ni. risau pulak. walau pun pengalaman kat hospital serdang aritu ok. tapi takut gak lagi nak bersalin kat kerajaan. sakit tu memang la kat mana2 pun sakit.tapi kalau sakit badan sakit hati pun tak best jugak kan..

selamat meneruskan pantang kak. banyak la kena ganti puasa nampak gayanya..hehe..

Teratak Hami said...

Rai,
Betul ke kena request? Akak tak pernah tahu pun. Tapi takpe, pengalaman. Jaga diri ok...

Rasp said...

suspen jer baca citer u nie...
nak nak bila part 'angkat punggung'...
mmg takut terkoyak kan...
sib baik u perasan...

epidural ker yg u maksudkan tu sis...
i bersalin 4 org, tak pernah amik epidural...
walhal dah di offer...
takut i nak amik...
takut pasal apa, i tak tahu....
i lebih redha rasa 'nikmat' sakit tu....

setiap kelahiran ada pengalamannya kan sis....

selamat berpantang....

Unknown said...

haihhh....makin debor ni rasanya bila baca pengalaman kak fiza,tp kan kak blh ke suami teman masuk sekali kat labor room??? yg lia tau suami kene pi kursus dulu baru dibenarkan masuk...

ngilu rasanya bila baca bab kene jahit tu... adoi lah masih terasa sakitnya kene jahit masa lahirkan firas tahun lps...udah ler besar bby masa tu (3.57kg hampir2 3.6kg tu... ) yg kali ni pun masa scan aritu berat dah 3.4kg++

Fazleyatul Aini said...

okey seram plak baca kan. takuit

che mid said...

Seram sejuk baca entri ni.. dah beli baju raya tuk baby ke? oops.. pantang lagi ek..

Teratak Hami said...

rasp,
bukan epidural sbb saya pun tahu kesannya.

Mamamya,
Memang ada kursus peneman tapi suami akak tak pergi pun. Yelah sebab anak2 sebelum ni dia jadik peneman setia. Cakap je kat nurse kat kaunter.

che mid,
Pakai je baju biasa sbb baju2 tu pun baru beli.

Chekgu Azrine said...

adoiila..cuaknya saya nak bersalin even anak ke4 dah pun..baca aka punya pengalaman ni pun buat saya nerves..huhu

Hanis MY said...

Seram baca tetiba teringat bersalin hari tu tapi akak terel la

Teratak Hami said...

Chekgu Azrine,
Sorry buat awak nervous. Akak tengok muka baby terus happy.

Hanis MY,
Pengalaman memasing kan. Akak terel? Bab mana tu? hehe ... dah ada pengalaman.

Anonymous said...

Teringin nak jadik doktor pulak...hehe

Fazlinil Irma said...

alhamdulillah.. tahniah kak..

tp sy tak tau kenapa sy gelak baca cite akak wpun ada sdkt ngeri. :)

nazayiena said...

Seronok baca pengalaman setiap org bila melahirkan anakkan,semuanya ada pengalaman masing2.