Nota : N3 auto publish.
Nak share dengan uols camne saya boleh jadik mak utraman .. hehe. Sharing is Caring ♥
Selasa (27 Nov) saya baru menjalani operation buang selaput pada ligamen tangan. Dah lama saya mengalami sakit di pergelangan tangan kanan ni. Semenjak melahirkan Luqman (~ 4 bulan lebih). Sakit pulak bukan di sekeliling pergelangan tangan tapi pada tulang pergelangan tangan yang sebaris dengan ibu jari.
Kesakitan ini menyebabkan saya susah nak dukung Luqman, gosok gigi, menulis, ikat rambut etc. Boleh tu, bolehlah tapi kena hati-hati. Kalau tersilap langkah, boleh "tersentap" urat kat situ. Tu yang rasa sakit.
Dah 2 kali pergi mengurut. Klinik pun dah pergi. Tak surut-surut jugak sakit. Banyak nak guna dengan tangan kanan ni. Dah le nak guna untuk dukung Luqman yang makin "gebus" tu.
Hari Isnin saya cuti, so saya pergi Hosp Pantai, jumpa pakar. Beritahu doktor saya sakit di pergelangan tangan. Terus doktor tanya, "You baru bersalin ye?" .... 1st time pun jumpa doktor tu. Saya jawab "Ya".
Rupanya ini memang penyakit biasa selepas bersalin.
Doktor kata ada selaput yang tutup ligamen tangan, tu pasal bila gerak akan terasa sakit. Selaput atau lemak?? hehe ...
Nak hilangkan sakit mestilah UBAT, INJECTION atau OPERATION. Doktor suggest operation sebab ubat / injection akan sakit lagi nanti. Of course saya sendiri cuba elakkan dari makan ubat sebab still menyusukan Luqman. Akhirnya saya pilih OPERATION selepas dikaji selidik. Nak tunggu baik sendiri, berkurun kot.
Operation ambil masa 10 minit jek dalam keadaan sedar. Doktor bius dulu. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Doktor kata selaput dah tebal dan ada air pulak tu. Lagi sekali saya terfikir, SELAPUT atau LEMAK? hehe....
Walaupun operation 10 minit, doktor potong skit je (dlm 5 cm) then jahit TAPI ketakutan saya sebelum operation....jangan ceritalah. Then lepas operation, doktor beri pain killer untuk kurangkan sakit lepas ubat bius habis tapi saya tak makan pun. SAKIT terpaksa ditahan demi nak susukan Luqman. Walaupun doktor kata ubat itu selamat.
Pengorbanan, pengorbanan ... (tetiba nak menyanyi nasyid pulak)
Selasa operation, Rabu saya datang kerja. Dapat MC seminggu tapi sebab terasa macam dah banyak cuti bersalin, cuti suami meninggal .... ku korbankan MC ...
Pengorbanan lagi ... hehe.
Khamis (today) jumpa doktor untuk dressing (betul ke ejaan?). Tak sabar nak bukak bandage ni sebab kekadang tiba-tiba rasa gatal.
13 comments:
huhu.. best ooo dapat mc. terasa nikmat gitu dapat berehat hehe..
tapi bila mikir kerja yg tertangguh tu yg rasa tak best huhu..
oo...saya pula sakit di pergelangan kaki. Bangun tidur jer kalau pijak lantai mesti sakit. Tapi lama-lama ok. Kalau malam tidur pakai stokin, tak sakit sangat. Lemak banyak gak nih. huhu...
moga cepat sembuh eekkk
aiyoo..penyakit lps bersalin ek..hope xkena la sis..semoga sis cpt smbuh ye..
*BE tu based on luck jgk sis..ada je blog xrajin update pun dpt byk BE..huhu
Assalamualaikum
semoga cepat sembuh
adeh..first time dengar perkara macam ni kak..bila ingat balik baru perasan..kat group KIM kat fb tu ada gak ibu ibu yang mengadu sakit pergelangan tangan ni..
take care sis =)
berkorban ape saje... besar pahala akak...
Semoga lps operation sakit tu akan sembuh sepenuhnya.
Semoga cepat sembuh akak :-)
baru izan tau sakit biasa lepas bersalin. wpun minor operation cam ngeri jugak tu bila bayangkan ubat bius dah hilang... huhu...
moga cepat2 sembuh tau kak.
Nama penyakit ni de quervain tenosynovitis. Saya pun kena masa umur anak 3-4bulan. But I got mc for one whole month:))
tak pernah dengar pula sakit di tangan lepas bersalin. nanti boleh baik sendiri ye? gerun fikir operation..huhu..
Post a Comment