Semalam aku dan anak-anak happy sangat bila ustazah beritahu kat aku yang setia menunggu di luar. "Mama, minggu depan bawa Al-Quran ye". Maisarah pulun habiskan 3 pages Iqra semalam. Selalunya dia akan baca 1 page then sementara tunggu kembar habis mengaji, dia akan bermain.
Aku SMS pada Ayah. Ayah terpaksa tidur di Melaka sebab ada kerja yang tak settle lagi. Dan kegembiraan aku share dengan "satu kampung". Sms kat babah, kakak2 dan kakak ipar ku. Sekarang aku nak hebohkan pada sesiapa yang baca blog aku ini. Mungkin you all kata, "alah baru habis Iqra dah kecoh sekampung". Suka hatilah ...... Aku rasa gembira sangat.
Terubat juga kesedihan aku .... sedih setelah Maisarah dapat 4A 1B dalam final exam. BM Penulisan dpt 79%, aku betul2 frust sebab lagi 1 markah shj untuk dapat A. Dengan result 4A 1B buatkan Maisarah gagal untuk dapat masuk kelas top 3, walaupun kedudukan dalam kelas baik dari yang dapat 5A. Sekolah tetapkan alihan kelas bergantung pada jumlah A dan kemudian peratusan. Aku cuba sejukkan hati aku setelah seminggu lebih aku terlalu pikir pasal Maisarah. Terima kasih kat Ayah sebab sentiasa beri support kat aku. Tak pasal-pasal aku kena lecture dengan Ayah. Darjah 2 ada 16 kelas semuanya. Apa yang aku risaukan, takut cikgu-cikgu tidak pedulikan pelajar yang bukan dalam kelas top 3. Habislah kalau macam tu .....
"Pelajarilah ilmu pengetahuan sebab mempelajarinya kerana Allah adalah tanda takut kepadaNya, menuntutnya adalah IBADAT, menelaahnya adalah TASBIH, mencarinya adalah JIHAD, mengajarkannya kepada orang yang belum mengetahui adalah SEDEKAH."
Friday, 21 November 2008
Wednesday, 19 November 2008
Happy Birthday to ME
Hari ini (19 November)hari lahir aku yang ke 33. Aku sambut birthday pada hari ini bersama ex-STFian (Sherliza - same batch) dan ADUN Lembah Pantai, Nurul Izzah. Happy Birthday semua ...
Happy Anniversary to Kak Hanizah. Every year this makcik tak pernah lupa nak wish Happy Birthday kat aku. This year, walaupun aku dah pindah company lain, dia dah beri advance wish coz today dia bercuti.
Husband dah beri present malam tadi ... jeng.. jeng .. jeng .. Seutas jam tangan. Thanks a lot ... Dah lama aku tak ber"jam". Jam GUESS aku (old design dari Form 5) dah rosak and dah tak boleh diperbaiki. Jam yang husband beri still tak pendekkan tali, buka harga etc, just in case aku tak berkenan. Berkenan tu memang berkenan tapi aku tetap nak tengok other design yang menarik kalau ada. So jam tu aku tak boleh pakai lagi.
Labels:
Birthday Celebration
Tuesday, 18 November 2008
Kelip-kelip at Kampong Kuantan
Hari Ahad kami pergi tengok Kelip-Kelip di Kampong Kuantan. Ini kiranya plan tergempar juga sebab selalunya kalau tiada hal penting, kami jarang keluar bersiar-siar pada Ahad malam. Pada mulanya kami sangkakan tempat kelip-kelip jauh dari rumah kami. Ayah said about 1.5 hours perjalanan. Mcm nak balik Melaka pulak jauhnya. Kami bertolak dari rumah dalam pukul 5:30pm. Lagi sekali, Imran terpaksa ditinggalkan. Kami tiba around 6:00pm, dekat sahaja rupanya. Now ada jalan baru, ikut estet, so tak perlu drive sampai ke pekan Kuala Selangor yang penuh dengan traffic lights etc. Jalan estet ni ok, banyak kereta guna cuma kalau malam after 10:00pm, hati-hati sikit sebab rasanya takde lampu jalan. Di penghujung jalan tu betul-betul jalan masuk ke jeti kelip-kelip. Kaunter tiket buka 7:00pm, so kami pergi dinner di restoran berdekatan.
Nabilah dah lapar sangat ke?
Tiket naik sampan RM 20 seorang?? (lupa pulak, need to check dengan cashier). <== Nak betulkan. Satu sampan RM40, boleh naik 4 orang dewasa. Life jacket disediakan. Sebelum pergi kami survey about this place. Masa yang tidak sesuai tengok kelip-kelip ialah (1) hari hujan (2) bulan terang. Kebetulan kat Saujana Utama memang hujan tengah lebat dan pertengahan bulan, so memang bulan tengah mengambang.... hehehe, memang tak sesuai betul tapi kami redah je. Alhamdulillah kami dapat juga naik sampan dan tengok keajaiban ciptaan Allah. Terpegun sekejap tapi dalam hati, takut juga .... sunyi & gelap ...
