"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Thursday, 28 August 2008
Exam papers
Yesterday, while having dinner with Maisarah, she told me that she got her exam's paper. I was so excited to hear that. What did you get, kakak?? As usual her favourite answer " Ibu tengoklah dulu". Very safe answer.
After coming back from mengaji, then I had enough time to check her exam papers. Wow ... not bad!!!! Only got Science & Bahasa Arab papers. Careless mistakes for Science, she lost her marks on simple questions and of course she laughed at that. All in English. I asked Maisarah " Kakak buat sendiri ke?". Then she answered " Yelah, ini kan periksa mana boleh tiru. Demi Allah kakak buat sendiri". Wah! Bila pulak she knows to say "Demi Allah...". Nasib baik dia tak sebut " Kakak bersumpah ...", nanti jadi kes lain pulak.
I'm not sure how the students learn Science in english. Susahnya!!! Every single word need to be understood. They will face problems if they dont have basic understanding of the English language. Risau with my twins, suka main-main. But sometimes Nabihah/Nabilah take me by surprise when they utter english words that I myself cant figure out the meaning ... hahaha. As of this date, I'm still "lembab" in english and trying very hard to practise the spoken English with my kids & my collegeues. Teacher Emy ... bila nak buka class?
Labels:
Permata Hati_Maisarah
Tuesday, 26 August 2008
My Little Chef
Rezeki jangan ditolak ....
Pagi ahad macam biasa bangun awal setelah dikejutkan oleh Imran. Dah terang sikit, keluar ke halaman sambil belek pokok-pokok bunga. Imran dah bawakan shoes dia, bermaksud nak ajak keluarlah tu. Melayan Imran di luar rumah sambil tunjuk apa-apa yang menarik, aeroplane, birds .... Tiba-tiba Kak Sal jerit panggil Imran dari rumahnya. Imran apa lagi, dengar suara mak kesayangannya, berlari dengan excited dan tersipu-sipu malu. Kak Sal selalu juga ambil Imran even dah ada makcik (bibik) kat rumah. Yelah, dia dah jaga Imran dari umur 2 months. I pun follow Imran sampai ke rumah Kak Sal. Kak Sal keluarkan cempedak dari boot kereta. Dapatlah sebiji cempedak. Alhamdulillah, rezeki ...
Farah, anak Kak SAl bawa Imran jalan-jalan dengan kereta. I balik rumah, hantar cempedak and breakfast. Pergi ambil Imran coz nak get ready to go to Bird Park. Kak Sal beri lagi buah rambutan, langsat, manggis. Rezeki ... rezeki .... Puas my kids makan buah-buahan. Kat rumah still ada apples and nenas.
After balik dari Bird Park, ayah suruh buat Cempedak Goreng. Nabihah tolong ibu yang keletihan. Yang lain melepak depan TV.
Banyak isi cempedak. Kalau jual cempedak goreng, boleh untung.
My Little Chef ... Nabihah.
Bird Park KL
Hari Ahad, hari terakhir cuti sekolah, kami sekeluarga pergi ke Bird Park. Bird Park terletak di Taman Tasik Perdana. Kami bertolak dari rumah around 10:30am and sampai di sana lebih kurang pukul 11am lebih. Tiket untuk masuk ke Bird Park : Adult = RM 15 and kanak-kanak 3-12 tahun = RM 6.
Besar juga kawasan Bird Park. My kids enjoyed tengok berjenis-jenis burung sambil meneka nama burung-burung di situ. At Zone 4, we all boleh beri makan pada burung kakak tua. Imran pun turun dari stroller sebab nak beri bird makan. At 12:30, ada show about 45 minutes. Then after the show, kami meneruskan perjalanan. Terpaksa keluar around 1:45pm sebab hari dah hujan. Kids sempat ajak pergi souvenier shop. They bought keychain. Nabilah dah tarik muka masam coz dah lapar. Lets go for lunch! We went to Mid Valley for our late lunch.
Imran yang cool
Labels:
Cuti-cuti M'sia
Monday, 25 August 2008
DIY - Keychain holder
Dulu zaman belajar, suka mengumpul keychain. Maklumlah student, mampu beli souvenier murah & senang nak dapat pulak tu. Kat rumah memang banyak keychain & I letak dalam small basket sampai berhabuk. So, need to do something with this "valuable" things.
How to make key-chain holder. (Dapat ilham dari rumah Abang Long)
Bahan diperlukan :
(1) Papan (Ambil dari almari anak. Bahagian yg tak digunakan but still simpan this papan under bed sampai berhabuk).
(2) Penyangkut for key-chain (bentuk ?)
(3) Penyangkut for papan
Ukur papan dan tandakan untuk buat lubang. Setiap lubang berjarak 5cm antara satu sama lain. Ketullah dulu penyangkut for papan. Then ketuk penyangkut for key-chain. Then gantung key-chain .... dah siap. Tengoklah hasilnya.
Tips : Cari papan nipis / polisterin pun ok juga utk gantung key-chain yang ringan.
Labels:
Personal Interest
Saturday, 23 August 2008
Lawak seram ... hehehe
Last night hubby & I keluar dinner berdua at D Melody Cafe. Anak-anak tinggal di rumah coz we want to have very peaceful dinner. Melalak they all nak follow ... hahaha.
After dinner, pergi ke Central Mart coz hubby nak cari DVD kosong untuk kerja. Dah merayau-rayau dalam CM, still tak jumpa CD. Hubby tanya kat pekerja bangla sorang ni.
Hubby : Ada CD kosong ka?
Bangla : Ada bang, ada ...!!!! Ada dekat kaunter nombor 7. <= dengan muka confident.
Hubby pun pergi ke situ dengan very excited... Banyak CD tapi CD ULTRAMAN!!! We all belasah gelak. Untuk Imran sesuai la ...
Labels:
Ayah's Stories
Subscribe to:
Posts (Atom)






