Sunday, 5 July 2009

We are connected!!!

Walaupun berada jauh di mata tetapi sentiasa dekat di hati. Nasib baik ada teknologi moden sekarang ni. Everyday buat video call dengan anak-anak. Sometimes anak-anak pun dah "jemu" nak cakap dengan ibu.
Hari biasa kami selalu video call at 6:30am (US time) - masa ni ibu tengah siap-siap nak gi kerja. 9:30pm (Malaysia time) - kids ready to bed.

MAKAN Lagi ..

Semalam semasa di Anthem Mall, aku and Simon dinner kat food court. Aku lapar sungguh sebab tak sempat nak sarapan di hotel and then masa lunch pun hanya makan maggie.... hehehe. Malas nak keluar dari hotel. Kat sini panas bukan main lagi. Camne pun aku kena jgk habiskan stok maggie 2 packs aku tu before balik Malaysia. Kat Anthem Mall aku makan Mexican food. Ni je benda yang Halal dimakan. Yeah! yeah! ada nasi ...Terlalu mengenyangkan. Cukuplah memberi tenaga untuk kami bershopping until midnight.

Hari ini cuti Independence Day. Missed breakfast lagi. Dah tu asyik tidur around 5~6am. Subuh masuk cepat 3:40am then aku melayan anak-anak dengan video call. Pagi-pagi "buta" (around 2am) pun sempat masak maggie, LAPAR!!! Siap potong bawang, tumis and letak udang. Jet lag lagi ke? Kat M'sia pukul 5pm. Waktu lunch Simon bawa gi Italian Restaurant. Makanan Jepun dah, Siam dah, fastfood dah, mexico dah, so this time Italy pulak. Aku dah berangan nak makan spagetti. Restaurant tu belakang hotel je ... Tengok menu, spagetti ada chicken pulak. Atlast same menu macam sebelum2 ini, SALMON. Makanan datang silih berganti. Mula-mula salad, toast and appetizer - mussels (request taknak letak wine) then barulah main menu. Alhamdulillah, kenyang sungguh. Simon sampai tak larat nak habiskan makanan.
Cantik restaurant ini, rasa macam setiap sudut nak bergambar
Menus : Kalau tengok style masakan mat salih ni macam senang je. Yang penting ada cheese. (1) Salad and mussels. Yang putih atas salad tu Cheese, masin sesangat. Mussels super delicious.
(2) Salmon and toast. Salmon ni sedap jugak tapi tak sesedap kat Japanese Restaurant.
Hari ini public holiday so ramai mat salih makan kat luar. Even kat hotel pun, kami dapat memo bagitau ramai pekerja hotel cuti so sesiapa perlukan servis mcm tukar towel ke, kena inform awal-awal. Next makan-makan aku rasa macam Red Lobster . Simon dah "berbunyi".

Saturday, 4 July 2009

SALE ... jom shopping!!!

Today (Jumaat) kami cuti sebab esok (4 July) adalah US Independence Day. Mula-mula plan nak pergi LA tapi jauh ~6jam perjalanan dengan kereta. Kami kena bermalam di sana and sure kena sewa hotel and duit lagi. So kami stay kat hotel sahaja. Semalam after pukul 6am baru aku tidur. Janji dengan abang buat video call pukul 9pm (waktu M'sia), 6am (waktu US). Missed pulak video call dengan anak-anak sebab dah tertidur. Today kami pergi ke Anthem Mall. Ada midnight SALE dari pukul 8pm ~ 12pm. Pergi ke tempat Rental Car dulu, kena tukar kereta sebab cermin depan dah bergaris, kena batu. After dapat kereta "baru", kami terus cari jalan ke Anthem Mall. Perjalanan around 1 jam lalu highway tapi highway kat sini bukan boleh pecut. And paling best sebab takde toll. So apa lagi, shopping la .... Simon terkejut bila aku bagitau jumpa pukul 10:00pm after shopping. "Why so long ha?" Yelah kedai pun tak banyak sangat, bukan macam MidValley or One Utama pun. Pukul 10pm aku dah tunggu Simon depan kedai Levi's then dia kata tak pergi satu side lagi. Aku pun sambung cuci mata. Rasanya dah berkali-kali aku round kat kedai yang sama, pergi semula depan kedai Levi's, dia takde lagi....Atlast dah nak pukul 12 mlm baru dia muncul. Lelaki kalau bershopping lagi teruk dari perempaun. Dia penat men"try" and membeli baju. Dia plan nak beli jeans Levi's tapi bila dah jumpa jeans yang dia berkenan below 6USD, terus tak jadi beli Levi's. Beza jauh tu cuma quality lain la. Ni beg sahaja ... Aku banyak shopping baju anak-anak. Jenama Osh Kosh B'Gosh, Carters etc ... tengah sale, harga T-shirt ada semurah USD2.99. Kalau convert to RM, maybe around RM10~ tapi better jangan convert sebab nanti terasa mahal pulak. So aku pikir beli USD2.99 tu macam RM2.99. (Atas) Baju untuk anak-anak. Imran paling banyak dapat baju. Untuk girls, mostly aku beli same design. Tak pening kepala!!! Susah nak cari gown untuk budak besar, kalau ada pun mahal harganya. Aku sampai bawa tali tape kat dalam kedai tapi last-last main agak je ukuran anak-anak. (Kanan) Untuk abang and diri sendiri, aku beli jeans je. Tengok handbag, kasut semua macam tak berkenan di hati. Kalau FREE maybe semua aku berkenan .... hehehe. Aku plan nak pergi ke Arizona Mills lagi, nak beli T-shirts High School Musical macam aritu aku beli. Nak cari design lain pulak. Aku dah promote kat Simon and dia pun nak beli untuk anak-anak sedara. Before aku datang ke US, ramai kengkawan and bukan kengkawan pun asyik cerita pasal shopping kat aku instead of cerita pasal kerja. They all pesan suruh bawa beg besar and jangan bawa baju banyak sangat. Then suruh bawa extra beg kosong untuk shopping purpose.

