Wednesday, 5 June 2013

Hati mesti sekeras BATU

Ingat senang ke nak jadik ibu tunggal/ balu ni? Hati kena KUAT, KERAS ...
Lebih-lebih lagik bila ada anak berderet-deret macam askar.
Macam saya lah.

Mana nak layan perasaan kita?
Mana nak layan perasaan anak-anak?

Mana nak layan sedih kita?
Mana nak layan sedih anak-anak?

Dan macam-macam lagi.

Macam anak-anak saya, mereka nampak lagi KUAT dari saya.

Antara babak2 sedih :(

Ada masa setiap kali saya balik kerja, mesti macam-macam request dari anak-anak. Nak beli itu, ini. Lebih-lebih lagi dari Nabilah.

Saya bagitau dia, "Nabilah, ingat ibu ni kerja cop duit je ke? Semua orang ada, ko nak. Dulu dengan ayah boleh le ayah belikan. Gaji ibu kecik jer".

Muka dia sedih. Yes, gaji saya cukup sekadar bayar kereta Wish saya. Kalau yang ikuti kisah saya, dulu saya pernah jadi surirumah selama setahun then suami izinkan saya kerja semula dengan bersyarat, niat hendak bantu suami. Jadi saya ambil sahaja peluang kerja yang datang dan saya suka kerja saya. Now tak sangka saya jadi ketua keluarga.

Jual kereta?? Tak mungkin kot sebab itu sentimental value antara saya dan arwah. Selagi boleh simpan, saya simpan. Dan saya yakin rezeki Allah itu luas. Anak2 saya dapat rezeki dari orang lain dan saya "envy" dgn orang lain itu. Saya juga perlu "keluarkan" walaupun sedikit.

Semasa cuti di Bandung aritu, sepupu beli baju, mereka pun nak. Baju tak "sedap" mata saya memandang.
And kalau beli 1 untuk Nabilah, kena beli untuk 2 lagi, Maisarah & Nabihah.
Saya "marah" mereka. Sampaikan saya suruh mereka STOP belek2 baju. Nampak mata mereka berair. Saya faham perasaan tu tapi .....

Bawa Imran pergi toilet. Dia ni walaupun baru 6 tahun, tahu malu. Nak bukak seluar kat dalam toilet. So ibu pun kena join masuk sama... emmmm!!!???

Sambil Imran "meneran" tu boleh dia meluahkan,

"Ibu, kenapa ibu bawak Imran masuk toilet perempuan. Kalau ayah ada mesti ayah bawak Imran pergi toilet lelaki. Imran malu la"

Si ibu yang kononnya hati dipaksa KERAS menjawab dengan keras jugak

"Imran berak senyap2 je la"

** Saya bukan manusia yang sempurna. Tapi saya akan buat yang terbaik untuk anak-anak saya. Saya hendak jadi contoh terbaik. Belajar dari kesilapan. Bukan cari kesilapan orang lain. Jangan ganggu hidup kami dan kemudian cari kesalahan kami.

Jika anda membenci saya, dipersilakan. Kutuk, fitnah dan berilah gelaran apa-apa kat saya. Itu hak anda. Saya tetap memaafkan anda. Tapi saya tak akan melupakan apa yang orang buat kat saya. Jika ARWAH MASIH HIDUP, dia malu dapat isteri macam saya.... agaknya ??? atau sebaliknya ???Yang pasti arwah suami saya akan melindungi saya.

Ada masa saya fikir kalau orang ugut saya, saya rela mati. Hidup ni memang dah KOSONG. Tapi kuatkan juga HATI, saya diperlukan untuk anak-anak saya.

Dan semakin kita KUAT, semakin banyak dugaan, gangguan yang mendatang.

Semoga Allah melindungi kami sekeluarga.


** Sorry, luahan di petang hari semalam.



16 comments:

ckLah @xiiinam said...

Allahu...Allahu...sebam akak baca. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Meski kita tidak saling kenal, akak doakan adik diberi kekuatan dan ketabahan yang tinggi. Dijauhkan dari ujian-ujian yang sukar dan diberi kemudahan atas segala urusan. Buat anak anak, semoga kalian akan menjadi anak anak yang membahagiakan ibu kalian, hinga ke syurga. Amin.

ckLah @xiiinam said...

Sebam>sebak

Izwa Kamaruddin said...

bertabah ye..

elly said...

Allahuakbar kak...

Jika saya berada di tempat akak, saya x tau samada saya akan sekuat akak.