Nabilah dah lapar sangat ke?
Tiket naik sampan RM 20 seorang?? (lupa pulak, need to check dengan cashier). <== Nak betulkan. Satu sampan RM40, boleh naik 4 orang dewasa. Life jacket disediakan. Sebelum pergi kami survey about this place. Masa yang tidak sesuai tengok kelip-kelip ialah (1) hari hujan (2) bulan terang. Kebetulan kat Saujana Utama memang hujan tengah lebat dan pertengahan bulan, so memang bulan tengah mengambang.... hehehe, memang tak sesuai betul tapi kami redah je. Alhamdulillah kami dapat juga naik sampan dan tengok keajaiban ciptaan Allah. Terpegun sekejap tapi dalam hati, takut juga .... sunyi & gelap ...
Soksek / Gossip : Kat sini ada pulak laki bini bergaduh. Si suami pekerja kat situ, diserang oleh isteri dia. Macam filem hindustan pulak, baling-baling pasir dan berlaku pergelutan antara suami dan isteri. Atlast si suami hilang sabar, kuncikan isteri dalam tandas dan telefon polis. Terpekik la si isteri. Mat-mat salih yang concern siap suruh carikan kunci, nak bukakan pintu. Atlast polis datang. Yelah buat kacau kat tempat pelancongan. Rupanya they all dah bercerai. Isteri tu orang indon. Si isteri mengamuk bila dengar si suami nak kahwin lain bulan Dec ni .... begitulah kisahnya. Wah macam saksi utama pulak. Semoga jadi pengajaran untuk kita2 ...
Labels:
Cuti-cuti M'sia
Monday, 17 November 2008
Perpustakaan Raja Tun Uda
Cuti sekolah dah bermula. Kami belum plan any vacation untuk our kids. Kesian they all. Tapi dalam kepala ni dah bermacam2 aktiviti difikirkan, yang tak perlukan ayah dan ibu ambil cuti panjang buat masa ni. One of the activity, go to Perpustakaan Shah Alam. Kami pergi ke library on Saturday. Kebetulan ibu banyak urusan di Shah Alam.
Bawa 3 daughters, Imran tak layak jadi library's member lagi. Di sini, Maisarah, Nabihah & Nabilah daftar jadi ahli. Ibu ???.... tak sempat sebab bahagian buku kanak-kanak dan orang dewasa di level yang lain, jadi takut pulak anak2 hilang ... hehehe. Takpe, ibu akan cari waktu yang "tenang" untuk pilih buku.
Bawa 3 daughters, Imran tak layak jadi library's member lagi. Di sini, Maisarah, Nabihah & Nabilah daftar jadi ahli. Ibu ???.... tak sempat sebab bahagian buku kanak-kanak dan orang dewasa di level yang lain, jadi takut pulak anak2 hilang ... hehehe. Takpe, ibu akan cari waktu yang "tenang" untuk pilih buku.
Senang je nak jadi ahli. Isi borang (ada 3 orang anak so penat juga nak isi borang), photocopy IC penjaga then ambil gambar. Servis semua lengkap di sini. Photocopy IC cuma bayar 60sen. Gambar diambil di sini dan ianya PERCUMA. Kad ahli siap dalam masa 30 minit sahaja dan boleh pinjam buku selepas itu.
Tempat nak membaca pun selesa. Ada bising sikit-sikit je, almaklumlah tempat kanak-kanak. Setiap ahli boleh pinjam 3 buah buku dalam masa 3 minggu. So apa lagi, bermulalah aktiviti membaca buku & melihat gambar-gambar. Boleh dapat info dari ==> http://www.ppas.org.my/ibupejabat.htm
Tempat nak membaca pun selesa. Ada bising sikit-sikit je, almaklumlah tempat kanak-kanak. Setiap ahli boleh pinjam 3 buah buku dalam masa 3 minggu. So apa lagi, bermulalah aktiviti membaca buku & melihat gambar-gambar. Boleh dapat info dari ==> http://www.ppas.org.my/ibupejabat.htm
Labels:
Permata Hati Activities
Thursday, 13 November 2008
Congratulation!
Tahniah kepada anak-anak saudara ku
Nurul Ariesha : 5A dalam UPSR 2008
Nurul Ardilla : No 1 daripada 170++ pelajar keseluruhan tingkatan di Sek Seri Puteri, Cyberjaya
Apa yang dibanggakan, mereka belajar sekolah rendah di sekolah kampung sahaja. Kakak dan abang ipar saya bukan dari kalangan orang yang berpelajaran tinggi. Berniaga sendiri, jual gas. Kakak saya surirumah, angkat telefon bila orang order gas dan abang ipar pula bawa lori, hantar gas ke kedai-kedai. Alhamdulillah, anak-anak mereka menunjukkan prestasi yang boleh dibanggakan dalam pelajaran. Semoga menjadi inspirasi kepada anak-anakku .... AMIN
Labels:
Ibu's Stories
Subscribe to:
Posts (Atom)