Thursday, 2 July 2009

The CheeseCake Factory

Baru lepas dinner kat sini. Simon punya suggestion for our dinner. Kalau ikutkan hati malas nak dinner. Tapi kalau duduk dalam bilik, takut tertidur then malam tak boleh tidur. Sampai bila nak jet lag? Bila jet lag aku nak over kalau camni?

Aku terliur jugak bila Simon bagitau tempat ni famous jugak. And cheesecake sedap!!!! Perut tengah lapar, segala-galanya sedap. First time aku drive ke sini. Cuba-cuba drive!!! Dekat je dengan hotel so berani jugak aku nak drive. Ada sekali dua la aku dengar Simon membebel. Janji aku tak langgar kereta orang or masuk lorong yang salah. Simon pernah jugak masuk lorong salah. Panik semacam je. Kat tengah bandar pulak tu ... hehehe.

Tapi mat salih bawa kereta bersopan-santun, better dari di Mekah and Malaysia. Dari jauh they all dah slowkan kereta bila nampak orang nak melintas. Jarang dengar bunyi hon kat sini.

Aku ikut petua kawan aku sorang ni, dia kata kalau bawa kereta kat US, kena make sure garis tengah jalan sebelah tempat driver. Before this aku selalu beza dengan cara drive kat Malaysia, lama-lama aku sendiri yang confius. Petua dia ni senang and awal-awal aku dah cakap thanks kat dia. Bangga gila mamat ni!!!!

Berbalik cerita pasal makan kat The Cheesecake Factory. Aku order Salmon dengan pasta (sorry, nama glamer terlupa). Banyak betul sampai aku kena tapau bawa balik. Memang sedap la tapi aku bayangkan, sedapnya kalau letak sos cili sikit. Perut memang ter"over" kenyang. Kami beli jugak cake untuk dibawa balik. Aku beli Tiramisu Cheese. Sempat jugak bungkus balik roti FREE... hehehe ... 

 
 
 
 

** Takut terover montel bila balik Malaysia nanti. "Kanda, jangan tak ingat dinda ye!" hehehe.

Malam masih "muda". Kami merayau di satu shopping complex ni. Biasalah aku dok tengok barang-barang untuk anak-anak. Tak beli pun ... nama je SALE tapi macam tak SALE pun.

Aku terpikat dengan 2 kasut ni. Anak-anak pesan suruh beli kasut high cut tapi dah musim panas, susah nak cari. Aku terjumpa kasut yang they all nak di satu kedai ni dan harga pun ok jugak. Saiz kaki anak-anak lupa nak bawa pulak. Tengoklah kalau anak-anak aku berkenan and ada rezeki lebih, bolehlah beli.


 
 



Kasut ada gambar HSM and lagi satu gambar princess. Gambar Hannah Montana pun ada juga tapi tiba-tiba aku jadi malu nak ambil gambar ... hehehe. Entah bila le agaknya they all nak pakai??? Kasut raya tumit tinggi raya tahun lepas pun jarang pakai.

Wednesday, 1 July 2009

Dinner .... makan time!!!

Tak sampai seminggu tinggal kat sini, dah tak tahan dah!!!! Company kasi duit makan untuk makan mewah-mewah. Tiap-tiap hari seafood, cheese, burger .... argg!!! mana nasi ni???

Tengahari tadi makan kat cafeteria, makan nasi tapi poyo punya nasi, kering gila. Selama ni memang makan "mewah" jugak la. Makan kat Burger King, Subway, Japanese Restaurant, Chili's .... kiranya sekali pergi makan memang ambil set yg mewah2.

At Chili's .... kenapalah muka aku sememeh je ni??? 

  

At Japanese Restaurant. Sedapnya Salmon Grill ni. Set nasi, miso soup tak sempat nak ambil gambar. Lama menunggu, perut dah lapar. 
 

Mat salleh ni memang dah makanan they all kot. Lunch boleh makan burger, salad, potato chips (mcm jajan anak aku pulak), cheese .... fuhhh, tak idup aku camni.

Today aku masak kat dalam bilik. Bila lagi nak merasmikan??? Bahan mentah beli kat 1 kedai ni. Lengkap dengan makanan dari Asia. Durian pun ada.

Aku masak nasi, sambal udang dan telur goreng. Tapi sambal aku kureng kick sebab guna cili powder (tak pedas) and tak jumpa asam jawa.... hehehe. Letak sos cili maggie hampir 1/4 botol pun tak terasa pedasnya. Anyway, alhamdulillah kenyang .... jimat duit company untuk malam ni :-)

Dinner sorang-sorang sambil layan lagu dari blog Principal . Jiwangs la Principal ni!!!

 
 

Untuk merasmikan segala yang ada dalam bilik, aku pun "terlebih sudah" menggunakan mesin ni untuk basuh 3 pinggan makan aku tadi ... ahaks!!! Kalau ada kat rumah, pasti lembut tangan ku ini. 

 
*** Rindunya kat anak-anak. Uwaaaaaa.......!!!!