Anak2 saya pun berderet juga & saya paham bila kena menjaga kerenah kesemuanya. Saya pun kadang2 hilang sabar juga. Macam anak2 saya, "takut" mereka dgn abah x sama dengan "takut"nya dengan kita.

Semoga akak terus tabah...

yatie chomeyl said...

akak, saya tak dapat bayangkan mcmana tabahnya akak uruskan anak2 sorang2. saya selalu doakan agar jalan hidup akak dan anak2 di permudahkan oleh Nya. moga suatu hari nanti akak akan di satukan dgn suami akak di syurga..Ameen

Aziela said...

Semakin banyak dugaan, semakin kuat anda jadinya. Insya Allah.... at the end you will be a shining diamond. Amiin.

kurus said...

jgn sedih dikk

akak x leh baca lagi

namun paham apa yg adik lalui

anggap sahaja semua ini dugaan dan ujian allah kpd adik

setiap yg dia beri ada hikmahnya , insyaallah anak2 akan paham

dan kita sebagai ibu seharusnya kuat , berdoa selalu agar allah kuatkan hatimu terima dugaan dan ujian darinya dgn lapang dada dan redha ..

Kakzakie Purvit said...

Kakak amat memahami situasi yg dihadapi. Kakak ada kakak yg dulu kematian suami ketika anak kecil juga. Kekuatan mental memang perlu. Tapi andai ada yg menghulur kasih kalau tidak mengganggu pihak lain kakak rasa itu yg terbaik utk berkongsi rasa.

Sekarang kakak akak tu dah ada teman walau dah berusia 50an tapi tidak mengganggu org lain (bukan suami org). Bahagia dan ada teman utk berkongsi rasa.

Sabar ye dik..

Izan Ishak said...

salam kak.. lama juga akak menyepi. bestnya jalan2 bandung ye.

betul kak... kena kuatkan semangat selalu demi anak2. tak payah kisah sgt dgn kata2 orang semua tu.

izan pun dulu dah jadi anak yatim umur 6 thn kak. cuma bezanya mak tak bekerja masa tu dan terpaksa sara anak2 perempuan seramai 5 org dgn buat mcm2 pekerjaan.

dan akhirnya bila mak dah tua2 ni mmg rezkinya murah sgt. dapat pergi mekah tiap thn buat umrah. masa ramadhan pula tu.

Rasp said...

as salam sis...
i rela mendengar luahan hati u sis...
mungkin u dah mual dgn kata ni...
"beristigfar dan berdoa lah kepadaNya mohon tabahkan hati...
dan byk2 bersabar"....
tapi takat tu je lah yg mampu i cakap kat u...
nak keraskan hati nak nak dgn anak-anak kita...
memang kekadang tu payahkan...
but i know you are one strong lady...
insya Allah, satu hari nanti, 'senang' hidup u....
hugssss dear...muah muah muah...

Anonymous said...

hurmmm.... be strong yer.
walau saya tidak sekasut dgn fizah, tapi saya rasa mmg agak sukar untuk mendidik anak2 yang sedang meningkat remaja seorang diri.
tapi ingat, fizah masih ada ibu ayah juga adik2 yang tetap memberi sokongan.. juga kawan2 :-)

ashra said...

kak.
sedih sy dengar luahan akak.berat mata memandang berat lg bahu memikul

takpe kak.anak2 ni sdg mbesar.apa yg akak perlu ajar,mghargai kesusahan.tak boleh semua ikut apa mereka nak.buat ayat psikologi sket,insyaallah faham la mereka nti.

sbr dan tbh ye kak
akak kuat orgnya.dan kekuatan akak ada pd allah.truskan bdoa..mudahan dmudahkan pjalanan dunia dan akhirat.

Yong Is My Name said...

Salam Hami,

sungguh tersentuh hati Yong..
sekeras n sepejal mana batu pun kekadang pecah jua.

Kuatkan semangat!
Hanya itu sahaja yang mampu Yong kongsikan..

Chekgu Azrine said...

Sis..sedih rin baca..akk kena kuat..sgt kuat..rin doakan yg terbaik je utk akk dn ank2 akk..semoga dipermudahkan sglanya utk akk ye..

adianiez AIDA said...

kak, aida faham. tapi tak bleh bayang if ia jadi pd aida, camne nak jadi kuat... especially bab kata-kata imran dlm tandas tu. sebak nyer la...

Irfa said...

serius bergenang air maat baca ent3 ni.semoga awak terus kuat demi anak2
dan alfatihah utk arwah

dh lama x singgah sini